Wednesday, November 25, 2020

Hainan Di China Mengadakan Minggu Budaya Antarabangsa Mengenai Broked, Sulaman

 



HAIKOU, China, 23 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/ —

Satu minggu budaya antarabangsa yang memberi tumpuan kepada hasil kerja broked dan sulaman telah dimulakan di Jalan Bersejarah Qilou di Haikou, ibu kota bagi Wilayah Hainan di China selatan pada malam 19 November, 2020, menurut Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan bagi Wilayah Hainan.

Malam itu telah menampilkan satu Pertunjukan Fantasi Budaya Broked Li dengan satu persembahan cahaya digital yang mengasyikkan, satu Pertunjukan Fesyen “Broked Li yang Menawan”, satu Pertunjukan Broked dan Sulaman, serta satu Pertunjukan Seni Dunia Broked dan Sulaman, yang menggabungkan dengan sempurna pesona warisan kebudayaan tidak ketara Hainan dan Jalan Bersejarah Qilou yang berusia beberapa ratus tahun di Haikou.

Sebagai satu aktiviti penting bagi Karnival Pulau Hainan ke-21, Minggu Budaya yang bertemakan “Mewarisi, berinovasi, dan mewujudkan sebuah dunia yang cemerlang”, bertujuan untuk mewujudkan sebuah platform berpengaruh antarabangsa bagi pertukaran dan paparan produk broked dan sulaman Hainan di seluruh dunia. Acara enam hari itu akan menampilkan aktiviti termasuk pameran, pertunjukan cahaya dan pertunjukan fesyen di Haikou, Sanya City dan Baoting Li dan Daerah Berautonomi Miao.

Hasil kerja broked dan sulaman dari pelbagai negara dan juga dari kumpulan etnik Li tempatan akan dipamerkan dalam acara tersebut untuk mempersembahkan budaya tradisional yang berbeza, menurut jabatan pelancongan, budaya, radio, televisyen dan sukan wilayah itu.

Sun Ying, pengarah bagi jabatan itu, berkata kerajaan tempatan menumpukan perhatian untuk meneroka penggunaan budaya broked Li dan merangsangkan daya tenaga bagi budaya pakaian tradisional, dalam satu usaha untuk menyuntik tenaga kebudayaan ke dalam pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan.

Dilahirkan daripada kemahiran hasil kraftangan penduduk Li di Pulau Hainan di China selatan, seni Broked Li yang rumit itu mempunyai sejarah yang panjang dan telah ditetapkan sebagai satu barangan warisan kebudayaan tidak ketara UNESCO pada tahun 2009. Broked buatan tangan ini kini terkenal di seluruh dunia kerana coraknya yang halus, romantik, dan misteri.

Minggu budaya antarabangsa itu akan berlangsung sehingga 24 Nov.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14016

No comments:

Post a Comment