Tuesday, January 23, 2024

CONCEAL MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN KE ASIA TENGGARA DENGAN PERKONGSIAN NORDIC SOLUTIONS

Conceal bekerjasama dengan Nordic Solutions bertujuan mengintegrasikan teknologi ConcealBrowse yang canggih, meningkatkan tawaran proaktif dan responsif Nordic Solution untuk pangkalan pelanggan Asia Pasifik syarikat itu

AUGUSTA, Ga., 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Conceal, terkenal dengan pendekatan berinovatif terhadap keselamatan pelayar, berbangga untuk mengumumkan perkongsian pengedaran strategik bersama Nordic Solutions Asia Pte Ltd, yang beribu pejabat di Singapura, serta mempunyai pejabat di seluruh rantau di Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam, pengedar nilai tambah produk keselamatan siber rangkaian khusus yang terkemuka bertujuan membentuk masa depan penyelesaian teknologi di rantau Asia-Pasifik. Bersama gabungan ini, pelanggan khusus Nordic Solutions kini akan diperkasakan dengan perlindungan pelayar ConcealBrowse yang dipertingkat.

“Rantau Asia-Pasifik mewakili beberapa pelanggan siber terbesar dan paling canggih di dunia, dan kami amat teruja untuk membawa keupayaan ConcealBrowse yang tiada tandingannya kepada portfolio eksklusif Nordic Solutions. Kepakaran, pengalaman dan penghormatan Nordic Solutions di rantau ini menjadikan syarikat tersebut sebagai rakan kongsi yang ideal untuk Conceal,” kata Gordon Lawson, Ketua Pegawai Eksekutif Conceal. “Dengan menggabungkan ConcealBrowse ke dalam rangkaian tawaran Nordic Solutions, kami percaya perkongsian kami akan merevolusikan cara organisasi di Asia Tenggara mengesan, bertindak balas dan mempertahankan diri terhadap berbagai ancaman hari ini dan esok.”

"Kami tidak berbelah bahagi untuk berusaha mengejar kecemerlangan dalam perkhidmatan IT kami yang menyeluruh. Kerjasama dengan Conceal mewakili pencapaian penting dalam komitmen kami yang berterusan untuk menyediakan penyelesaian keselamatan siber yang canggih. Perkongsian ini menghimpunkan kepakaran dan pengaruh serantau Nordic Solutions yang luas dengan pendekatan berpandangan jauh Conceal kepada keselamatan pelayar. Dengan mengintegrasikan teknologi berinovatif Conceal ke dalam portfolio eksklusif kami dengan lancar, kami berada pada kedudukan untuk merevolusikan landskap keselamatan siber di rantau Asia-Pasifik. Bersama-sama, kami menyasarkan untuk memperkasa organisasi supaya menangani ancaman siber secara proaktif, memperkukuh dedikasi bersama kami bagi memupuk masa depan digital yang selamat untuk perniagaan di seluruh rantau ini," kata John Seet, Ketua Pegawai Eksekutif Nordic Solutions.

Dengan perkongsian ini, pangkalan pelanggan Nordic Solutions boleh menjangka pertahanan yang lebih teguh dan berintegrasi. Gabungan rangkaian perkhidmatan menyeluruh IT Nordic Solutions yang tiada tandingannya ini, digabungkan dengan pendekatan pelayar dinamik yang dikuasakan AI daripada ConcealBrowse, memastikan pelanggan Nordic Solutions dapat mengenal pasti dan meneutralkan ancaman yang muncul dengan kecekapan dan kelajuan lebih tinggi.

Maklumat Tentang Conceal

Misi Conceal ialah untuk mempertahankan organisasi terhadap ancaman berasaskan web. ConcealBrowse ialah sambungan pelayar berkuasa AI peribadi, ringan dan mudah digunakan yang mengesan, menghalang dan melindungi pengguna daripada pancingan data, kecurian kelayakan dan serangan kejuruteraan sosial canggih lain yang sentiasa berkembang. Dengan melindungi bahagian paling rentan dalam mana-mana organisasi, manusia yang menggunakan pelayar web, ConcealBrowse mengurangkan risiko serangan siber yang merosakkan dan mahal secara dramatik. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://conceal.io/conceal-browse/.

Maklumat Tentang Nordic Solutions

Nordic Solutions (Asia) Pte Ltd, ditubuhkan pada tahun 2014, merupakan pengedar keselamatan siber terkemuka yang khusus untuk membentuk masa depan penyelesaian teknologi di rantau Asia-Pasifik. Bersama asas yang kukuh dalam pengedaran dan Perkhidmatan Terurus, kami sentiasa berkembang untuk menawarkan rangkaian perkhidmatan menyeluruh. Bahagian kami termasuk Keselamatan Siber, Penyelesaian dan Perkhidmatan Dron, serta Transformasi Digital. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://nordic-solutions.asia/.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17831

No comments:

Post a Comment