Wednesday, May 18, 2022

TTI MELANTIK ROSS GILARDI SEBAGAI NAIB PRESIDEN KANAN BAGI KEWANGAN - PERHUBUNGAN PELABUR

HONG KONG, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin global di dalam Peralatan Profesional tanpa kord, Peralatan DIY dan Peralatan Kuasa Luaran, Techtronic Industries Co. Ltd. (“TTI” atau “Kumpulan” itu) (kod saham: 669, simbol ADR: TTNDY) dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelantikan Encik Ross Gilardi ke jawatan Naib Presiden Kanan bagi Kewangan - Perhubungan Pelabur, berkuat kuasa 5 Julai, 2022. Encik Gilardi akan berpangkalan di Amerika Syarikat dan memikul tanggungjawab untuk Perhubungan Pelabur TTI di peringkat global. Beliau akan melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif Encik Joseph Galli.

Encik Gilardi menyertai pasukan itu selepas satu kerjaya yang cemerlang selama 23 tahun sebagai seorang penganalisis penyelidikan ekuiti yang dihormati dan dinilai tinggi dengan Bank of America – Merrill Lynch. Kerjaya penyelidikan ekuiti beliau yang cemerlang termasuk 4 tahun di United Kingdom dan 20 tahun di Amerika Syarikat di mana beliau disenaraikan sebagai seorang daripada penganalisis penyelidikan global utama di dalam kedua-dua tinjauan di Amerika Syarikat dan Pelabur Institusi Eropah merentasi pelbagai kategori industri. Beliau membawa banyak pengalaman industri dengan perhubungan pelabur global yang kukuh untuk peranan baharu beliau. Encik Gilardi mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dari Kolej Boston dan MBA dari Columbia Business School.

Encik Galli, Ketua Pegawai Eksekutif, berkata, “Sejak 18 bulan yang lalu, Ross telah membangunkan satu pemahaman yang menyeluruh tentang potensi besar TTI. Pengalaman Ross di dalam pasaran modal, dan digabungkan dengan perhubungan beliau yang kukuh di dalam komuniti kewangan global, akan menjadi satu aset yang hebat ketika kami terus mengembangkan pangkalan pelabur kami yang bertaraf dunia.”

Maklumat mengenai TTI

Ditubuhkan pada tahun 1985 dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong Limited pada tahun 1990, TTI adalah sebuah peneraju dunia di dalam teknologi tanpa kord yang merangkumi Peralatan Kuasa, Peralatan Kuasa Luar, Produk Pembersihan dan Penjagaan Lantai dan Penyelesaian untuk pengguna, profesional, dan pengguna industri di rumah, pembinaan, penyelenggaraan, perindustrian dan industri infrastruktur. Syarikat itu mempunyai asas yang dibina berdasarkan kepada empat pemacu strategik – Jenama yang Sangat Kuat, Produk Inovatif, Pekerja yang Luar Biasa dan Kecemerlangan Operasi - mencerminkan satu visi jangka panjang yang berkembang untuk memajukan teknologi tanpa kord. Strategi pertumbuhan global tanpa henti untuk mencapai inovasi produk telah membawa TTI kepada barisan hadapan bagi industri itu. Portfolio jenama TTI yang mantap termasuk MILWAUKEE, AEG dan produk peralatan kuasa, aksesori dan peralatan tangan dan produk luaran RYOBI, produk susun atur dan pengukuran EMPIRE, dan produk dan penyelesaian pembersihan dan penjagaan lantai HOOVER, ORECK, VAX dan DIRT DEVIL.

TTI MELANTIK ROSS GILARDI SEBAGAI NAIB PRESIDEN KANAN BAGI KEWANGAN - PERHUBUNGAN PELABUR

No comments:

Post a Comment