Wednesday, January 10, 2024

SINGPOST MEMBOLEHKAN PENGHANTARAN LOGISTIK E-DAGANG MASA NYATA DI SELURUH ASIA PASIFIK DENGAN BOOMI

SingPost Membolehkan Penghantaran Logistik e-Dagang Masa Nyata Di Seluruh Asia Pasifik Dengan Boomi (Grafik: Business Wire)


Penyedia logistik pos dan e-dagang terkemuka SingPost bekerjasama dengan Boomi untuk mempercepat suai tugas pelanggan sebanyak 75 peratus

SINGAPURA & CHESTERBROOK, Pa., 10 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, pada hari ini mengumumkan bahawa Singapore Post Limited (SingPost) telah menggabungkan platform Boomi untuk menambah baik kecekapan operasi dan mempercepat suai tugas pelanggan bagi memenuhi matlamat transformasi digital penyedia perkhidmatan tersebut.

Meskipun industri logistik global dijangka mencecah AS$6.3 trilion pada tahun 2023, hasil e-dagang Asia sahaja dijangka mencecah AS$1.92 trilion menjelang tahun 2024. Sebagai penyedia logistik pos dan e-dagang terkemuka di Asia Pasifik, SingPost menyediakan perkhidmatan di 13 pasaran merentasi 220 destinasi global. Bersama matlamat untuk menumpukan kepada penghantaran bungkusan e-dagang pada peringkat tempatan dan antarabangsa, SingPost memulakan projek transformasi digital, dengan menerima pakai teknologi canggih, termasuk platform integrasi data yang boleh disesuaikan dan AI janaan.

Untuk memodenkan perniagaan syarikat itu dalam menghadapi landskap rantaian bekalan yang kompleks dan menambah baik kepuasan pelanggan, SingPost memerlukan penyelesaian berskala besar dan berkesan bagi transformasi dan pemetaan data, serta pengurusan integrasi dan antara muka pengaturcaraan aplikasi (API).

“Data ialah asas perniagaan kami. Kami menggunakan data untuk mengatur penghantaran logistik e-dagang secara menyeluruh dengan pengalaman pelanggan kami menjadi keutamaan. Kami perlu memastikan pelanggan kami sentiasa dimaklumkan mengenai setiap langkah terkini sepanjang proses dijalankan, dari masa mereka membeli item dalam talian sehingga item tersebut dihantar ke depan pintu mereka,” kata Noel Singgih, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Kumpulan, SingPost.

Tanggungjawab memastikan data tersedia dan boleh diambil tindakan dalam masa nyata merupakan bahagian penting dalam matlamat transformasi digital SingPost. Syarikat itu mahu memecahkan silo data, menambah baik tadbir urus data dan beralih daripada sistem yang diduplikasi dan legasi untuk memanfaatkan peluang pasaran, serta memacu pertumbuhan perniagaan. Dalam usaha mencapai matlamat ini, SingPost memerlukan platform integrasi yang teguh dan andal sebagai perkhidmatan (iPaaS).

“Kami memerlukan platform integrasi strategik untuk pertukaran data elektronik (EDI) dan integrasi API untuk menyediakan ketangkasan dan kebolehskalaan untuk perniagaan kami dan permintaan bermusim,” kata Singgih. “Bersama platform Boomi, kini kami boleh suai tugas pelanggan kami 75 peratus lebih pantas, berbanding lima hingga enam minggu hingga bawah dua minggu. Perkongsian kami dengan Boomi membantu kami menambah baik kebolehlihatan terhadap penghantaran dan pemenuhan pesanan kami, menjadikan kami lebih tangkas dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan pasaran dan peruncit e-dagang.”

“Dalam dunia yang dihubungkan secara digital, terus berada di hadapan menjadi perkara utama. Boomi membolehkan syarikat berinovasi dengan pantas dan pada skala besar bagi memenuhi transformasi digital dan matlamat perniagaan masing-masing. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan SingPost kerana syarikat tersebut berubah menjadi perniagaan yang mengutamakan digital, menumpukan kepada cerapan dipacu data masa nyata,” kata Thomas Lai, Naib Presiden dan Pengurus Besar untuk Asia Pasifik dan Jepun, Boomi.

Sumber Tambahan

· Sila dengar daripada pelanggan global kami
· Layari penyelesaian dalam Boomi Discover
· Terokai Komuniti Boomiverse
· Ikuti Boomi dalam TwitterLinkedInFacebook dan YouTube

Maklumat Tentang Boomi
Boomi mempunyai matlamat menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua individu kepada segalanya, di mana-mana sahaja. Perintis platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini menjadi syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai perkhidmatan (SaaS), Boomi dikatakan sebagai pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dan rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan niaga – termasuk Accenture, Capgemini, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform pemenang anugerah Boomi bagi menemui, menguruskan dan mengatur data, sambil menyambungkan aplikasi, proses dan individu untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, kunjungi boomi.com.

© 2023 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’ dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53866937/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Media:
Jasmine Ee
Ketua Perhubungan Media dan Penganalisis, APJ
jasmine.ee@boomi.com

Sumber: Boomi, LP

--BERNAMA

SINGPOST MEMBOLEHKAN PENGHANTARAN LOGISTIK E-DAGANG MASA NYATA DI SELURUH ASIA PASIFIK DENGAN BOOMI

No comments:

Post a Comment