Tuesday, November 17, 2020

FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TOKYO MENUTUP TIRAI SELEPAS EDISI HIBRID PERTAMA MEREKA BAGI PENAYANGAN FIZIKAL DAN ACARA DALAM TALIAN, TERMASUK "ASIA LOUNGE" YANG BAHARU

TOKYO, 17 Nov., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/--

Semasa Majlis Penutupan Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) ke-33 pada 9 November, “Hold Me Back” yang diarahkan oleh Akiko Ohku telah menerima Anugerah Penonton, satu-satunya anugerah yang diberikan pada tahun ini disebabkan oleh COVID-19. Ohku berkata, “Saya sangat berbesar hati untuk menerima anugerah ini buat kali kedua. Dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini, dunia telah berubah, dan walaupun festival lain terpaksa bergerak secara dalam talian, TIFF telah dapat menempatkan penonton di dalam teater, menonton filem bersama-sama. Saya sangat berterima kasih kepada semua penonton dan saya harap saya akan dapat berjabat tangan dengan anda sekalian tidak lama lagi.”

FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TOKYO MENUTUP TIRAI SELEPAS EDISI HIBRID PERTAMA MEREKA BAGI PENAYANGAN FIZIKAL DAN ACARA DALAM TALIAN, TERMASUK

No comments:

Post a Comment