Monday, February 26, 2024

RIMKUS RAIKAN WARISAN 40 TAHUN, MENDAPAT PELABURAN DARIPADA HGGC

 Kerjasama dengan HGGC akan Memperkasakan Rimkus untuk Mendalami Kepakaran dan Melanjutkan Jangkauan Pasaran


HOUSTON, 26 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rimkus Consulting Group, Inc. ("Rimkus"), peneraju dunia dalam bidang perundingan kejuruteraan dan teknikal, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mendapat pelaburan pertumbuhan yang strategik daripada HGGC, sebuah firma peneraju dalam pelaburan pasaran pertengahan. Pelabur minoriti yang sedia ada, Century Equity Partners dan pasukan pengurusan Rimkus akan melaburkan ekuiti yang ketara ke dalam transaksi tersebut. Butiran kewangan tawaran tidak didedahkan.

"Kami amat gembira mendapat HGGC sebagai rakan kongsi strategik. Pelaburan mereka bukan sahaja mengiktiraf kerja keras dan dedikasi pasukan Rimkus tetapi juga memperkasakan kami untuk mempercepat unjuran pertumbuhan kami. Dengan kepakaran dan sumber HGGC, kami sedia untuk mencapai ketinggian baharu dan mengembangkan tawaran perkhidmatan kami bagi menyediakan nilai yang lebih tinggi untuk pelanggan kami," kata Jonathan Higgins, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di Rimkus.

Rimkus menyediakan perkhidmatan perundingan kejuruteraan dan teknikal kepada pelanggan global termasuk korporat, firma guaman, syarikat insurans, pentadbir pihak ketiga dan agensi kerajaan. Kerjasama baharu dengan HGGC akan membantu Rimkus mengembangkan portfolio perkhidmatan mereka, memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka dan lebih memantapkan syarikat tersebut sebagai firma perundingan teknikal premium.

"Rimkus ialah peneraju yang terbukti dengan jenama yang hebat dan budaya yang sangat unik. Kerja terdahulu dan reputasi mereka dalam kalangan pelanggan membuat mereka menjadi rakan kongsi yang sangat menarik bagi kami," kata HGGC. "Kami tidak sabar untuk membantu Rimkus meningkatkan pertumbuhan dengan mengembangkan tawaran perkhidmatan mereka, mendalami kepakaran mereka yang sudah kuat dan melabur dalam teknologi yang meningkatkan operasi."

Sejak tahun 2020, Rimkus telah membuat 15 pemerolehan strategik, serta mengembangkan rangkaian mereka kepada lebih daripada 1,500 pekerja dan lebih daripada 110 pejabat di seluruh dunia. Berikutan penjenamaan semula strategik pada tahun yang lalu, Rimkus telah menambah baik bahagian operasi mereka yang sedia ada untuk kekal maklum tentang keperluan pelanggan global dan melabur dengan ketara dalam penyelesaian teknologi dan pekerja yang membolehkan syarikat kekal sebagai peneraju dalam industri-industri yang mereka melibatkan diri.

Dengan daya pertumbuhan yang kuat ini, kami berbesar hati untuk meneruskan sokongan kami terhadap Rimkus dan untuk bekerjasama dengan HGGC dan pasukan pengurusan bagi mengembangkan kedudukan peneraju pasaran ini," kata Century Equity Partners.

J.P. Morgan menjawat sebagai penasihat kewangan eksklusif Rimkus. Baird merupakan penasihat Century Equity Partners manakala Piper Sandler merupakan penasihat HGGC.

Perihal Rimkus
Rimkus ialah penyedia global bidang perundingan kejuruteraan dan teknikal yang memberikan perkhidmatan kepada korporat, syarikat insurans, firma guaman dan agensi kerajaan. Kepakaran Rimkus bertumpu pada perundingan forensik, penyelesaian pertikaian dan perkhidmatan pengurusan pembinaan, penyelesaian untuk persekitaran terbina, dan sokongan faktor manusia untuk industri pengguna, perindustrian dan penjagaan kesihatan. Sepanjang lebih 40 tahun, komitmen kecemerlangan perkhidmatan jurutera, arkitek, saintis dan pakar teknikal syarikat ini telah diiktiraf oleh komuniti perniagaan tempatan, negara dan antarabangsa. Rimkus mempunyai lebih daripada 110 pejabat di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati http://www.rimkus.com.

Perihal HGGC
HGGC ialah firma pelaburan persendirian yang terdorong nilai dan berfokuskan kerjasama. Ekosistem pelabur, operator dah ahli profesional firma ini disatukan di bawah misi yang sama untuk membangunkan perusahaan peneraju dan membina nilai jangka panjang bersama. HGGC melabur dalam perusahaan teknologi, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kewangan dan pengguna, yang biasanya bernilai antara $200M - $1.5B+. Firma ini berpejabat di Palo Alto, CA dan menguruskan lebih $6.9 bilion komitmen modal kumulatif. Sejak penubuhannya pada tahun 2007, HGGC telah melengkapkan lebih daripada 600 pelaburan platform, pemerolehan penambahan, pemodalan semula dan peristiwa kecairan dengan nilai transaksi agregat lebih $71 bilion. Maklumat lanjut, termasuk senarai lengkap pelaburan semasa dan terdahulu, tersedia di sini www.hggc.com.

Perihal Century Equity Partners
Century Equity Partners, LLC ("Century") ialah firma ekuiti persendirian yang berpejabat di Boston, yang menyediakan modal kepada syarikat pasaran kecil dan sederhana yang mencari pelaburan untuk menyokong pertumbuhan atau pemerolehan dana, pembelian habis separa atau peluang pemodalan semula. Century bertumpu pada syarikat yang beroperasi merentas bidang insurans, pengurusan aset & kekayaan, kewangan khusus, serta sektor perkhidmatan perbankan dan pemberi pinjaman.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53899544/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Perhubungan
Media
Untuk Rimkus
Victoria Cook
Pierpont Communications for Rimkus
vcook@piercom.com
+1-713-627-2223

Untuk HGGC
Trevor Blaisdell
Stanton
TBlaisdell@StantonPRM.com
+1-646-502-3532
 
Sumber: Rimkus Consulting Group, Inc.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment