Tuesday, July 19, 2022

PEOPLECARE MEMILIH BOOMI DAN ATTURRA UNTUK MENGHUBUNGKAN DATA AHLI BAGI PENGALAMAN DANA KESIHATAN YANG DIPERIBADIKAN

Penanggung Insurans Kesihatan Australia Memilih Boomi dan Atturra Untuk Menyediakan Pengalaman Kesihatan Yang Diperibadikan (Grafik: Business Wire)

Penanggung insurans kesihatan Australia mempertingkatkan pemperibadian, meningkatkan nilai ahli dan menyokong pematuhan perniagaan dengan rangka kerja data yang berhubungan

CHESTERBROOK, Pa., 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, hari ini mengumumkan bahawa Peoplecare, sebuah dana bersama insurans kesihatan Australia, telah melaksanakan Platform Boomi AtomSphere™ untuk menyampaikan pengalaman ahli yang lebih baik dan insurans kesihatan yang diperibadikan dengan data yang berhubungan, tepat dan boleh diakses.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220718005014/en/

“Kami bangga untuk menjadikan insurans kesihatan mudah dan mengutamakan nilai bagi memastikan ahli kami dapat memaksimumkan perlindungan mereka. Kaedah komunikasi legasi kami tertumpu kepada ahli yang menghubungi pusat hubungan kami, namun rakyat Australia pada hari ini adalah celik teknologi dan menuntut pengalaman pelbagai saluran merentasi platform dan peranti,” kata Joanne Williams, peneraju penyelesaian perusahaan, Peoplecare. “Kami memilih Boomi untuk membantu membolehkan layan diri digital yang baharu, di samping mengukuhkan pusat hubungan kami yang sedia ada bagi mereka yang masih mahu bercakap dengan seseorang. Boomi membantu kami membuka titik buta kami, memperkasakan kami untuk menyediakan komunikasi yang lebih diperibadikan dan proaktif kepada ahli kami mengenai dasar-dasar mereka.”

Peoplecare, sebuah organisasi milik ahli dan yang tidak mencari keuntungan (NFP) sejak tahun 1952, menyediakan perkhidmatan insurans kesihatan persendirian kepada rakyat Australia. Pada asalnya dana kesihatan untuk John Lysaght Australia, syarikat itu kemudian berkembang ke dalam insurans kesihatan sebagai sebuah dana terbuka pada tahun 2006. Pada tahun lepas, Peoplecare distruktur semula, dengan memulakan satu inisiatif pemodenan untuk memudahkan seni bina IT mereka yang kompleks dan memenuhi keperluan 33,000 ahli mereka dengan lebih baik.

Untuk memusatkan data mereka dan mewujudkan persekitaran IT yang mampu menyediakan pengalaman yang diperibadikan, termasuk memastikan ahli mendapat nilai terbaik dengan dasar yang betul, Peoplecare memilih platform penyepaduan natif awan Boomi sebagai satu perkhidmatan (iPaaS) untuk menyepadukan sistem kritikal perniagaan dan pelbagai legasi dan aplikasi awan merentasi perniagaan itu.

No comments:

Post a Comment