TAIPEI, Taiwan, 19 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Extech
Electronic Co. (EEC) memperkenalkan siri EST-300, sebuah alat penguji
Hipot generasi akan datang yang menyampaikan saiz kompak yang terkemuka
di dalam industri yang digabungkan dengan prestasi 3-dalam-1 yang sangat
kuat. Alat penguji hipot termaju yang baharu ini secara ekonomi
mengintegrasikan AC/DC yang mempunyai fungsi daya ketahanan dan
rintangan penebatan dalam satu penyelesaian tunggal. Faktor bentuk
kompak siri EST-300 itu menjadikannya pilihan yang optimum untuk
mobiliti, dan pada masa yang sama membolehkannya untuk mengintegrasikan
dengan mudah ke dalam sebarang persekitaran ujian yang terbatas.
"Siri
EST-300 adalah satu daripada peranti paling kecil dan paling ringan
yang sejenisnya di dunia. Kami mereka bentuknya dengan menggunakan
dimensi sekeping kertas A4 dan mempunyai berat hanya 5.5kg. Ini
mengurangkan jarak panjang sebanyak 18.3 peratus dan beratnya sebanyak
43 peratus berbanding dengan standard industri," kata Brian Chen,
pengurus besar EEC. "Ini adalah satu pencapaian yang luar biasa, dan
memberikan kelenturan kepada pihak pembuatan untuk menggerakkan dan
mengubah kawasan kerja mereka bagi memaksimumkan penggunaan ruang."
Saiz
kompak EST-300 itu tidak menjejaskan prestasi atau kebolehpercayaan
peranti itu. Siri itu memberikan kecekapan ujian yang tinggi yang
ditunjukkan dalam setiap butiran. Ciri pengesanan ARC terbina dalam —
yang digunakan oleh kebanyakan pembuatan peringkat atas — mengesan
keadaan tidak normal pada litar, menghalang jarak jurang yang boleh
menyebabkan kerosakan dielektrik dan pada masa yang sama meningkatkan
jaminan kualiti. Fungsi ramp tinggi dan cas rendah meningkatkan
kecekapan, menghapuskan kesilapan biasa daripada hasil ujian DUT yang
disebabkan oleh gangguan arus dan penyambung yang rosak.
Keselamatan
sentiasa diberi keutamaan di EEC. Ciri nyahcas pantas yang dipatenkan
secara eksklusif oleh syarikat itu membolehkan DUT untuk mengeluarkan
secara cekap lebihan elektrik dalam 50ms, memastikan perlindungan
maksimum bagi pengendali. Siri EST-300 adalah diperakui TÜV untuk
kebolehpercayaan dan keselamatan yang sangat baik bagi jaminan dan
ketenangan fikiran. Antara muka intuitif memudahkan operasi, yang
membolehkan pengguna untuk dengan lancar mengeluarkan arahan dengan
menyapu jari, dengan mudah menetapkan parameter dan langkah ujian, dan
automasi program dari jarak jauh melalui penyambungan USB. Di samping
itu, siri EST-300 itu membolehkan pengembangan dengan penguji bon tanah
untuk mewujudkan sebuah sistem ujian yang lebih lengkap.
Untuk maklumat lanjut mengenai alat penguji EEC EST-300 siri Hipot terbaharu, sila layari http://global.eecgroup.com.tw/EST-300/
Maklumat mengenai Extech Electronics Co.
Selama
hampir 40 tahun, Extech Electronics Co. (EEC) telah menghasilkan alat
penguji keselamatan elektrik dan sumber kuasa AC yang canggih bagi
pelbagai industri. Kami berusaha untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan
kami dengan secara konsisten menawarkan produk, perkhidmatan yang boleh
diharapkan, dan sokongan yang boleh dipercayai bagi kesemua aplikasi
ujian. Untuk maklumat lanjut sila layari http://global.eecgroup.com.tw/
Hubungi
Extech Electronics Co.
Sasha Wang, +886-2-21653066 #2201
Jason Hung, +886-2-21653066 #2217
marketing@eecgroup.com.tw
Sumber: Extech Electronics Co.
No comments:
Post a Comment