Monday, May 23, 2022

MARY KAY INC. BEKERJASAMA DENGAN RAKAN-RAKAN DI EROPAH UNTUK MENYOKONG PROJEK PEMULIHAN TIRAM ASLI

 

Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. (Foto: Mary Kay Inc.)

DALLAS, 20 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Terumbu tiram memberi manfaat kepada manusia sejagat dan alam sekitar melalui satu rangkaian perkhidmatan ekosistem. Satu tiram tunggal boleh menapis sehingga 240 liter air dalam sehari, sekali gus menghasilkan peningkatan di dalam kualiti dan kejernihan air serta menyokong sebuah komuniti ikan dan spesies marin invertebrat yang unik dan sangat pelbagai. Pada masa yang sama, terumbu tiram adalah habitat marin yang paling terancam di dunia, dengan anggaran 85 peratus rosak di seluruh dunia.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220519005168/en/

Sebagai meraikan sambutan Hari Spesies Terancam Sedunia dan Hari Antarabangsa bagi Kepelbagaian Biologi, Mary Kay Inc., sebuah peneraju dunia di dalam kelestarian korporat, mengumumkan kerjasama mereka dengan The Nature Conservancy (TNC) dan rakan-rakan di Eropah untuk menyokong projek pemulihan tiram asli di United Kingdom dan benua Eropah.

TNC membantu untuk melancarkan Pakatan Pemulihan Tiram Asli (NORA), sebuah rangkaian Eropah yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, ahli saintis, NGO, penanam tiram dan perusahaan persendirian. Pasukan-pasukan itu bekerjasama di dalam memulihkan habitat tiram leper asli Eropah agar ia sekali lagi menyokong kepelbagaian biologi yang bergantung kepadanya dan membantu meningkatkan kualiti air. 

No comments:

Post a Comment