Thursday, October 19, 2017

PERSIDANGAN MEDIA HARI ISNIN UNTUK PERSIDANGAN DUNIA BAGI KANSER PARU-PARU: BAHAYA MEROKOK DAN PENYELIDIKAN INTERVENSI KANSER PARU-PARU

YOKOHAMA, Jepun, 19 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pada persidangan media di Persidangan Dunia Ke-18 bagi Kanser Paru-paru (WCLC) oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) hari ini, penyelidik kanser paru-paru tersohor dunia memberikan pandangan baharu ke atas saringan CT, penghentian merokok dan mesotelioma. Perbincangan ini berfokus khususnya pada negara tuan rumah persidangan iaitu Jepun, yang mengekalkan kadar tinggi tabiat merokok.

Kemajuan Besar dalam Saringan CT: Perspektif Pakar Radiologi
Saringan CT diperkenalkan untuk kali pertamanya apabila pengimbas CT heliks tersedia pada awal 1990-an. Sejak itu, berlaku kemajuan yang luar biasa dalam teknologi pengimbas CT dengan peningkatan serentak dalam bilangan pemeriksaan CT setiap tahun sebanyak lebih kurang 10% setiap tahun, seperti yang dikongsi oleh Dr. Claudia Henschke dari Mount Sinai di Amerika Syarikat. Disebabkan oleh perkakasan dan algoritma pembinaan semula imej yang lebih berkuasa dalam CT berbilang pengesan (MDCT) hari ini, telah menjadikan pengimbasan yang lebih pantas pada dos radiasi yang lebih rendah sesuatu yang tidak mustahil.

Berkenaan dengan saringan kanser paru-paru, pengkolimatan yang lebih nipis telah membawa kepada pengesanan lebih banyak nodul pulmonari yang kecil. Tambahan lagi, terdapat evolusi dalam teknik diagnostik seperti biopsi perkutaneus, bronkoskopi navigasi dan imbasan PET dan kemajuan ini telah diintegrasikan ke dalam regimen saringan yang menghasilkan pengurangan dalam kekerapan pembedahan silang alik nodul benigna.

“Kemajuan saringan CT dalam beberapa dekad lepas telah terbukti menjadi satu langkah yang kritikal dalam usaha kami untuk merawat kanser paru-paru,” kata Dr. Henschke. “Antara banyak kelebihan teknologi saringan CT yang lebih baharu, kini kami boleh menaksir saiz dan pertumbuhan nodul dengan lebih baik, berkaitan dengan kemungkinan kemalignan dan keagresifan kanser paru-paru. Untuk pertama kalinya, pengimejan sebagai penanda bio untuk keagresifan telah digunakan untuk memantau pertumbuhan kanser. Kami didorong oleh kemajuan yang kami lakukan disebabkan peningkatan saringan CT dan kami berharap teknologi ini akan menyelamatkan lebih banyak nyawa.” 

No comments:

Post a Comment