Friday, February 9, 2024

MIDOCEAN ENERGY EIG AKAN MENGAMBIL ALIH 20 PERATUS PEGANGAN SK EARTHON DALAM PERU LNG

 WASHINGTON, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MidOcean Energy (“MidOcean”), syarikat LNG yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, syarikat LNG yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah memeterai perjanjian muktamad dengan SK Earthon (“SK”) untuk mengambil alih 20 peratus kepentingan SK dalam Peru LNG (“PLNG”).


PLNG memiliki dan mengendalikan loji eksport LNG pertama di Amerika Selatan, yang terletak di Pampa Melchorita, 170km selatan Lima, Peru. Aset PLNG terdiri daripada loji pencecairan gas asli dengan kapasiti pemprosesan 4.45 mmtpa, talian paip sepanjang 408km dengan kapasiti 1,290 mmcf/d yang dimiliki sepenuhnya, dua tangki storan bersaiz 130,000 m ³, terminal marin sepanjang 1.4 km dan kemudahan pemuatan trak dengan kapasiti sehingga 19.2 mmcf/d yang dimiliki sepenuhnya. PLNG dikendalikan oleh Hunt Oil Company dan merupakan satu daripada dua kemudahan pengeluaran LNG di Amerika Latin.

Kami percaya PLNG ialah aset yang sangat strategik kepada sektor gas asli Peru, kerana aset tersebut menyediakan laluan utama untuk menjana pendapatan daripada sumber gas asli melalui eksport. PLNG itu juga memainkan peranan penting dalam membekalkan LNG kepada pelanggan kediaman dan perindustrian serta kenderaan berkuasa CNG di pelbagai bandar di seluruh negara. Sektor gas asli telah menjadi bahagian yang semakin penting dalam campuran tenaga Peru, memperkukuh penjanaan elektrik untuk sektor perindustrian serta pelbagai penggunaan di seluruh sektor kediaman.

De la Rey Venter, Ketua Pegawai Eksekutif MidOcean Energy, berkata, “Kami teruja dengan pengambilalihan ini kerana perkara tersebut mencerminkan satu lagi langkah penting dalam strategi MidOcean untuk mencipta portfolio LNG global, terpelbagai dan berdaya tahan. PLNG ialah aset yang kami tahu dan kagumi, dengan asas jangka panjang yang kuat, pasukan pengurusan yang kukuh dan operasi yang andal. Kami tidak sabar untuk menyertai perkongsian PLNG dan menyumbang kepada kemakmuran jangka panjang usaha sama tersebut dan berusaha ke arah memainkan peranan positif dalam pasaran tenaga Peru.”

MidOcean juga sedang dalam proses menyempurnakan pengambilalihan kepentingan Tokyo Gas dalam empat projek LNG Australia berjumlah AS$2.15 bilion, yang disasarkan akan diperoleh pada penghujung bulan Februari.

Transaksi PLNG itu adalah tertakluk kepada syarat persetujuan lazim.

Morgan Stanley bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada MidOcean dalam transaksi tersebut.

Maklumat Tentang EIG

EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $22.9 bilion di bawah pengurusan pada 31 Disember 2023. EIG mempunyai kemahiran dalam pelaburan swasta bagi sektor tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga pada peringkat global. Sepanjang tempoh beroperasi selama 41 tahun ini, EIG telah memberikan komitmen lebih daripada $47.1 bilion kepada sektor tenaga melalui lebih 405 projek atau syarikat di 42 negara di enam benua. Pelanggan EIG banyak terdiri daripada pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, endowmen, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington D.C. mempunyai pejabat lain di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul.

Maklumat Tentang MidOcean Energy

MidOcean Energy, syarikat LNG yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, berusaha membina portfolio LNG global yang terpelbagai, berdaya tahan, berdaya saing dari segi kos dan karbon. Ini mencerminkan kepercayaan EIG terhadap LNG sebagai pemboleh kritikal peralihan tenaga dan kepentingan LNG yang semakin berkembang sebagai sumber tenaga strategik geopolitik. MidOcean Energy diketuai oleh De la Rey Venter, veteran industri berpengalaman selama 26 tahun yang telah memegang pelbagai peranan eksekutif kanan, termasuk Ketua Global LNG untuk Shell Plc. Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web EIG di www.eigpartners.com atau laman web MidOcean Energy di www.midoceanenergy.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Hubungan Media EIG
FGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG@fgsglobal.com
 
Sumber: EIG

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment