Friday, July 15, 2022

DI SEKITAR WORLD OF CARE: HYATT BERKONGSI KEMAS KINI KEMAJUAN MERENTASI KOMITMEN DAN INISIATIF ALAM SEKITAR, SOSIAL DAN TADBIR URUS

 Kemajuan termasuk sasaran berasaskan sains 2030 untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan kemajuan berterusan ke arah matlamat DE&I 2025



CHICAGO, 15 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Untuk berkongsi kemajuan yang dicapai merentasi World of Care, platform Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat itu, Hyatt Hotels Corporation (NYSE: H) hari ini menerbitkan Laporan Sorotan World of Care 2021 dan Kepelbagaian, Ekuiti dan Rangkuman DE&I 2021 untuk menunjukkan cara bagaimana Hyatt memajukan penjagaan bagi planet, manusia sejagat dan perniagaan yang bertanggungjawab.

“Mengambil berat tentang manusia agar mereka boleh menjadi yang terbaik telah menjadi teras bagi jalan cerita Hyatt selama 65 tahun. Melalui World of Care, kami menerima tanggungjawab kami dan peluang untuk bekerja bersama dalam membentuk sebuah dunia dan masa depan yang lebih mapan,” kata Margaret Egan, naib presiden eksekutif dan peguam am, Hyatt. “Dengan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada memacukan kemajuan terhadap komitmen utama ESG seperti rangka kerja alam sekitar kami dan matlamat Perubahan Bermula Di Sini, kami sendiri yang bertanggungjawab bagi tindakan dan kemajuan berterusan dalam usaha mewujudkan perubahan yang diperlukan bagi industri, masyarakat dan planet kami.”

Hyatt Memajukan Perwakilan Tenaga Kerja yang Pelbagai

Berikutan laporan DE&I sulung pada tahun lepas, data kepelbagaian tenaga kerja 2021 Hyatt  menunjukkan peningkatan tahap bagi perwakilan orang kulit berwarna merentasi tenaga kerja mereka di Amerika Syarikat, serta pertumbuhan merentasi hampir semua kaum dan etnik di kalangan rakan sekerja, pengurus dan pemimpin. Komitmen Hyatt untuk berkongsi kemajuan setiap tahun berfungsi sebagai satu penanda aras kritikal untuk mengukur kemajuan yang dicapai ke arah sebuah persekitaran yang lebih pelbagai, saksama dan inklusif bagi rakan sekerja.

Hyatt terus berusaha ke arah matlamat DE&I 2025 mereka berhubung siapa yang mereka ambil bekerja, sokong dan bekerja bersama, seperti yang digariskan sebagai sebahagian daripada komitmen Perubahan Bermula Di Sini mereka. Dengan tumpuan untuk menambah baik perwakilan vendor yang pelbagai merentasi rantaian bekalan mereka, Hyatt mengalu-alukan 220 pembekal baharu berkulit hitam pada tahun 2021, dengan satu tumpuan yang berterusan kepada meningkatkan kemajuan ke arah hadapan. Sebagai contoh, Revival Baltimore, yang merupakan sebahagian daripada jenama JdV oleh Hyatt, bekerjasama dengan Black Acres Roastery milik orang kulit hitam untuk membekalkan kopi kepada semua bilik hotel dan kedai kopi di tapak hartanah, ‘Dashery, dan Hyatt Centric The Pike Long Beach baru-baru ini mengalu-alukan kilang bir Black Crowns & Hops milik orang kulit hitam kepada Watercraft Lounge mereka.

“Di Hyatt, kami percaya di dalam kuasa kekitaan – menjadikan orang ramai berasa seperti mereka berada di rumah tidak kira di mana mereka berada di dunia ini. Kami sentiasa berusaha untuk menggambarkan dunia yang kami sayangi ini dengan pasukan yang mencapai dan berkembang bersama,” kata Malaika Myers, ketua pegawai sumber manusia, Hyatt. “Untuk memajukan visi kami tentang sebuah dunia yang memahami dan peduli, kami mesti terus mengutamakan DE&I merentasi setiap dimensi perniagaan kami dan mengambil tindakan untuk membuat kemajuan yang bermakna terhadap matlamat kami.”

Hyatt Mengumumkan Sumbangan untuk Melancarkan Dana Orang Yang Terselamat Daripada Pemerdagangan Manusia

Dalam usaha untuk mengembangkan kerja berterusan industri hotel itu bagi menyokong pencegahan pemerdagangan manusia dan mangsa yang terselamat, Yayasan Hyatt Hotels telah mengumumkan satu sumbangan sebanyak $500,000 untuk melancarkan Dana “No Room for Trafficking Survivors” dengan kerjasama American Hotel & Lodging Association (AHLA). Dengan sumbangan itu, dan sokongan lanjut daripada industri berkenaan, Dana itu akan melengkapkan organisasi yang berasaskan komuniti dengan sumber yang mereka perlukan untuk melibatkan diri dan menyokong mangsa yang terselamat – daripada sokongan kewangan secara langsung bagi keperluan jangka pendek mereka, garis dasar yang diperlukan untuk menyokong kerjaya yang berkaitan yang boleh memperkasa dan melengkapkan mereka di haluan mereka ke arah menuju ke hadapan.

Hyatt Berusaha untuk Memajukan Tindakan Iklim

Hyatt mempercepatkan lagi usaha mereka untuk melibatkan diri di dalam amalan perniagaan yang lebih mapan sebagai sebahagian daripada rangka kerja alam sekitar mereka – yang ditumpukan kepada bidang perubahan iklim dan pemuliharaan air, sisa dan pengukuran kebulatan, sumber yang bertanggungjawab dan destinasi yang berkembang maju.

Pada tahun 2021, Hyatt menerima kelulusan daripada inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi) pada sasaran berasaskan sains 2030 mereka untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Sasaran Hyatt termasuk mengurangkan pelepasan mutlak skop 1 dan 2, melibatkan pembekal utama untuk menetapkan sasaran berasaskan sains menjelang tahun 2025, dan mengurangkan pelepasan tambahan skop 3.

Hyatt kekal tekun di dalam mempromosikan inisiatif yang menyokong kemajuan ke arah sasaran mereka yang berasaskan sains, yang memberi tumpuan kepada penjimatan tenaga, teknologi cekap, membina sistem automasi, memajukan pertimbangan reka bentuk yang mapan dan banyak lagi. Satu tumpuan berterusan yang penting adalah untuk menambah bilangan hotel yang mempunyai panel solar di tapak atau yang menggunakan seratus peratus elektrik boleh diperbaharui seperti Hyatt Regency Amsterdam dan Hyatt Regency Phoenix. Usaha hartanah yang berterusan juga adalah penting dalam mencapai sasaran ini, seperti yang dipaparkan di Alila Villas Uluwatu melalui makmal kelestarian di tapak mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha dan kemajuan ESG Hyatt, sila layari Hyatt.com/WorldofCare atau layari Sorotan World of Care 2021Laporan DE&I 2021 dan Indeks GRI 2021.

Istilah “Hyatt” itu digunakan di dalam siaran akhbar ini untuk kemudahan bagi merujuk kepada Hyatt Hotels Corporation dan/atau satu atau lebih bagi ahli gabungan mereka.

Maklumat mengenai Hyatt Hotels Corporation
 
Hyatt Hotels Corporation, yang beribu pejabat di Chicago, adalah sebuah syarikat hospitaliti global terkemuka yang dipandu oleh tujuan mereka – untuk menjaga orang ramai supaya mereka boleh menjadi yang terbaik. Setakat 31 Mac, 2022, portfolio Syarikat itu termasuk lebih 1,150 hotel dan hartanah terangkum di 71 buah negara merentasi enam benua. Penawaran Syarikat itu termasuk jenama Park Hyatt®, Miraval®, Grand Hyatt®, Alila®, Andaz®, The Unbound Collection oleh Hyatt®, Destination oleh Hyatt™, Hyatt Regency®, Hyatt®, Hyatt Ziva™, Hyatt Zilara™, Thompson Hotels®, Hyatt Centric®, Caption oleh Hyatt, JdV oleh Hyatt™, Hyatt House®, Hyatt Place®, UrCove, dan Hyatt Residence Club®,  serta jenama resort dan hotel di bawah Koleksi AMR™, termasuk Secrets® Resorts & Spa, Dreams® Resorts & Spas, Breathless Resorts & Spas®, Zoëtry® Wellness & Spa Resorts, Vivid Hotels & Resorts®, Alua Hotels & Resorts® dan Sunscape® Resorts & Spas. Anak-anak syarikat bagi Syarikat itu mengendalikan program kesetiaan World of Hyatt®, ALG Vacations®, Unlimited Vacation Club®, perkhidmatan pengurusan destinasi Amstar DMC dan perkhidmatan teknologi Trisept Solutions®. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hyatt.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220713005967/en/

Hubungi

Megen DiSanto
megen.disanto@hyatt.com

Sumber : Hyatt Hotels Corporation

No comments:

Post a Comment