Tuesday, January 16, 2024

AIRPORTER DAN MUIC KANSAI MELANCARKAN PERKHIDMATAN DAFTAR MASUK DI LUAR TERMINAL DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KANSAI

OSAKA, Jepun, 15 Jan., 2024 / Kyodo JBN-AsiaNet/--

Airporter, Inc. dan MUIC Kansai (Pusat Inovasi Kansai) telah memulakan perkhidmatan daftar masuk di luar terminal yang pertama di Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai. Perkhidmatan itu bertujuan untuk menyelaraskan proses bagasi untuk pelancong yang menuju ke luar, menyampaikan bagasi terus dari hotel (atau tempat serahan yang ditetapkan) ke  lapangan terbang berlepas di Jepun dan seterusnya ke lapangan terbang ketibaan antarabangsa.
  
Satu projek bukti konsep (PoC) yang mensasarkan pengguna JAL yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai telah dilaksanakan dengan jayanya. Airporter dan MUIC Kansai merancang untuk mewujudkan kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan utama di Asia yang sering digunakan oleh pelancong antarabangsa yang melawat Jepun pada masa akan datang.

Ringkasan perkhidmatan
  
1. Airporter menyediakan penghantaran bagasi pada hari yang sama di antara lapangan terbang dan hotel, memperluaskan perkhidmatan mereka ke lapangan terbang antarabangsa. Ini membolehkan “perjalanan bebas tangan” dari hotel ke lapangan terbang ketibaan luar negara.

2. Dengan menggabungkan perkhidmatan penghantaran bagasi pada hari yang sama  Airporter dengan daftar masuk dalam talian yang disediakan oleh syarikat-syarikat penerbangan, perkhidmatan ini menyumbang kepada pendigitalan bagi prosedur menaiki kapal terbang, seterusnya mengurangkan berlakunya isu beratur panjang.

3. Dengan memberi tumpuan kepada Ekspo 2025 Osaka, Kansai, tumpuan awal untuk melaksanakan perkhidmatan itu adalah di Osaka. Satu demonstrasi PoC selama tiga bulan telah dijalankan bermula dari Julai 2023, dengan mensasarkan pengguna JAL yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai untuk pengesahan bagi operasi perkhidmatan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17815

No comments:

Post a Comment