Wednesday, November 17, 2021

ICURE MEMPEROLEH KELULUSAN PRODUK UBAT UNTUK TAMPALAN DONEPEZIL YANG PERTAMA DI DUNIA BAGI MERAWAT DEMENSIA DARIPADA JENIS ALZHEIMER DI KOREA

· Tampalan donepezil yang pertama di dunia diluluskan untuk ubat yang diubah suai secara berperingkat
· Dilancarkan pada tahun 2022, ketersediaannya akan diperluaskan ke pasaran global

SEOUL, Korea Selatan, 17 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Icure Pharmaceutical Inc. (KOSDAQ: 175250), sebuah syarikat biofarmaseutikal di Korea, hari ini mengumumkan bahawa tampalan donepezil mereka, satu rawatan bagi demensia jenis Alzheimer, telah menerima satu kelulusan produk ubat daripada Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan Korea.

Proses kelulusan produk ubat itu mengambil masa 7 bulan selepas ia memfailkan satu permohonan pada April 2021. Dengan kelulusan itu, Icure menandakan pengkomersilan pertama bagi tampalan donepezil di dunia.

Donepezil adalah satu rawatan tipikal semasa yang telah ditentukan secara meluas untuk tempoh paling lama bagi pesakit penyakit Alzheimer dalam tahap keterukan antara yang ringan sehingga sederhana dan teruk di kalangan rawatan Alzheimer yang diluluskan oleh FDA. Disebabkan oleh kesukaran dalam pembangunan perumusannya, donepezil telah dikomersialkan hanya untuk pemberian melalui mulut sahaja sehingga ini.

Dengan kejayaan menyiapkan sebuah ujian klinikal Fasa III buat kali pertama di dunia, tampalan donepezil Icure itu dijangka dapat meningkatkan dengan ketara kualiti hidup bagi pesakit dengan demensia jenis Alzheimer dan penjaga mereka dengan meningkatkan kemudahan di dalam penggunaannya daripada dimakan sehari sekali kepada meletakkan tampalan pada kulit dua kali seminggu.

Dengan hampir 400 pesakit demensia yang ringan dan sederhana di Korea, Taiwan, Australia dan Malaysia, Icure berjaya menjalankan satu kajian klinikal Fasa III untuk tampalan donepezil mereka. Secara khusus, kajian itu menunjukkan tidak kurang baik mutu atau nilainya berbanding dengan donepezil oral dalam subskala kognitif skala penilaian penyakit Alzheimer (ADAS-cog), satu alat standard yang tipikal untuk menilai keupayaan ingatan, bahasa, penyusunan semula, tindakan dan orientasi di dalam pesakit yang menghidapi demensia jenis Alzheimer yang ringan dan sederhana.

ICURE MEMPEROLEH KELULUSAN PRODUK UBAT UNTUK TAMPALAN DONEPEZIL YANG PERTAMA DI DUNIA BAGI MERAWAT DEMENSIA DARIPADA JENIS ALZHEIMER DI KOREA

No comments:

Post a Comment