Friday, February 9, 2024

PENYELIDIK DI KFSH&RC & KAUST DISCOVER GENE BERTANGGUNGJAWAB ATAS PEMBIAKAN STRAIN MALARIA PALING BERBAHAYA

 RIYADH, Arab Saudi, 9 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dalam satu kejayaan cemerlang saintifik, sebuah pasukan kajian dari King Faisal Specialist Hospital and Research Centre (KFSH&RC), secara usaha sama dengan King Abdullah University of Science and Technology (KAUST), bekerja seiring dengan penyelidik dari UK, AS, dan India, telah menemukan satu gen yang penting untuk menangani malaria. Gen ini, digelar PfAP2-MRP, adalah penting dalam proses pereplikaan Plasmodium falciparum, iaitu parasit yang menghasilkan strain malaria yang paling berbahaya.


Teknik makmal lanjutan membolehkan penyelidik merencatkan gen PfAP2-MRP, seterusnya mendedahkan peranan kritikal gen tersebut dalam kitaran hidup parasit malaria dalam sel darah merah. Perencatan ini mengganggu keupayaan parasit untuk membiak, mengurangkan keterukan simptom penyakit dan mengawal penyebaran. Penemuan ini terutamanya memberikan impak besar kerana menangani malaria Plasmodium falciparum, yang meragut nyawa lebih setengah juta orang setiap tahun.

Dr. Ashraf Dada, Pengerusi Jabatan Patologi dan Ubat Makmal di King Faisal Specialist Hospital and Research Centre di Jeddah dan ketua penyelidik, mengatakan: "Penemuan ini membuka jalan untuk menghasilkan rawatan yang lebih efektif bagi strain malaria yang paling membawa maut, Plasmodium falciparum." Di samping itu, kajian ini meningkatkan pemahaman masyarakat saintifik tentang perkembangan penyakit serta interaksi penyakit dengan sistem imun manusia, dan dengan itu mengukuhkan usaha untuk menangani parasit malaria yang berleluasa di Afrika.

Selain itu, kajian menunjukkan bahawa gen PfAP2-MRP melaraskan penghasilan reseptor protein pelbagai genetik, membolehkan parasit mengelak daripada sistem imun perumah. Mekanisme ini memainkan peranan penting dalam penyebaran global malaria dan menekankan kepentingan gen ini dalam membina strategi terapeutik di masa depan.

Diterbitkan dalam jurnal berprestij "Nature," kajian yang penting ini merupakan sebahagian daripada kerjasama erat antara KFSH&RC dengan KAUST untuk terlibat dalam aktiviti kajian inovatif bertujuan bukan sahaja untuk menyempurnakan diagnosis mikrob, bakteria dan parasit, tetapi juga menekankan usaha global dalam menangani patogen dan meningkatkan kesihatan manusia.

King Faisal Specialist Hospital and Research Centre berdiri dalam kalangan peneraju global dalam menyediakan penjagaan kesihatan khusus, memacu inovasi dan berkhidmat sebagai hab penyelidikan dan pendidikan bagi perubatan termaju. Melalui perkongsian strategik dengan institusi tempatan, serantau dan antarabangsa yang terkemuka, hospital ini berdedikasi untuk memajukan teknologi perubatan dan meningkatkan standard penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

Perihal King Faisal Specialist Hospital & Research Centre (KFSH&RC):

King Faisal Specialist Hospital & Research Centre (KFSH&RC) berdiri sebagai sebuah institusi penjagaan kesihatan terkemuka di Timur Tengah, dijangka bakal menjadi pilihan optimum bagi setiap pesakit yang mencari penjagaan kesihatan khusus. Hospital ini kaya dengan sejarah merawat kanser, penyakit kardiovaskular, pemindahan organ, neurosains dan genetik.

Pada tahun 2023, "Brand Finance" menyenaraikan King Faisal Specialist Hospital & Research Centre sebagai pusat perubatan akademik terbaik di Timur Tengah dan Afrika, serta antara 20 terbaik di dunia. Selain itu, pada tahun 2022, pusat ini diiktiraf sebagai salah sebuah penyedia penjagaan kesihatan global terkemuka oleh majalah Newsweek.

Sebagai sebahagian daripada Saudi Vision 2030, titah diraja telah dikeluarkan pada 21 Disember 2021 untuk mengubah hospital tersebut menjadi entiti bebas, bukan untuk keuntungan dan milik kerajaan, membuka jalan menuju program transformasi komprehensif untuk menjadi peneraju global dalam penjagaan kesihatan melalui kecemerlangan dan inovasi.

Gambar yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di
https://prdesk.globenewswire.com/api/ResourceLibraryFile/DownloadFile?source=pnr&Id=38b3fbef-fece-4a76-b326-2d57ab1b16ba

MAKLUMAT HUBUNGAN 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi:
En. Essam Al-Zahrani, Ketua Hal Ehwal Media, 0555254429
En. Abdullah Al-Awn, Pegawai Penyelaras Media, 0556294232

Sumber: King Faisal Specialist Hospital & Research Centre

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment