Friday, October 6, 2017

TEKNOLOGI SDX MILIK NTT COMMUNICATIONS AKAN DIGUNAKAN OLEH MCLAREN-HONDA UNTUK GRAND PRIX FORMULA 1 JEPUN 2017

SD-WAN berkelajuan tinggi akan menghubungkan Litar Suzuka dan ibu pejabat McLaren-Honda di United Kingdom bagi menghantar data kereta dengan cekap untuk pengurusan dalam perlumbaan strategik mengikut keutamaan data

TOKYO, 5 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- McLaren-Honda, sebuah pemimpin perintis di dalam perlumbaan motor Formula 1 sejak lebih 50 tahun, dan NTT Communications, penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432) mengumumkan hari ini bahawa teknologi perisian berdefinisi segala-galanya (SDx) milik NTT Communications akan digabungkan buat kali pertama di dalam sebuah rangkaian sisi litar yang menghubungkan Litar Suzuka di Jepun dan Pusat Teknologi McLaren di Woking, United Kingdom semasa Grand Prix Formula 1 Jepun 2017.

Dengan menggunakan teknologi SDx milik NTT Communications, McLaren-Honda merancang untuk melaksanakan beberapa siri ujian semasa Grand Prix Jepun untuk mengukuhkan pengurusan jarak jauh bagi strategi perlumbaan mereka dengan menggunakan data telemetri yang disediakan pada kelajuan tinggi tambahan. Infrastruktur ICT NTT Communications yang dijamin selamat dijangka dapat mengawal lebar jalur rangkaian secara fleksibel dan cekap dalam menguji kelajuan dan kualiti rangkaian kawasan luas (SD-WAN) perisian berdefinisi baharu yang meningkatkan lebar jalur dengan ketara. Data akan juga dihantar di antara Jepun dan United Kingdom melalui sebuah litar MPLS yang sedia ada.

Ciri-ciri Teknologi SDx Baharu

- Rangkaian fleksibel yang memanfaatkan SD-WAN
SD-WAN itu akan menawarkan lebar jalur yang diperluaskan dan transmisi data yang sangat efisien sebagai tindak balas kepada keutamaan data dengan menggabungkan litar MPLS yang sedia ada dan litar pelengkap NTT Communications, termasuk internet, yang dibina di litar berkenaan. Penyelesaian itu dijangka dapat mengalihkan trafik dari litar internet di garaj, tempat kerja jurutera, dan Wi-Fi tetamu ke litar pelengkap ini di sebelah rangkaian MPLS yang sedia ada. Kapasiti besar, resolusi tinggi, persidangan video akan diedarkan melalui NTT SD-WAN untuk membolehkan kerjasama yang sangat penting itu di antara jurutera yang bekerja di tepi litar dan lokasi-lokasi global yang lain.

- Pemecutan WAN dan UTM dicapai dengan infrastruktur NFV
Infrastruktur virtualisasi fungsi rangkaian (NFV) akan dimanfaatkan di dalam awan untuk dengan cepat menggunakan kedua-dua pemecutan WAN bagi penghantaran data tanpa latensi dan sebuah pengurusan ancaman disatukan (UTM) fungsi proksi Web bagi jaminan keselamatan rangkaian.

- SD-Exchange yang dimanfaatkan untuk penyambungan berkelajuan tinggi di antara Jepun dan United Kingdom
Perkhidmatan SD-Exchange NTT Com akan membolehkan data bervolum tinggi dihantar dengan lebih pantas berbanding dengan penyambungan internet biasa kerana data itu akan dialihkan dari Jepun ke United Kingdom melalui infrastruktur lebar jalur global NTT Communications.

Encik Matt Lockie, Pengarah IT untuk Perlumbaan, McLaren Technology Group berkata, "Dalam dunia Formula Satu yang sangat kompetitif, keupayaan kami untuk bekerjasama dengan NTT Communications bagi memanfaatkan teknologi SD-WAN yang serba canggih benar-benar membantu untuk memberikan kami satu kelebihan ke atas pertandingan itu. Saya amat berbangga dengan cara pasukan kami telah bekerjasama dalam menyampaikan teknologi rangkaian berinovatif sedemikian untuk memenuhi keperluan mencabar bagi penghantaran data pantas kepada jurutera kami di sisi litar dan juga di Pusat Kawalan."

Encik Tatsuya Yamashita, Naib Presiden Kanan, Pengembangan Teknologi/ Naib Presiden, Pasukan Petugas Platform Generasi Seterusnya, berkata, "McLaren Honda adalah pasukan teknologi yang sangat maju di kalangan Formula 1. Ia akan memberi kelebihan besar bagi NTT Com untuk bersama-sama melaksanakan pembangunan sebagai sebuah rakan teknologi untuk memenuhi permintaan teknologi yang sangat tinggi. Saya amat teruja kerana kami dapat menggunakan teknologi termaju SD-WAN dan NFV kami di tapak perlumbaan di pasukan Formula 1 lebih awal daripada pembekal lain."

Dr. Shin Miyakawa Naib Presiden, Pejabat IoT/ Pasukan Petugas McLaren berkata, "Perlumbaan Formula 1 memanfaatkan teknologi bertaraf dunia untuk menghantar data dalam perlumbaan dari tapak perlumbaan global ke ibu pejabat pasukan yang selalunya berada jauh untuk melakukan strategi penting. NTT Com, sebagai sebuah penaja pasukan dan rakan teknikal bagi McLaren-Honda, akan menggabungkan teknologi SDx yang canggih untuk membina sebuah rangkaian sisi litar misi kritikal yang menggunakan sepenuhnya teknologi penghantaran berkelas dunia."

Berikutan penggunaan penyelesaian ini untuk Grand Prix Formula 1 Jepun  2017, McLaren-Honda dan NTT Communications merancang untuk menguji lagi dan meningkatkan tahap keselamatan, kelajuan dan kecekapan penghantaran data berkapasiti besar, dengan matlamat untuk penggunaan bagi perlumbaan masa hadapan. Dengan mengubah cara mereka mengumpul dan memanfaatkan data perlumbaan, NTT Communications dan McLaren-Honda menjangka untuk mengatasi metodologi Formula 1 yang ada sekarang. Maklumat lanjut mengenai inisiatif ini akan diperkenalkan pada Forum NTT Communications 2017 di Tokyo pada 5 dan 6 Oktober.

NTT Communications, bermula dari musim perlumbaan tahun ini, juga menyediakan kepada McLaren-Honda dengan perkhidmatan jaringan Arcstar Universal One enterprise VPN untuk menyampaikan komunikasi yang pantas dan fleksibel ke 16 pejabat global syarikat itu.

Data dikongsi secara meluas dalam tepat masa, termasuk di litar dan di ibu pejabat pasukan dalam usaha yang diselaraskan untuk merancang dan melaksanakan strategi perlumbaan secara tepat masa dengan lebih pantas berbanding dengan pesaing. Penghantaran semasa perlumbaan boleh mencapai data sehingga 100GB — meliputi cuaca di tapak perlumbaan, kelajuan enjin, tekanan brek, paras bahan api, tekanan udara tayar, video di atas kereta dan banyak lagi — data ini dikumpul dari 200 sensor dan kamera yang dipasang di dalam sesebuah kereta perlumbaan.

Maklumat mengenai McLaren-Honda Formula 1 Team

Sejak tahun 1963, McLaren Racing telah menjadi satu daripada pasukan yang paling berjaya dan berinovatif di dalam perlumbaan motor Grand Prix, dengan menghasilkan beberapa kereta Formula 1 yang paling ikonik di dalam sejarah sukan itu.

Dari permulaannya yang serba sederhana di sebuah bengkel kecil di New Malden, Surrey, di mana Bruce McLaren telah mengumpulkan sebuah krew yang kecil yang terdiri daripada beberapa individu yang komited untuk mereka bentuk, membina dan menyertai perlumbaan kereta dengan menggunakan nama beliau sendiri, McLaren Racing kini berpangkalan di Pusat Teknologi McLaren yang terkenal di Woking – pusat bagi kesemua perniagaan pasukan itu, dan tempat kerja kepada lebih 3,000 orang. Bagi mana-mana organisasi, itu adalah satu transformasi yang luar biasa. Namun, kejayaan syarikat itu dalam bidang sukan telah berkembang dengan pesat sejak zaman awal itu.

Bruce membawa pasukan itu ke dalam Formula 1 pada Grand Prix Monaco 1966 – dan, sejak hari itu, tiada pasukan di dalam Formula 1 telah mencatatkan lebih banyak kemenangan [182] berbanding McLaren. Sepanjang lebih 50 tahun ia telah bersaing di dalam sukan itu, McLaren juga telah memenangi 12 Kejuaraan Pemandu dan 8 Kejuaraan Pembina (Constructors). Di tempat lain, pasukan itu telah menguasai siri kereta sukan CanAm Amerika Utara yang ikonik, dengan meraih 43 kemenangan di antara tahun 1967 dan 1972, menjuarai Indy 500 tiga kali di antara '72 dan '76, dan memenangi Le Mans 24 Jam pada percubaan mereka yang pertama, pada tahun 1995.

Juara terunggul pasukan itu – Emerson Fittipaldi, James Hunt, Niki Lauda, ​​Alain Prost, Ayrton Senna, Mika Hakkinen dan Lewis Hamilton –  kesemua mereka adalah nama-nama sebutan ramai dan merupakan legenda sukan bermotor.

McLaren-Honda menyertai kempen Kejohanan Dunia Formula 1 FIA 2016 dengan gandingan pemandu juara dunia dua kali (2005, 2006) Fernando Alonso dan juara dunia 2009, Jenson Button. Mereka memandu McLaren-Honda MP4-31.

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan awan untuk mengoptimumkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi perusahaan. Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP peringkat 1 global yang terkemuka, rangkaian Arcstar Universal One™ VPN yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/ wilayah, dan lebih 140 pusat data yang dijamin selamat di seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat-syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.

www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Hubungi
NTT Communications
Encik Ryu Kanishima
Pembangunan Teknologi
sd-wan@ntt.com

Sumber: NTT Communications

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171004006506/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

No comments:

Post a Comment