Thursday, May 12, 2022

MAWI DNA TECHNOLOGIES MELANCARKAN NEXTSWAB™ UNTUK KEPUTUSAN UJIAN COVID-19 YANG TEPAT DAN LEBIH DIPERCAYAI

HAYWARD, Calif., 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mawi DNA Technologies (Mawi), sebuah syarikat peranti perubatan yang memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi berinovatif bagi pensampelan bio, telah melancarkan NextSWAB™, sebuah swab plastik 100% gred perubatan yang direka dan dikeluarkan di Amerika Syarikat. Mawi melancarkan produk baharu ini sebagai tindak balas kepada kekurangan swab COVID-19. Ia direka untuk pengumpulan berkecekapan tinggi tanpa kemungkinan berlaku pencemaran daripada gam atau gentian yang digunakan di dalam kelompok dan kapas kesat yang boleh menghalang ujian berasaskan PCR. NextSWAB™ pada masa ini dioptimumkan untuk pengumpulan sampel hidung dengan pengesahan yang berterusan bagi jenis sampel lain.

“Aplikator pensampelan steril NextSWAB™ itu adalah berukuran enam inci panjang dengan satu reka bentuk kepala yang unik yang berkedudukan di hujung distal,” kata Dr. Bassam El-Fahmawi, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Mawi. “Kepala swab itu mempunyai dua saluran yang dipisahkan oleh sebuah septum yang mengekalkan bahan hidung yang dikumpulkan yang kemudian boleh dilepaskan ke media pengangkutan dengan satu goncangan lembut. Kepala yang fleksibel itu muat ke dalam celah dengan mudah dan berkesan. Ia membolehkan pengumpulan sampel hidung anterior dengan ketidakselesaan pengguna yang minimum yang mencukupi untuk satu hasil yang bermakna,” kata Dr. El-Fahmawi.

NextSWAB™ itu adalah serasi dengan kebanyakan tiub pengangkutan sampel untuk menjadikannya sesuai bagi pengumpulan sampel berbilang swab dalam satu tiub tunggal. Walau bagaimanapun, untuk mencapai hasil yang optimum, ia adalah paling berkesan apabila digunakan bersama dengan teknologi pengumpulan sampel iSWAB-Microbiome-EL Mawi yang membolehkan pengguna untuk melangkau langkah pengekstrakan RNA dalam ujian molekul COVID-19. Satu sampel hidung kedua boleh ditambah pada tiub yang sama yang menghasilkan sampel yang lebih pekat untuk meningkatkan kebolehpercayaan bagi keseluruhan ujian itu. NextSWAB™ datang sedia untuk digunakan dan tidak memerlukan sebarang penyediaan bagi pengumpulan spesimen.

“NextSWAB™ kami mengeluarkan sepenuhnya kandungan ke dalam media pengangkutan sampel yang sekali gus mengetepikan keperluan untuk swab itu diangkut bersama sampel berkenaan,” kata Dr. El-Fahmawi. “Satu sampel cecair pekat sepenuhnya kemudian boleh diproses dengan cepat dengan sistem pengendalian cecair robotik atau mana-mana aliran kerja makmal. Semasa ujian awal R&D, reka bentuk kepala yang unik dan menunggu kelulusan paten itu telah menunjukkan kecekapan pengumpulan yang lebih tinggi bagi sampel hidung (turbinat pertengahan dan lubang hidung anterior) berbanding dengan swab kelompok,” kata beliau.
 
Dengan permintaan untuk swab pengumpulan sampel COVID-19, rangkaian rantaian bekalan bagi NextSWAB™ adalah boleh dipercayai dan stabil hasil daripada pembinaan acuan plastik dan pembuatan yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut mengenai NextSWAB™, sila layari www.mawidna.com.

Maklumat mengenai Mawi DNA Technologies

Mawi DNA Technologies, yang diasaskan pada tahun 2013, telah membangun dan mengkomersialkan teknologi iSWAB, satu sistem berinovatif untuk pengumpulan pensampelan bio. Misi Mawi adalah untuk mempertahankan integriti sampel pada suhu bilik dari mana-mana sahaja di dunia, yang membolehkan kepelbagaian sampel sebenar merentasi mana-mana segmen geografi atau populasi. Di Mawi, Masa Depan Pensampelan bio Berada di Sini™. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mawidna.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15869

No comments:

Post a Comment