Wednesday, February 19, 2020

PASUKAN PENYELIDIKAN NTHU MEMBANGUNKAN BAHAN PAPARAN BAHARU

HSINCHU, Taiwan, 19 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Profesor Hsueh-Shih (Sean) Chen dari Universiti Nasional Tsing Hua telah baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah membangunkan sebuah bahan titik kuantum baharu yang lebih stabil dan memberikan warna yang lebih realistik. Pembatasan utama bagi bahan paparan titik kuantum sekarang adalah bahawa ia tidak stabil dan mudah rosak, dan pasukan itu telah memperbaikinya dengan mengembangkan “pengadang” dengan kira-kira 1-nanometer pada segi kristal bagi setiap titik kuantum. Bahan baharu itu mempunyai julat aplikasi yang lebih luas, termasuk skrin yang digunakan di televisyen, komputer, telefon bimbit, dan kamera.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200219005017/en/

Dengan sokongan dari NTHU, pasukan itu telah memohon paten bagi bahan baharu itu dan telah menubuhkan HsinLight Inc. untuk menghasilkannya pada skala komersial. Adalah diharapkan bahawa skrin titik kuantum yang pertama akan mula dihasilkan pada tahun 2020.
 
Kebanyakan daripada paparan yang berada di pasaran pada masa ini adalah paparan kristal cecair (LCD), yang mempunyai penggredan warna dan ketepuan dan hanya boleh memaparkan kira-kira satu pertiga daripada warna yang dapat dilihat oleh mata manusia, dan juga apa yang dipanggil paparan OLED “gred retina” yang digunakan di dalam peranti sedemikian seperti iPhone 11 hanya boleh memaparkan kira-kira separuh daripada warna yang boleh dilihat oleh mata manusia. Paparan yang dilengkapi dengan bahan QD baharu (TV QLED) akan memaparkan hampir 90% daripada warna yang boleh dilihat oleh mata manusia.

Walau bagaimanapun, masih ada beberapa cabaran yang perlu diatasi sebelum bahan titik kuantum itu digunakan secara meluas. Chen menjelaskan bahawa titik kuantum adalah kristal sfera yang mempunyai saiz kira-kira tiga nanometer, dan mudah rosak oleh molekul air dan oksigen, yang mengurangkan kilauan mereka. Pada masa ini, pengeluar utama seperti Samsung mengawal masalah ini dengan melapiskan titik-titik kuantum dalam satu lapisan filem pelindung, tetapi ia tidak kos efektif dan mudah hilang fungsi pelindung itu jika terdapat sebuah lubang pin kecil.

Diilhamkan oleh pengadang yang digunakan oleh adi wira buku komik Kapten Amerika di dalam siri Avengers, Chen mendapat idea untuk memberikan setiap titik kuantum dengan pengadangnya sendiri yang kira-kira satu nanometer dalam saiz, yang berkesan menentang air dan pengoksidaan dan juga meningkatkan kestabilan bahan dan jangka hayat paparan itu.

Dalam tempoh dua tahun yang lalu beberapa buah syarikat telah mula menjual televisyen dengan teknologi titik kuantum, tetapi disebabkan oleh sifat bahan kuantum yang rapuh, mereka sukar untuk menghasilkannya secara besar-besaran, dan harganya agak tinggi. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan teknologi pengadang Chen yang unik untuk melindungi titik kuantum akan mengurangkan kos pengeluaran dengan ketara.

Sebuah skrin titik kuantum yang lazim yang berukuran 55 inci terdiri daripada lebih daripada 100 juta trilion (10 hingga kuasa ke-20 ) kristal kuantum, dan pasukan penyelidikan Chen telah membangunkan satu teknik untuk dengan tepat mengawal saiz bagi setiap titik kuantum, supaya setiap kristal kuantum berbeza dari segi saiz dengan tidak melebihi 0.5 nanometer. Secara tepat mengawal saiz bagi titik kuantum dan pengadang membolehkan mereka untuk dengan tepat mengeluarkan warna biru, hijau, kuning, oren, merah, inframerah dan warna lain.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200219005017/en/

Hubungi

Media:
Holly Hsueh
Universiti Nasional Tsing Hua
Tel: (886)3-5162006
E-mel: hoyu@mx.nthu.edu.tw

Sumber : NTHU

No comments:

Post a Comment