Friday, October 27, 2017

UNISYS MEMENANGI ANUGERAH PILIHAN PELANGGAN PAYLOAD ASIA BAGI PENYEDIA PERKHIDMATAN IT TERBAIK BAGI TAHUN BERKENAAN UNTUK KECEMERLANGAN DI DALAM KARGO UDARA

SINGAPURA, 26 Okt (Bernama-AsiaNet) --

Penyelesaian kargo berinovatif Digistics menerima gelaran pilihan pelanggan selepas memenangi undi popular dalam talian bagi keupayaan untuk menyokong transformasi digital merentasi ke seluruh rantaian bekalan


Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memenangi Anugerah Pilihan Pelanggan bagi Penyedia Perkhidmatan IT Terbaik bagi Tahun berkenaan pada Anugerah Payload Asia (http://awards.payloadasia.com/), yang mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan di dalam rantaian bekalan kargo udara. Unisys telah diiktiraf bagi Digistics(TM) (http://www.unisys.com/digistics), sebuah penyelesaian holistik dan logistik digital bersepadu yang membolehkan pengangkut kargo udara menyelaraskan pengurusan pengangkutan mereka dan meningkatkan kecekapan operasi.

Anugerah itu, yang dianjurkan oleh penerbit industri terkemuka Payload Asia (http://www.payloadasia.com/), telah disampaikan di Singapura pada 12 Oktober 2017. Ditentukan oleh pengundian popular dalam talian, anugerah itu memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat rantaian bekalan kargo udara yang unggul walaupun dalam sebuah pasaran pengangkutan udara global yang mencabar – mempamerkan ketangkasan, inovasi dan perancangan strategik yang unggul – dan mempunyai impak yang baik terhadap trend pasaran.

Digistics mempunyai sebuah seni bina moden yang berasaskan awan yang mempertingkatkan dengan ketara kelajuan sesebuah syarikat pengangkutan ke pasaran, manakala analisis termaju dan teknologi pembelajaran mesin menganalisis data masa lalu, masa sekarang dan masa hadapan untuk mengoptimumkan operasi rantaian bekalan dan perancangan laluan. Penyelesaian yang berasaskan awan itu membolehkan penyatuan yang lancar ke dalam sistem sedia ada dan menyokong pelbagai jenis peranti – termasuk peranti mudah alih, tablet, peranti skrin sentuh dan komputer peribadi – sekali gus membolehkan ruang kerja digital yang lebih tangkas.

"Anugerah itu merupakan satu bukti kepada pelanggan kami, sama seperti ia untuk kami," kata Tony Windever, naib presiden dan pengurus besar, Unisys Asia Pasifik. "Kami telah melihat secara jelas komitmen dan dedikasi pelanggan-pelanggan kami ke arah melaksanakan transformasi digital untuk mengubah secara asas operasi perniagaan mereka, dan melalui perkongsian dan kerjasama kami, telah membangunkan perisian untuk memenuhi keperluan perniagaan yang paling penting."

Perakuan ini adalah pengiktirafan terkini untuk keupayaan kargo Unisys. Pada Julai, keupayaan muatan penguraian Unisys telah diiktiraf (http://www.unisys.com/industries/commercial/transportation/news%20release/unisys-wins-three-icmg-awards) pada Anugerah Kecemerlangan Seni bina Australasia & Asia Pasifik ICMG 2017, dan pada September, Digistics telah memenangi anugerah global (http://www.unisys.com/offerings/advanced-analytics/news%20release/unisys-predictive-freight-wins-global-icmg-award) bagi "Seni Bina Perisian Terbaik" pada Anugerah Kecemerlangan Seni Bina Amerika Syarikat ICMG 2017.

Digistics adalah penyelesaian kargo udara digital komprehensif yang pertama yang menawarkan penyelesaian disruptif berasaskan katalog melalui awan, yang menyediakan fungsi hujung-ke-akhir dari operasi sehingga kepada perancangan laluan. Penyelesaian itu merapatkan jurang kepada era digital perjalanan dan pengangkutan, memanfaatkan analisis termaju – yang dijanakan oleh pembelajaran mesin – untuk membantu syarikat pengangkutan meningkatkan kelajuan mereka ke pasaran pada masa yang sama mengurangkan kos.

"Pertambahan kepada senarai bagi anugerah dan pengiktirafan pihak ketiga itu mengesah dan menyokong pendekatan kami untuk mengubah operasi rantaian bekalan. Kami amat berterima kasih kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam menyokong lagi Digistics sebagai pilihan produk mereka untuk operasi kargo udara," kata Dheeraj Kohli (http://www.unisys.com/industries/commercial/transportation/Thought%20Leader/dheeraj-kohli-id-2838), naib presiden dan ketua global bagi Perjalanan dan Pengangkutan untuk Unisys.

Unisys mempunyai lebih 55 tahun pengalaman di dalam menyediakan penyelesaian IT yang berinovatif kepada industri perjalanan dan pengangkutan (http://www.unisys.com/industries/commercial/transportation). Penyelesaian kargo Unisys digunakan oleh kebanyakan syarikat pengangkutan terkemuka di dunia, yang bekerjasama melalui Kumpulan Pengguna Kargo Unisys (UCUG). Ahli-ahli Unisys dan UCUG telah bekerjasama dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) selama lebih 20 tahun di atas inisiatif seperti e-Freight, Cargo iQ dan pemesejan XML.

Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang pakar di dalam menyediakan penyelesaian yang berfokuskan industri yang disepadukan dengan keselamatan canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Penawaran Unisys termasuk penyelesaian keselamatan, analisis data termaju, perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi dan aplikasi dan perisian pelayan. Untuk maklumat lanjut: sila layari www.unisys.com.
 
Maklumat mengenai Unisys Asia Pasifik
Di Asia Pasifik, Unisys menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian kepada pelanggan di lebih 15 buah negara merentasi rantau itu. Untuk maklumat lanjut sila layari:  www.unisys.com.au. Ikuti kami di twitter @UnisysAPAC (https://twitter.com/UnisysAPAC), LinkedIn (http://www.linkedin.com/company/unisys), dan di China di: www.weibo.com/unisyschina dan Akaun Rasmi WeChat: Unisys China.
 
Hubungi:                 
Asia Pasifik:          
Claire Hosegood,
Unisys Asia Pasifik,
+61 411 253 663
claire.hosegood@au.unisys.com
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
  
SUMBER: Unisys Asia Pasifik

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment