Thursday, May 19, 2022

SYILING METAQ DISENARAIKAN DI BURSA GLOBAL MEXC

PANGYO, Korea Selatan, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Metaplanet mengumumkan bahawa mata wang kripto mereka ‘Syiling METAQ’ telah disenaraikan di bursa mata wang kripto global, MEXC.


Syiling METAQ mencatatkan satu kehadiran sebanyak 128,000% pada acara pengundian penyenaraian Kickstarter yang diadakan oleh MEXC dan ia telah disenaraikan di MEXC sejak 10 Mei.

Bursa MEXC, yang ditubuhkan pada tahun 2018, adalah merupakan satu daripada 10 bursa global utama yang disenaraikan di CoinMarketCap, sebuah tapak pasaran mata wang kripto global, dan ia digunakan oleh lebih 6 juta pengguna di 200 buah negara. Di bursa itu, adalah dibolehkan untuk membayar bagi mata wang kripto melalui Visa dan Mastercard, dan ia telah berkembang pesat dengan menyokong pelbagai perkhidmatan seperti DeFi, staking, dan Kickstarter dengan menggunakan token mereka sendiri, token MX.

Syiling METAQ ialah sebuah mata wang kripto yang boleh digunakan di dalam Crypto Fishing, satu permainan NFT-P2E yang sedang dibangunkan dan diservis oleh projek METAQ. Dalam permainan itu, pengguna boleh menukar token AQUA yang diperoleh dengan Syiling METAQ.

Dengan penyenaraian Syiling METAQ di Bursa MEXC, kebolehcapaian pengguna kepada Crypto Fishing telah menjadi bertambah baik.

“Dengan penyenaraian di Bursa MEXC yang terkenal di seluruh dunia, kesedaran jenama bagi METAQ di kalangan pelabur luar negara dan pengguna domestik dan asing akan ditingkatkan, sambil mengikat pengguna aktif. Selain itu, ia akan merangsangkan pengembangan global bagi ekosistem METAQ,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Metaplanet, JeongYeop Shin. “Pasukan projek METAQ akan terus menyediakan kepada pengguna permainan dengan perkhidmatan yang dinaik taraf untuk meningkatkan kemudahan pengguna.”

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220516006132/en/

Hubungi

Metaplanet
Layla Jeong
+82-10-9779-9270
metaplanet99@gmail.com

Sumber : Metaplanet

No comments:

Post a Comment