Tuesday, January 7, 2020

GARUDA INDONESIA ADALAH SYARIKAT PENERBANGAN PALING TEPAT PADA MASANYA DI DUNIA

Tokyo Haneda dan Osaka Itami dipilih sebagai lapangan terbang Mega dan Besar yang utama di Asia, menurut Punctuality League 2020 tahunan OAG

SINGAPURA, 3 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, pembekal bagi data perjalanan dan wawasan yang terkemuka di dunia, telah mengeluarkan keputusan bagi Punctuality League 2020 tahunan mereka, ranking prestasi tepat pada masa (OTP) yang paling komprehensif di dalam industri itu bagi syarikat penerbangan dan lapangan terbang terbesar di dunia. Syarikat-syarikat penerbangan Asia Pasifik menguasai kedudukan global dengan sembilan daripada 20 syarikat utama yang paling tepat pada masanya di dunia: Garuda Indonesia (1), Skymark Airlines (3), All Nippon Airways (7), Jetstar Asia (8), Singapore Airlines 9), Thai AirAsia (10), Japan Airlines (15), Qantas Airways (18) dan Indonesia AirAsia (20).

Garuda Indonesia mengambil tempat teratas di peringkat global dan serantau dengan OTP yang mengagumkan iaitu 95.01%. Skymark Airlines (OTP 90.12%) berkedudukan dalam tiga teratas untuk kategori Syarikat Penerbangan Global dan Pembawa Kos Rendah (LCC). LCC di rantau itu mencatatkan prestasi yang sangat baik, dengan sembilan syarikat penerbangan menduduki ranking 20 teratas bagi kategori masing-masing, termasuk Skymark Airlines (1), Jetstar Asia (2), dan Thai AirAsia (3). Solaseed, Jetstar Asia, Thai AirAsia dan Indonesia AirAsia kesemuanya telah meningkatkan OTP mereka di kalangan pembawa ASPAC pada tahun ini.

Lapangan terbang Jepun Osaka Itami (ITM) berakhir sebagai Lapangan Terbang Besar yang paling tepat pada masanya untuk tahun kedua berturut-turut dengan OTP 88.03%. Tokyo Haneda (HND) menduduki tempat kedua dalam kategori Lapangan Terbang Mega dengan OTP 86.60% di belakang Moscow Sheremetyevo (SVO; OTP 86.87%). Singapura Changi (SIN, OTP 84.03%), Kuala Lumpur (KUL; OTP 75.04%) dan Seoul Incheon (ICN; OTP 74.95%) semuanya telah meningkatkan OTP mereka di dalam kategori Lapangan Terbang Mega.

“Pembawa dan lapangan terbang Asia Pasifik terus menunjukkan OTP yang luar biasa pada tahun ini, dengan banyak pembawa LCC dan legasi meningkatkan prestasi tahun ke tahun. Prestasi utama bagi Garuda Indonesia, Skymark Airlines, Osaka Itami dan Tokyo Haneda di pentas dunia adalah terpuji,” kata Mayur (Mac) Patel, Ketua bagi JAPAC untuk OAG.

Lihat hasil lengkap daripada  Punctuality League 2020 OAG.

Maklumat mengenai OAG

OAG adalah sebuah pembekal data perjalanan global yang terkemuka, yang telah menjanakan pertumbuhan dan inovasi bagi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929.

Beribu pejabat di United Kingdom, OAG mempunyai operasi global di Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Lithuania dan China.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.oag.com dan ikuti kami di Twitter @OAG Aviation.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200102005499/en/

Hubungi

Hubungan Media
Katy Ludwell
OAG
pressoffice@oag.com

Sumber : OAG

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment