Friday, October 20, 2017

AXA Affin General Insurance Diumumkan Antara Syarikat Terbaik Di Asia Untuk Bekerja

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- AXA Affin General Insurance Bhd (AAGI) diumumkan antara Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2017 oleh Human Resource (HR) Asia Magazine pada Majlis Anugerah di sini, baru-baru ini.

Dalam kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif AAGI Emmanuel Nivet melahirkan penghargaan kepada pekerja yang menjadi tulang belakang syarikat.

"Sejajar dengan nilai ONE AXA kami, kami semakin kukuh apabila bekerjasama dan bertindak sebagai satu pasukan. Kami membenarkan pasukan kami untuk menyatakan pendapat mereka dan bertindak untuk menjayakan sesuatu perkara.

"Kami turut menggalakkan kepelbagaian dan penyertaan, keseimbangan kerja dan kehidupan serta inovasi, untuk memupuk budaya positif iaitu ketelusan dan kerja berpasukan di tempat kerja,"katanya.

Ketua Pegawai Sumber Manusia AAGI Mohd Syukri Ahmad Sudari berkata syarikat mengiktiraf pekerjanya sebagai aset paling berharga dan menumpukan kepada persekitaran kerja yang dinamik dan menyediakan peluang dalam pembangunan kerjaya.

Anugerah itu dianjurkan oleh HR Asia, penerbitan Asia bagi profesional HR kanan.

AAGI, yang mempunyai lebih 900 pekerja di 24 pejabat di seluruh negara, memanfaatkan platform dan rangkaian global AXA Group untuk menawarkan peluang latihan dan pembangunan lanjutan kepada pekerja.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment