Tuesday, October 31, 2017

SYARIKAT BARANGAN PENGGUNA EDAR CEPAT PT. KINO INDONESIA TBK. MEMILIH PENYELESAIAN INVENTORI AWAN™ DSI UNTUK MENCAPAI KEBOLEHLIHATAN INVENTORI MERENTASI RANTAIAN BEKALAN MEREKA YANG DIPERLUASKAN

BANDAR RAYA KANSAS, Mo. & SINGAPURA, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- DSI hari ini mengumumkan bahawa PT. Kino Indonesia Tbk. telah memilih penyelesaian Inventori Awan™ DSI  untuk menguruskan operasi pengedaran rantaian bekalan syarikat mereka yang kompleks.

PT. Kino Indonesia Tbk. (selepas ini: Kino) adalah satu daripada syarikat barangan pengguna edar cepat (FMCG) terbaik yang diperakui di Indonesia yang meliputi 19 jenama dalam 16 kategori produk termasuk penjagaan kulit, makanan & minuman dan farmasi. Selepas hampir dua dekad di dalam perniagaan, produk Kino banyak terdapat di pengedar-pengedar besar, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini, kedai kosmetik dan kedai tradisional di seluruh kepulauan Indonesia. Untuk menyokong satu rangkaian pengedaran dan kedai runcit yang luas, Kino memerlukan sebuah penyelesaian pengurusan inventori yang terbukti untuk menyokong rantaian bekalan mereka yang diperluaskan.

Dengan kedai-kedai runcit di seluruh Indonesia, pelbagai lokasi pengedaran dan beratus-ratus van penghantaran, Kino mengenal pasti pengurusan inventori perusahaan sebagai tumpuan mereka yang paling utama. Sebelum penyelesaian DSI, Kino menggunakan operasi dalaman. Dengan menggunakan Inventori Awan DSI, Kino akan mendapat manfaat daripada kelajuan dan daya pengeluaran yang lebih baik, kebolehlihatan dan ketepatan inventori merentasi rangkaian rantaian bekalan mereka, dan pada masa yang sama mengurangkan pelaburan modal pendahuluan.

"Bergerak dari operasi dalaman dan kepada awan dengan Inventori Awan DSI akan membolehkan kami untuk mendapatkan suatu pandangan secara tepat masa bagi rangkaian rantaian bekalan kami yang diperluaskan, meningkatkan tindak balas kami dan kelajuan ke pasaran, dan akhirnya memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna kami. Dengan satu pendekatan berasaskan SaaS, kami akan mengurangkan pelaburan modal pendahuluan kami, dan apabila digabungkan dengan penjimatan kos operasi, ia akan menyelaraskan operasi kami," kata Likson Chandra, Naib Presiden Pengarah, PT. Kino Indonesia Tbk. "Oleh kerana DSI akan diintegrasikan ke dalam sistem SAP dan legasi kami, kami akan melihat kebolehlihatan rantaian bekalan bersepadu dan tepat masa merentasi ke seluruh rangkaian kami."

Mark Goode, Ketua Pegawai Hasil, DSI, berkata, "Pada masa lalu, kami telah melihat cabaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat di rantau ini untuk mengintegrasikan dengan rangkaian rantaian bekalan mereka, terutamanya apabila terlibat dengan pengedar luar. Platform Inventori Awan kami akan membolehkan perusahaan untuk mengintegrasikan pelbagai entiti rantaian bekalan, mendapatkan wawasan yang berharga dalam kebolehlihatan rantaian bekalan hujung-ke-akhir, dan dengan itu membantu mereka menguruskan perancangan dan pelaksanaan jualan dan operasi. Misi DSI adalah untuk memastikan pelanggan kami berjaya kerana ia berkaitan dengan semua perkara inventori di dalam ekonomi digital. Kami sentiasa menyedari bahawa aplikasi mudah alih pertama adalah kunci kepada pelaksanaan rantaian bekalan digital. Pelanggan kami merealisasikan bahawa pengalaman pengguna adalah penting dalam membangunkan sebuah strategi rantaian bekalan digital."

Maklumat mengenai PT. Kino Indonesia Tbk.

PT. Kino Indonesia Tbk. adalah sebuah syarikat tempatan terkemuka di Indonesia yang menghasilkan barangan pengguna (Barangan Pengguna Edar Cepat – FMCG). Kumpulan Kino, yang ditubuhkan sejak tahun 1991, menghasilkan lebih daripada 4600 SKU yang terdiri daripada kelengkapan dandanan, isi rumah dan penjagaan peribadi, dan minuman. Ia mengendalikan tujuh kilang, 31 cawangan dan lebih 200 pengedar, yang memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 1.1 juta kedai langsung & tidak langsung di seluruh Indonesia

Maklumat mengenai DSI

DSI adalah syarikat Platform Rantaian Bekalan Digital™ yang mewujudkan penyelesaian rantaian bekalan mudah alih dan awan untuk ekonomi digital. Layari www.dsiglobal.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Hubungi
DSI
William Chaylis, + 65 6549 7067
Naib Presiden Serantau, Asia Tenggara
William.Chaylis@dsiglobal.com

Sumber: DSI

No comments:

Post a Comment