Friday, July 3, 2020

ZYNGA MENCAPAI PERSETUJUAN PEMEROLEHAN TRANSFORMASI BAGI PEAK YANG BERPANGKALAN DI ISTANBUL; MEMPERLUASKAN PORTFOLIO FRANCAIS FOREVER DENGAN TOON BLAST DAN TOY BLAST

Zynga Mencapai Persetujuan Pemerolehan Transformasi bagi Peak yang berpangkalan di Istanbul; Memperluaskan Portfolio Francais Forever dengan Toon Blast dan Toy Blast (Grafik: Business Wire)

· Zynga Melengkapkan Pengambilalihan Peak Berkuatkuasa pada 1 Julai, 2020
· Peak akan Mengekalkan Budaya Kreatif dan Identiti Jenama Mereka yang Unik
· Zynga akan Mengemas kini Panduan Tahun Penuh 2020 ketika Melaporkan Hasil Kewangan Suku Kedua 2020 pada 5 Ogos, 2020

SAN FRANCISCO, 3 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, dan Peak, pencipta bagi Toon Blast dan Toy Blast yang berpangkalan di Istanbul, hari ini mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat itu telah mencapai persetujuan bagi urus niaga tersebut di mana Zynga memperolehi kesemua saham yang diterbitkan dan saham biasa belum tuntut milik Peak dengan jumlah harga pembelian kira-kira $1.85 bilion yang merangkumi sumbangan yang hampir sama bagi tunai dan saham biasa Zynga. Peak membawa kepada Zynga sebuah pasukan yang terkenal, berbakat dan dua francais forever, Toon Blast dan Toy Blast, yang telah secara konsisten masing-masing menduduki pada tempat 10 teratas dan 20 teratas bagi keuntungan kasar permainan iPhone Amerika Syarikat selama dua tahun yang lalu.

ZYNGA MENCAPAI PERSETUJUAN PEMEROLEHAN TRANSFORMASI BAGI PEAK YANG BERPANGKALAN DI ISTANBUL; MEMPERLUASKAN PORTFOLIO FRANCAIS FOREVER DENGAN TOON BLAST DAN TOY BLAST

No comments:

Post a Comment