Friday, July 10, 2020

International WELL Building Institute Membuka Pendaftaran Untuk Penarafan Kesihatan-keselamatan WELL Sebagai Respons Kepada COVID-19 Dengan Penerimaan Awal Yang Signifikan

Bangunan Empire State, Stadium Yankee, Carrier, Uber, Adventist Health, CBRE, JLL, Lendlease, The Related Group, Kumpulan Wolfgang Puck Fine Dining, Kumpulan Oak View, Kilroy, Taipei 101 di antara bangunan ikonik dan organisasi terkemuka yang telah mendaftar untuk mencapai Penarafan Kesihatan-Keselamatan WELL, direka untuk membantu bangunan dan ruang dibuka semula dengan yakin dalam sebuah persekitaran pasca COVID-19
NEW YORK, 9 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) — International WELL Building Institute (IWBI) mengumumkan bahawa pendaftaran telah dibuka hari ini untuk Penarafan Kesihatan-Keselamatan WELL bagi Operasi dan Pengurusan Kemudahan, dengan lebih 100 organisasi dan portfolio hartanah di seluruh dunia sudah mendaftar. Organisasi merentasi pelbagai industri dan lokasi geografi telah memberi tindak balas pantas untuk menerapkan panduan program itu yang didukung oleh sains ketika mereka berusaha menanamkan keyakinan dan kepercayaan di kalangan kakitangan mereka, pemegang kepentingan dan masyarakat secara meluas.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200708005768/en/

Penarafan Kesihatan-Keselamatan WELL adalah satu penarafan yang disahkan oleh pihak ketiga berdasarkan bukti untuk semua jenis bangunan dan ruang baharu dan sedia ada yang ditumpukan kepada dasar-dasar operasi, protokol penyelenggaraan, pelan kecemasan dan strategi penglibatan pihak berkepentingan untuk membantu organisasi menyiapkan ruang mereka bagi kemasukan semula dalam persekitaran pasca COVID-19.
Disesuaikan dari ciri-ciri di dalam Standard WELL Building (WELL) yang menumpukan kepada kemudahan, penyelenggaraan dan operasi, Penarafan Kesihatan-Keselamatan WELL direka untuk membimbing dan memperkasakan tindakan bagi perniagaan besar dan kecil di dalam mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengutamakan kesihatan dan keselamatan kakitangan mereka, pelawat dan pihak berkepentingan. Ia juga bertindak sebagai satu proses tahunan yang menyokong usaha untuk menggalakkan kesihatan dan keselamatan jangka panjang orang ramai.
“Kami semua bersemangat untuk kembali ke tempat kerja kami, kembali ke sekolah, kembali melakukan perjalanan, makan, dan bersorak untuk pasukan dan penghibur kegemaran kami,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif IWBI, Rick Fedrizzi. “Ketika organisasi di seluruh dunia memberikan respons terhadap krisis COVID-19 melalui perubahan di dalam dasar dan protokol, Penarafan Kesihatan-Keselamatan WELL menyampaikan strategi kesihatan berdasarkan bukti yang diperlukan untuk membantu mereka membuka semula dengan selamat dengan rasa yakin dan integriti yang disediakan oleh pengesahan pihak ketiga.”
Diwujudkan oleh IWBI, Penarafan Kesihatan-Keselamatan WELL dimaklumkan melalui panduan yang dibangunkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),  Pusat untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), pusat-pusat kawalan dan pencegahan penyakit global dan agensi pengurusan kecemasan, badan-badan pembuat standard yang diiktiraf, seperti ASTM International dan ASHRAE, dan institusi akademik dan penyelidikan terkemuka. IWBI telah memanfaatkan pandangan dari Pasukan Petugas mengenai COVID-19, yang ditubuhkan pada awal pandemik itu untuk membantu pemimpin perniagaan dan bangunan mengintegrasikan pandangan yang boleh diambil tindakan dan strategi yang terbukti dalam memerangi COVID-19 dan jangkitan pernafasan yang lain.

“Detik ini telah menyoroti peranan penting yang dapat dimainkan oleh bangunan, dan mereka yang memiliki dan mengendalikannya, dalam menyokong kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan orang ramai,” kata Presiden IWBI, Rachel Gutter. “Penarafan baharu ini bertujuan untuk memenuhi keperluan mendesak bagi menyampaikan standard kesihatan dan keselamatan yang tinggi di dalam semua ruang yang kita diami. Walaupun reka bentuk strategi jangka panjang adalah penting dalam mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit, penarafan ini menumpukan kepada strategi yang dapat segera dilaksanakan untuk menangani ancaman akut, dengan menggunakan bangunan dan ruang kita sebagai barisan pertahanan pertama di dalam memerangi COVID-19.”
Menunjukkan kepemimpinan pemikiran dan komitmen terhadap kesihatan dan keselamatan bagi komuniti pihak berkepentingan mereka, organisasi terkemuka berikut adalah antara yang pertama yang telah mendaftar untuk mencapai Penarafan Kesihatan-Keselamatan WELL:

No comments:

Post a Comment