Tuesday, December 29, 2020

​BLACK EYED PEAS MENGGALAKKAN PEMINAT UNTUK #PLAYAPARTTOGETHER BAGI MUSIM PERCUTIAN DALAM KEMPEN SOSIAL BERSAMA ZYNGA

Pelopor Rakaman Platinum Berkongsi Mesej Rasa Terima Kasih dan Penjarakan Sosial Untuk Satu Musim Percutian yang Selamat, sebagai Sebahagian daripada Kempen Industri Permainan yang Berterusan


SAN FRANCISCO, 28 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) --

Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA):

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  
https://www.businesswire.com/news/home/20201224005018/en/
 
SIAPA:
Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, sedang bekerjasama dengan artis rakaman terkenal antarabangsa, Black Eyed Peas untuk berkongsi kepositifan, galakan dan harapan untuk musim percutian ini.

APA:
Sebagai satu kesinambungan bagi inisiatif industri permainan yang telah memenangi anugerah, #PlayApartTogether, Black Eyed Peas telah merakamkan kata-kata semangat dan harapan untuk satu musim percutian yang sihat dan selamat. Ahli pengasas bagi kumpulan pemenang anugerah Grammy itu, Taboo, telah membuat video peribadi yang akan dikongsi melalui rangkaian #PlayApartTogether bagi lebih daripada 80 syarikat permainan video di seluruh dunia, dengan membawa cahaya, kemesraan dan gaya Black Eyed Peas yang terkenal ke musim percutian yang belum pernah terjadi sebelum ini.

PETIKAN:
“#PlayApartTogether dimulakan sebagai satu usaha untuk mengaktifkan audiens yang luas, yang terlibat di dalam permainan untuk membantu memerangi penyebaran COVID-19 dan saling menjaga di antara satu sama lain,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “Kami sangat bersyukur kerana Black Eyed Peas, yang impaknya terhadap budaya dan muzik tidak dapat diukur, membawa kata-kata mereka yang penuh tenaga dan inspirasi kepada pergerakan itu sehingga kita dapat menuju ke satu tahun baharu pada satu titik kejayaan. Kekal kuat, kekal selamat dan kekal optimis, dan ingat bahawa kita semua bersama di dalam perjuangan ini.”

LATAR BELAKANG:
#PlayApartTogether adalah satu inisiatif industri permainan global yang menggalakkan penjarakan fizikal dan langkah-langkah pencegahan lain yang sangat kuat di dalam memerangi COVID-19 kepada audiens pemain global yang luas. Dipelopori oleh Zynga dan berkembang menjadi lebih daripada 60 syarikat yang mengambil bahagian, #PlayApartTogether telah menyediakan maklumat penting, hiburan dan perhubungan penjarakan fizikal kepada pemain di seluruh dunia.

ASET SOKONGAN:
Aset visual sokongan boleh didapati di: http://bit.ly/PATHoliday
 
Maklumat mengenai Zynga
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Toon Blast™, Toy Blast™ dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan, antara lain, dengan penyertaan Black Eyed Peas di dalam inisiatif #PlayApartTogether. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan seringkali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “ujuran,” “dirancang,” “bermaksud,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang lazimnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan andaian yang signifikan. Kebergantungan yang tidak wajar tidak harus diletakkan kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan pada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak berkewajipan untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidaktentuan dan andaian ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di http://investor.zynga.com atau laman web SEC di  www.sec.gov.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14140

No comments:

Post a Comment