Thursday, November 12, 2020

LANTRONIX MELANCARKAN PERKHIDMATAN KETERSAMBUNGAN UNTUK MERINGKASKAN PENYAMBUNGAN ARMADA IOT DAN PERSEKITARAN JAUH KEPADA RANGKAIAN SELULAR PEMBAWA GLOBAL DAN AMERIKA UTARA

 Menampilkan Platform Pengurusan Berdasarkan Awam yang Mudah Digunakan dan Mengoptimumkan Kecekapan Pengendalian



IRVINE, Calif., 12 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lantronix Inc. (NASDAQ: LTRX), pembekal global Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS), perkhimatan kejuruteraan dan perkakasan untuk Pengkomputeran Pinggir, Internet Objek (IoT) dan Pengurusan Persekitaran Jauh (REM), hari ini mengumumkan Perkhidmatan Ketersambungan Lantronix. Kini tersedia, perkhidmatan baharu ini meringkaskan penyambungan armada IoT dan persekitaran jauh, menyampaikan ketersambungan selular global berdaya tahan.

“Mengotakan janji kami untuk penyelesaian IoT yang boleh skala dan siap guna, Perkhidmatan Ketersambungan Lantronix mengembangkan portfolio tawaran perkakasan, perisian dan perkhidmatan kami. Kami terus meningkatkan nilai kami untuk membantu pelanggan kami memasuki pasaran dengan cepat, meningkatkan kecekapan operasi dan memacu pulangan pelaburan untuk IoT dan penyelesaian persekitaran jauh mereka,” kata Paul Pickle, CEO Lantronix. “Dengan perkhidmatan baharu kami, Lantronix kini menawarkan pengalaman disatukan untuk keperluan perkakasan, pengurusan dan ketersambungan pelanggan kami.”

Dengan kad SIM tunggal dan pelan global yang memanfaatkan lebih daripada 600 rangkaian di seluruh dunia dalam 185 negara, Perkhidmatan Ketersambungan Lantronix mengerahkan penyelesaian selular pelanggan dengan pantas, membantu mereka menjejak aset, menguruskan armada atau mengendalikan pusat data besar dengan lokasi jauh.

“Dengan Perkhidmatan Ketersambungan Lantronix, pengguna boleh menyambung, mengurus dan mengawal ketersambungan selular global mereka dengan mudah. Menggunakan aplikasi Web Perkhidmatan Ketersambungan berasaskan awan Lantronix yang disampaikan melalui platform SaaS ConsoleFlow, pengguna berfokus pada operasi pengeluaran dan menghabiskan masa yang kurang mengurus pengaktifan dan kelajuan selular,” kata Jonathan Shipman, Naib Presiden Strategi untuk Lantronix. “Perkhidmatan Ketersambungan baharu kami memberi pengguna platform yang mudah digunakan untuk membolehkan dan mengurus ketersambungan, memberikan ketenangan fikiran bahawa perkhidmatan selular yang kritikal untuk misi dapat dikerahkan dengan cepat dan menyediakan kefleksibelan untuk diskalakan mengikut keperluan pelanggan.”

Perkhidmatan Ketersambungan Lantronix termasuk pilihan Ketersambungan Global dan Pembawa. Ketersambungan Global menyediakan ketersambungan berdaya tahan melalui lewahan berbilang rangkaian dan teknologi “isyarat terbaik” untuk perayauan yang lancar merentasi rantau dan juga sempadan hanya menggunakan satu kad SIM. Ketersambungan Pembawa menyediakan liputan selular Amerika Utara yang meluas dan prestasi untuk penyelesaian ketersambungan IoT dan REM, termasuk pembawa pilihan semua rangkaian peringkat satu, AT&T, Verizon, T-Mobile dan Rogers.

Platform Perkhidmatan Kesambungan berasaskan awan Lantronix memberi pengguna keupayaan untuk mengaktifkan, memantau dan mengurus ketersambungan untuk semua peranti. Papan pemuka dan alat analitis yang mudah digunakan memberikan cerapan penting kepada operasi penyelesaian ketersambungan. Diagnostik yang menyeluruh dapat membantu pencarisilapan sebarang isu ketersambungan yang mungkin timbul.

Untuk bermula, pengguna hanya perlu memilih pelan daripada pilihan sedia digunakan Lantronix daripada pautan di bawah.

Untuk maklumat lanjut, lawati DI SINI.

Perihal Lantronix

Lantronix Inc. ialah pembekal global perisian sebagai perkhidmatan (SaaS), perkhimatan kejuruteraan dan perkakasan untuk Pengkomputeran Pinggir, Internet Objek (IoT) dan Pengurusan Persekitaran Jauh (REM). Lantronix membolehkan pelanggannya menyediakan penyelesaian yang boleh dipercayai dan selamat sementara mempercepat masa mereka memasuki pasaran. Produk dan perkhidmatan Lantronix memudahkan operasi dengan ketara melalui penciptaan, pembangunan, pengerahan dan pengurusan projek pelanggan pada skala di samping memberikan kualiti, kebolehpercayaan dan keselamatan.
Portfolio perkhidmatan dan produk Lantronix menangani setiap lapisan Tindanan IoT, termasuklah Kumpul, Sambung, Komput, Kawal dan Faham, membolehkan pelanggannya mengerahkan penyelesaian IoT dan REM yang berjaya. Perkhidmatan dan produk Lantronix menyediakan pendekatan holistik, menangani keperluan pelanggan dengan menyepadukan platform pengurusan SaaS dengan pembangunan aplikasi tersuai yang berlapis di atas perkakasan luaran dan terbenam, membolehkan pengkomputeran pinggir yang pintar, komunikasi selamat (berwayar, Wi-Fi dan selular), lokasi dan penjejakan kedudukan dan penderaan serta pelaporan persekitaran.

Dengan pengalaman tiga dekad yang telah terbukti dalam mencipta industri yang kukuh dan penyelesaian khusus pelanggan, Lantronix ialah penginovasi dalam membolehkan para pelanggannya membina model perniagaan baharu, memanfaatkan kecekapan yang lebih besar dan mewujudkan kemungkinan IoT dan REM. Penyelesaian Lantronix digunakan dalam jutaan mesin di pusat data, pejabat dan tapak jauh yang berkhidmat untuk pelbagai industri, termasuk tenaga, pertanian, perubatan, keselamatan, pengeluaran, pengedaran, pengangkutan, runcit, kewangan, persekitaran, infrastruktur dan kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.lantronix.com. Ketahui lebih lanjut di blog Lantronix, www.lantronix.com/blog, menampilkan perbincangan dan kemas kini industri. Untuk mengikuti Lantronix di Twitter, sila lawati www.twitter.com/Lantronix. Lihat pustaka video kami di YouTube di www.youtube.com/user/LantronixInc atau berhubung dengan kami di LinkedIn di www.linkedin.com/company/lantronix

Pernyataan Pelabuhan Selamat di bawah Private Securities Litigation Reform Act 1995: Sebarang pernyataan yang dinyatakan dalam siaran akhbar ini bukan bersifat sejarah dan fakta sepenuhnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada pernyataan yang berkaitan dengan penyelesaian kita, teknologi dan produk kita serta Perkhidmatan Ketersambungan Lantronix, adalah pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif ini adalah berdasarkan jangkaan semasa kami dan tertakluk pada risiko dan ketidakpastian besar yang boleh menyebabkan hasil sebenar, perniagaan masa hadapan, keadaan kewangan atau prestasi berbeza secara material daripada hasil sejarah kami atau pernyataan yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan prospektif yang terkandung dalam siaran akhbar ini. Risiko dan ketidakpastian yang mungkin timbul, termasuk tetapi tidak terhad kepada faktor seperti kesan keadaan ekonomi atau pasaran rantau dan dunia yang negatif atau bertambah buruk pada perniagaan kami, termasuk kesan terhadap keputusan pembelian oleh pelanggan kami; kesan akibat penularan COVID-19 pada pekerja kami, rantaian bekalan dan pengagihan kita dan ekonomi global; risiko keselamatan siber; perubahan dalam undang-undang, peraturan dan tarif kerajaan A.S. dan asing yang berkenaan, keupayaan kita untuk melaksanakan strategi pemerolehan kita atau menyepadukan syarikat yang diperoleh; kesukaran dan kos perlindungan paten dan hak proprietari yang lain; tahap keterhutangan kita, keupayaan kita untuk membayar keberhutangan kita dan sekatan dalam perjanjian hutang kita; dan sebarang faktor tambahan yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir 30 Jun, 2019, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) pada 11 September, 2019, termasuk dalam bahagian yang bertajuk “Faktor Risiko” dalam Item 1A Bahagian I laporan tersebut, serta dalam pemfailan awam kami yang lain dengan SEC. Faktor risiko tambahan boleh dikenal pasti dari semasa ke semasa dalam pemfailan masa hadapan kita. Pernyataan prospektif yang disertakan dalam siaran akhbar ini hanya menunjukkan tarikh yang dinyatakan di sini dan kami tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini pernyataan prospektif ini untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan yang berlaku seterusnya.

Orang Hubungan Media Lantronix:
Gail Kathryn Miller
Pengurus Pemasaran &
Komunikasi Koporat
media@lantronix.com
949-453-7158

Maklumat Hubungan Penganalisis dan Pelabur Lantronix:
Jeremy Whitaker
Ketua Pegawai Kewangan
investors@lantronix.com
949-450-7241

Jualan Lantronix:
sales@lantronix.com
Amerika +1 (800) 422-7055 (AS dan Kanada) atau +1 949-453-3990
Eropah, Timur Tengah dan Afrika +31 (0)76 52 36 744
Asia Pasifik + 852 3428-2338
China + 86 21-6237-8868
Jepun +81 (0) 50-1354-6201
India +91 994-551-2488

© 2020 Lantronix, Inc. Hak cipta terpelihara. Lantronix ialah tanda dagangan berdaftar dan EMG, serta SLC ialah tanda dagangan Lantronix Inc. Tanda dagangan dan nama dagangan lain merupakan milik pemilik masing-masing.

SUMBER : Lantronix, Inc.

No comments:

Post a Comment