Wednesday, November 25, 2020

MOTAC JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN KERAJAAN NEGERI BAGI PERKONGSIAN MAKLUMAT SEKTOR PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan yang kedua secara telesidang pada 24 November 2020. 


Mesyuarat ini melibatkan penyertaan daripada Exco-exco Pelancongan dan Kebudayaan setiap negeri dan wakil Jabatan dan Agensi di bawah MOTAC. Ia merupakan satu platform kerjasama di antara Kementerian dan Kerajaan Negeri yang membincangkan isu dan perkongsian maklumat berkenaan dengan sektor pelancongan dan kebudayaan. 

Mesyuarat pada kali ini membentangkan perkara-perkara berkaitan dengan pelaksanaan program dan projek yang berkaitan dengan :-

1. Belanjawan 2021 bagi sektor pelancongan dan kebudayaan;
2. Gelembung Perjalanan Domestik dari kawasan zon hijau ke zon hijau; dan
3. Pelan Pemulihan Pelancongan berjumlah RM200 juta tahun 2021 merangkumi baucar penginapan, diskaun destinasi pelancongan, diskaun pakej pelancongan keluarga serta penyemarakan seni dan budaya.

MOTAC akan sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkepentingan dari semasa ke semasa bagi memastikan pembangunan industri pelancongan negara terus rancak berkembang.

Link Gambar: https://drive.google.com/drive/folders/
1UBQzE4Wj7WpNAA0jz7UXeAMXG5VY99xa?usp=sharing


​Dikeluarkan oleh: 
PEJABAT MENTERI 
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)  

SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) 

No comments:

Post a Comment