Tuesday, January 28, 2020

COLLABNET VERSIONONE DAN XEBIALABS BERGABUNG UNTUK MEWUJUDKAN PLATFORM BERSEPADU AGILE DEVOPS

·      Syarikat Gabungan itu  mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu untuk memacukan fasa pertumbuhan seterusnya

·    Urus niaga, yang disokong oleh TPG Capital, menandakan satu langkah transformasi dalam satu strategi yang lebih luas untuk mewujudkan sebuah platform Agile DevOps yang terkemuka, bersepadu bagi perusahaan

ATLANTA & BOSTON, 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CollabNet VersionOne (CollabNet), sebuah pembekal utama bagi perancangan dan pembangunan kolaboratif Agile, dan XebiaLabs, pemimpin di dalam pengeluaran pengorkestraan, pergerakan, dan penyampaian berterusan, hari ini mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat itu telah bergabung. Gabungan itu, yang disokong oleh TPG Capital, menyatukan fungsi perancangan huluan Agile dan kawalan versi perusahaan CollabNet dengan keupayaan pengeluaran pengorkestraan hiliran dan pergerakan automasi XebiaLabs untuk mewujudkan sebuah platform Agile DevOps, akhir-ke-akhir, bagi perusahaan.

Sehubungan dengan urus niaga itu, Ashok Reddy, seorang veteran industri yang telah berjaya dan bekas eksekutif Broadcom, telah menyertai syarikat gabungan itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau menggantikan Flint Brenton, yang berundur untuk memberi tumpuan kepada kepentingan keluarga dan peribadi selepas hampir lima tahun mengawasi dengan jayanya. Derek Langone, Ketua Pegawai Eksekutif sekarang bagi XebiaLabs, akan berkhidmat sebagai Presiden bagi syarikat gabungan itu. Stephen Gregorio, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan bagi XebiaLabs, akan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Kewangan bagi syarikat gabungan itu.

“Gabungan CollabNet dan XebiaLabs itu akan menyediakan kepada pelanggan perusahaan dengan keupayaan kebolehlihatan dan pengurusan akhir-ke-akhir yang diperlukan untuk membangunkan perisian dengan cepat, dengan pasti, dan selamat, akhirnya membantu mempercepatkan transformasi digital mereka dan memacukan hasil perniagaan,” kata Nehal Raj dan Art Heidrich dari TPG Capital. “Kami mengucapkan tahniah kepada Flint di atas tempoh memegang jawatan yang berjaya, dan berharap untuk bekerjasama dengan Ashok, Derek, dan pasukan yang lebih luas untuk mempercepatkan lagi strategi kami bagi mewujudkan sebuah platform DevOps perusahaan yang terkemuka.”

Diasaskan pada tahun 2008, XebiaLabs adalah sebuah penyedia pertumbuhan tinggi bagi pengurusan pengeluaran dan peranti pemaju automasi. Syarikat itu menyediakan pengeluaran pengorkestraan dan perisian penyampaian aplikasi yang membolehkan perusahaan untuk mengkoordinasikan, mengautomasikan, dan menganalisis keseluruhan saluran pengeluaran perisian pada skala perusahaan. Keupayaan hiliran XebiaLabs melengkapkan portfolio produk huluan CollabNet, yang termasuk VersionOne untuk perancangan dan pengurusan Agile perusahaan, VS untuk aliran kerja yang berkaitan dan kebolehlihatan di sepanjang keseluruhan aliran nilai penghantaran, dan TeamForge untuk pengurusan kawalan versi skala perusahaan dan pengurusan kitaran hayat aplikasi. Platform dan peralatan bagi kedua-dua syarikat itu diiktiraf oleh penganalisis sebagai penawaran terkemuka di dalam industri yang memacukan inovasi ke dalam pasaran.

“Kami berada dalam satu misi untuk mengubah pada dasarnya bagaimana pembangunan perisian dan penyampaian perusahaan dijalankan,” kata Reddy. “Gabungan CollabNet dan XebiaLabs akan menyediakan sebuah platform yang membolehkan transformasi digital pada skala dengan proses Agile dan DevOps untuk terus menyesuaikan diri, belajar, dan memperbaiki, terutamanya dalam sebuah dunia mengenai aplikasi pintar dan pengalaman yang dipacu oleh AI. Saya sangat teruja untuk turut serta pada masa kritikal ini dan berharap dapat bekerja dengan seluruh pasukan untuk memimpin syarikat gabungan itu melalui  bab pertumbuhan mereka yang seterusnya.”

“XebiaLabs telah mewujudkan diri sebagai penstandardan untuk DevOps di dalam perusahaan besar. Dengan mengambil kira pelanggan kami di kalangan syarikat kewangan, penjagaan kesihatan dan pembuatan yang terbesar di dunia, tumpuan kami adalah untuk mewujudkan sebuah platform yang memanfaatkan peralatan dan proses yang sedia ada dan pada masa yang sama menyediakan skala, penstandardan, keselamatan, dan pelaporan yang diperlukan oleh syarikat-syarikat besar,” kata Langone. “Saya bersyukur di atas apa yang dapat kami capai dengan sokongan Susquehanna Growth Equity dan Accel. Dengan menggabungkan XebiaLabs dan CollabNet, pelanggan bersama kami kini akan mendapat manfaat daripada platform Agile DevOps yang paling berkebolehan yang tersedia di pasaran. Ini adalah satu penggubah keadaan bagi perniagaan yang perlu untuk memaksimumkan aset aplikasi perisian mereka dan pada masa yang sama mengemudi peraturan, pematuhan, dan keperluan keselamatan yang rumit.”

Terkini, Reddy mengetuai Bahagian Perisian Perusahaan Broadcom yang bernilai beberapa bilion dolar, di mana beliau membantu mewujudkan sebuah platform bagi perusahaan global untuk meningkatkan transformasi digital mereka dan menjadi perniagaan digital tepat masa. Dengan sebuah kerjaya yang merangkumi lebih 25 tahun di dalam perisian perusahaan dan pengalaman yang mendalam di dalam transformasi Agile dan DevOps, Reddy telah memegang tampuk kepimpinan di beberapa syarikat Fortune 500 termasuk IBM, CA Technologies, Rational Software, Honeywell, dan Novartis. Reddy akan bekerjasama rapat dengan Langone dan Gregorio, kedua-dua eksekutif perisian yang berpengalaman, untuk mengetuai syarikat gabungan itu.

“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan saya di CollabNet di atas kejayaan yang dihasilkan oleh kerja keras dan dedikasi mereka,” kata Brenton. “Walaupun saya bangga dengan semua yang kita telah bina bersama, saya telah mengambil keputusan bahawa ini adalah masa yang tepat bagi saya untuk kembali ke California dan memulakan bab seterusnya dalam kehidupan saya. CollabNet dan XebiaLabs berada dalam kepimpinan yang mantap dan berkebolehan dengan Ashok, Derek, dan TPG Capital, dan saya yakin bahawa di bawah kepimpinan mereka, syarikat gabungan itu akan mencapai kejayaan dan skala yang lebih besar.”

Barclays, Evercore, dan KeyBanc berkhidmat sebagai penasihat kewangan untuk TPG Capital dan CollabNet, dan Ropes & Gray LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang. Shea & Company berkhidmat sebagai penasihat kewangan kepada XebiaLabs, dan Weil, Gotshal & Manges LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang. Pemegang saham XebiaLabs yang sedia ada, Susquehanna Growth Equity dan Accel, telah menjual kepentingan masing-masing di dalam syarikat itu sebagai sebahagian daripada gabungan itu. Terma tambahan bagi urus niaga itu tidak didedahkan.

No comments:

Post a Comment