Friday, July 15, 2022

PERUSAHAAN BERKERUMUN KE PERKHIDMATAN AWAN DI SINGAPURA, MALAYSIA

Kesan pandemik telah mempercepatkan satu arah aliran serantau ke arah pendigitalan untuk kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi, menurut laporan ISG Provider Lens™

SINGAPURA & KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perusahaan di Singapura dan Malaysia kini mengguna pakai pengkomputeran awan pada satu kadar yang pantas, yang didorong oleh pertumbuhan transformasi digital dan arah aliran lain di rantau itu, menurut satu laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan hari ini oleh Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global terkemuka.

Laporan ISG Provider Lens™ Awan Persendirian/Hibrid Generasi Akan Datang 2022 — Perkhidmatan & Penyelesaian Pusat Data untuk Singapura dan Malaysia mendapati satu pasaran yang semakin maju untuk perkhidmatan dan penyelesaian pusat data di rantau itu, dengan kedua-dua penyedia global dan tempatan berkembang dengan kukuh. Penggunaan awan meningkat dengan krisis COVID-19, tetapi ia telah pun bergerak sebelum pandemik itu sebagai sebahagian daripada pemodenan IT yang meluas.

“Transformasi digital semakin meningkat di Singapura dan Malaysia dan akan terus berkembang,” kata Deepraj Emmanuel, pengarah, ISG Asia Pasifik, di Singapura. “Pembekal persendirian dan hibrid/berbilang awan sedang membantu mewujudkan perkara ini.”

Permintaan yang meningkat bagi produk dan perkhidmatan awan dikaitkan kepada beberapa arah aliran IT perusahaan di rantau itu, termasuk keperluan yang semakin berkembang untuk automasi, kemapanan dan pengkomputeran pinggir, kata laporan itu. Kedua-dua pembekal perkhidmatan dan pelanggan dengan pantas mengambil platform untuk mengautomasikan operasi awan dengan menggunakan AI dan pembelajaran mesin.

Satu dorongan utama bagi kemapanan oleh kedua-dua sektor awam dan swasta di Singapura, yang mungkin merebak ke Malaysia, sedang membentuk keputusan syarikat-syarikat mengenai lokasi pusat data, sumber tenaga dan penyedia perkhidmatan. Pengkomputeran pinggir muncul untuk menangani aspek keselamatan, kependaman rangkaian dan aplikasi IoT.

Atas sebab kawal selia, kebudayaan dan geopolitik, Singapura dan Malaysia beroperasi sebagai pasaran berasingan bagi penyelesaian dan perkhidmatan awan, oleh itu hanya sedikit pembekal yang mempunyai liputan di kedua-dua buah negara. ISG menjangkakan penyedia untuk mempercepatkan penciptaan perkongsian kompleks bagi liputan nasional, ketersambungan dan skala global. Di Malaysia, pembangunan pusat data dijangka bergerak melangkaui Kuala Lumpur dan daerah Cyberjaya ke lokasi lain dengan tenaga yang murah dan boleh dipercayai serta berhampiran dengan Singapura.

Kekurangan global bagi kemahiran IT merupakan satu cabaran khusus di Singapura dan Malaysia, dengan pengangguran teknologi berada pada atau hampir mencatat rekod paling rendah dan imigresen berkurangan disebabkan oleh COVID-19, kata laporan itu. Krisis ini akan memerlukan lebih banyak pelaburan di dalam automasi dan satu pemikiran semula mengenai cara bagaimana untuk mengisi jurang kemahiran itu.

Laporan itu juga meliputi arah aliran lain di rantau itu, termasuk pasaran yang sangat kompetitif bagi perkhidmatan terurus, peningkatan kepentingan bagi amalan fizikal dan keselamatan siber dan kaitan yang berterusan bagi perkhidmatan ko-lokasi.

Laporan ISG Provider Lens™ Awan Persendirian/Hibrid Generasi Akan Datang 2022 — Perkhidmatan & Penyelesaian Pusat Data untuk Singapura dan Malaysia menilai keupayaan bagi 32 pembekal merentasi tiga kuadran: Perkhidmatan Terurus, Pengehosan Terurus dan Perkhidmatan Ko-lokasi.

Laporan itu menamakan Singtel dan Telekom Malaysia sebagai Peneraju di dalam ketiga-tiga kuadran itu. Ia menamakan Fujitsu, Kyndryl dan NTT DATA sebagai Pemimpin di dalam dua kuadran setiap satu dan Accenture, Atos, HCL, Infosys, Starhub, Telstra dan Wipro sebagai Pemimpin di dalam satu kuadran setiap satu.

Di samping itu, Equinix dan Telstra telah dinamakan sebagai Bintang Yang Bersinar — syarikat-syarikat yang mempunyai “portfolio yang cerah” dan “potensi masa depan yang tinggi” mengikut takrifan ISG — dalam satu kuadran setiap satu.

Laporan ISG Provider Lens™ Awan Persendirian/Hibrid Generasi Akan Datang 2022 — Perkhidmatan & Penyelesaian Pusat Data untuk Singapura dan Malaysia tersedia kepada pelanggan atau untuk pembelian sekali sahaja di laman web ini.

Maklumat mengenai ISG Provider Lens™ Research 

Siri penyelidikan ISG Provider Lens™ Quadrant ialah satu-satunya penilaian penyedia perkhidmatan yang seumpamanya untuk menggabungkan analisis penyelidikan dan pasaran  empirikal yang dipacu oleh data dengan pengalaman dunia sebenar dan pemerhatian oleh pasukan penasihat global ISG. Perusahaan akan menemui banyak data terperinci dan analisis pasaran untuk membantu membimbing pemilihan mereka bagi rakan-rakan sumber yang sesuai, manakala penasihat ISG menggunakan laporan itu untuk mengesahkan pengetahuan pasaran mereka sendiri dan membuat cadangan kepada pelanggan perusahaan ISG. Penyelidikan itu pada masa ini meliputi penyedia yang menawarkan perkhidmatan mereka di peringkat global, merentasi Eropah, serta di Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, United Kingdom, Perancis, Benelux, Jerman, Switzerland, Nordik, Australia dan Singapura/Malaysia, dengan pasaran tambahan akan ditambah pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut mengenai penyelidikan ISG Provider Lens, sila layari laman web ini.

Satu siri penyelidikan pendamping, ISG Provider Lens Archetype melaporkan, menawarkan satu penilaian yang pertama seumpamanya bagi pembekal daripada perspektif pembeli yang khusus.

Maklumat mengenai ISG

ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) adalah sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka. Sebuah rakan perniagaan yang dipercayai kepada lebih 800 pelanggan, termasuk lebih daripada 75 daripada 100 perusahaan terkemuka dunia, ISG komited untuk membantu perbadanan, organisasi sektor awam, dan penyedia perkhidmatan dan teknologi mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan yang lebih pantas. Firma itu pakar di dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk automasi, awan dan analisis data; nasihat sumber; tadbir urus terurus dan perkhidmatan risiko; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; risikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Ditubuhkan pada tahun 2006, dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih 1,300 orang pekerja profesional yang sudah bersedia daripada segi digital dan beroperasi di lebih 20 buah negara—sebuah pasukan global yang terkenal kerana pemikiran mereka yang berinovatif, pengaruh pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam serta keupayaan penyelidikan dan analisis yang bertaraf dunia berdasarkan kepada data tempat pasaran yang paling komprehensif di dalam industri itu. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.isg-one.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16092

No comments:

Post a Comment