Wednesday, February 5, 2020

TEAMLAB PLANETS, SEBUAH "MUZIUM DI MANA ANDA BERJALAN MELALUI AIR" DI TOKYO, BERTUKAR BENTUK OLEH BUNGA SAKURA UNTUK SATU TEMPOH MASA TERHAD PADA MUSIM BUNGA INI. BOLEH DILIHAT DARI 1 MAC, 2020.

TOKYO, 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- teamLab Planets TOKYO adalah sebuah muzium di Toyosu, Tokyo di mana anda berjalan melalui air dan boleh mengasyikkan diri di dalam kerja seni yang begitu luas dengan berkaki ayam. Pada tahun pertama sejak teamLab Planets TOKYO dibuka pada Julai 2018, terdapat lebih daripada 1.25 juta orang pengunjung dari 106 buah negara dan wilayah.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200203005275/en/

Di teamLab Planets TOKYO, dua kerja seni di muzium itu akan diubah bentuk oleh bunga sakura untuk satu tempoh masa terhad dari 1 Mac hingga 30 April, 2020.

Selain itu, dengan pembukaan Pasar Ikan Toyosu dan Edomae Jokamachi berdekatan, anda boleh menikmati makanan yang dibuat dengan menggunakan bahan-bahan segar, mengumpul cenderahati Kebudayaan Jepun dan menikmati beli-belah tempatan.


• Bunga Sakura Mengubah Bentuk Dua Kerja Seni
 
Dalam hasil seni Floating in the Falling Universe of Flowers, bunga-bunga mekar dan berubah dengan setiap minit yang berlalu, menciptakan suatu alam kehidupan yang tersebar merentasi seluruh ruang. Untuk satu tempoh masa yang terhad sahaja, bunga sakura gugur di ruang seni.

Dalam satu lagi kerja seni, Drawing on the Water Surface Created by the Dance of Koi and People - Infinity, pelawat berjalan berkaki ayam melalui air yang sebenar, ketika koi berenang melintasi permukaan air secara infiniti. Apabila koi bertembung dengan manusia, mereka berkembang menjadi bunga sakura. Bunga-bunga yang berkembang itu berubah dalam tepat masa mengikut perubahan bermusim.

Semak laman web teamLab Planets untuk butiran lanjut: https://planets.teamlab.art/
teamLab Planets menyerlahkan video: https://youtu.be/cqiv_FV8iT4
 
• Mengasyikkan Sepenuh Jiwa dalam satu Ruang Seni yang Luas
 
teamLab Planets adalah sebuah muzium di mana anda berjalan melalui air. Ia terdiri daripada 4 ruang pameran yang luas dengan 7 kerja seni yang berbeza. Kerja seni itu adalah didasarkan kepada seni kolektif konsep “Body Immersive” teamLab.

Dengan mengasyikkan keseluruhan badan dengan orang lain di dalam kerja seni “Body Immersive” yang luas ini, batasan di antara jasad dan kerja seni hilang, batasan di antara diri sendiri, lain-lain, dan dunia menjadi sesuatu yang berterusan, dan kita menerokai satu perhubungan baharu tanpa batasan di antara diri kita dan dunia.

Pelawat memasuki muzium itu dengan berkaki ayam, dan menjadi asyik sepenuhnya dengan pelawat lain di ruang-ruang kerja seni yang luas.
 
• Kerja Seni Diubah Bentuk oleh Bunga Sakura
 
Floating in the Falling Universe of Flowers
teamLab, 2016-2018, Pemasangan Digital Interaktif, Tanpa Sempadan, Bunyi: Hideaki Takahashi

Kerja seni: https://planets.teamlab.art/tokyo/ew/fitfuof/
Video: https://youtu.be/FzJ5svgIueQ


Satu tahun bermusim bagi bunga-bunga yang mekar dan berubah mengikut masa, kehidupan berpecah ke alam semesta.

Berbaring atau duduk diam-diam di ruang itu dan akhirnya badan anda akan terapung dan anda diresapkan ke dalam dunia karya seni.

Kerja seni itu dikemukakan secara tepat masa oleh sebuah komputer. Ia tidak sama ada dirakamkan terdahulu atau berada pada lingkaran. Interaksi di antara penonton dan pemasangan itu menyebabkan perubahan yang berterusan di dalam kerja seni itu.

Bunga tumbuh, berputik, mekar, dan dengan masa berlalu, kelopak gugur, dan bunga layu dan mati. Kitaran bagi kelahiran dan kematian berterusan untuk selama-lamanya.

Alam semesta pada masa ini tidak lagi dapat dilihat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13038

No comments:

Post a Comment