Friday, August 23, 2019

PENGERUSI DAN CEO IDEAL INDUSTRIES, INC. AKAN BERSARA PADA 31 JANUARI, 2020

Jim James akan Bersara dan Steve Henn Menyertai IDEAL sebagai CEO
 
Meghan Juday Pemimpin Keluarga Generasi ke-4 untuk Menjadi Pengerusi Syarikat Keluarga berusia 103 tahun ini
 
SYCAMORE, Ill., 23 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Jim James, Pengerusi dan CEO IDEAL INDUSTRIES, INC. telah mengumumkan bahawa beliau akan bersara pada 31 Januari, 2020. Steve Henn, Presiden Kumpulan dari Illinois Tool Works (ITW) akan menggantikan Jim sebagai CEO pada 23 September, 2019. Seperti yang telah lama dirancang, Meghan Juday, eksekutif keluarga generasi keempat, akan menjadi Pengerusi syarikat keluarga yang berusia 103 tahun pada 1 Februari, 2020 apabila James bersara.
 
James telah mengumumkan keputusan beliau kepada keluarga dan Lembaga Pengarah lebih dua tahun dahulu.  “Saya yakin selepas 11 tahun lebih, tiba masanya untuk orang lain memperoleh peluang untuk meninggalkan impak mereka dalam organisasi,” kata James. “Saya ingin berterima kasih kepada Dave Juday (Pengerusi sebelum ini), Meghan Juday dan ahli keluarga lain atas kepercayaan, keyakinan dan sokongan berterusan mereka sepanjang tahun-tahun ini. Saya benar-benar suka keluarga ini. Ini merupakan suatu penghormatan dan keistimewaan untuk bekerja dengan mereka. Mereka membuatkan saya berasa seperti sekeluarga,”
 
CEO Baharu

“Steve Henn merupakan orang yang sesuai untuk organisasi ini,” kata Chris Baldwin, Pengerusi Jawatankuasa Penggantian. “Beliau menjana pendapatan dan pertumbuhan keuntungan secara konsisten dalam pasaran yang dinamik, mencabar dan berubah-ubah.”
 
Henn menyertai IDEAL dari Illinois Tool Works, di situ beliau merupakan Presiden Kumpulan, Peralatan Industri & Plastik, Platform terbesar dalam Segmen Produk Pengkhususan yang bernilai $2.0B.  Platform tersebut terdiri daripada 6 Bahagian dengan lebih daripada 3,000 pekerja yang beroperasi di lebih 30 kemudahan yang menawarkan perkhidmatan dalam berbilang pasaran di 15 buah negara. Sebelum itu, Steve telah membina perniagaan yang bernilai kira-kira $600 juta dan menjadi Presiden Kumpulan bagi Platform Penyelesaian Pembungkusan Global ITW.
 
Pengalaman beliau menjalankan perniagaan global pelbagai yang berkhidmat untuk banyak industri telah mempersiapkan beliau untuk memimpin syarikat seperti IDEAL. Baldwin menyatakan bahawa Henn membawa bersama beliau kepakaran yang terbukti dalam pengurusan global, pemerolehan dan penyepaduan, inovasi, pembangunan pasukan berprestasi tinggi dan pengeluaran.
 
IDEAL Bersedia untuk Pertumbuhan Berterusan, Inovasi dan Pengembangan
 
“Kita semua akan merindui visi, kepintaran dan tenaga Jim,” kata Meghan Juday. “Sepanjang 11 tahun yang lepas, Jim telah mentransformasikan syarikat.” Beliau menyatakan IDEAL telah berkembang dengan ketara di bawah arahan beliau, bukan sahaja semakin besar sebagai sebuah syarikat, tetapi juga menjadi sebuah syarikat yang lebih canggih. “Beliau merupakan rakan dan mentor serta rakan kongsi yang berwawasan.”
 
Juday berkongsi penghargaan keluarga dan Lembaga Pengarah terhadap pencapaian James yang banyak. Beliau memperkukuh lagi kedudukan kewangan IDEAL yang kukuh berserta budaya dan prinsip penubuhan syarikat. Beliau menyokong inisiatif keluarga untuk mengekalkan pemilikan kekal syarikat, dan berserta dengan keluarga, bekerja untuk mencapai pencapaian penting ini bagi keluarga dan perniagaan. Beliau menetapkan asas untuk pemerolehan yang mengubah platform seperti CMD, Enatel dan Cree Lighting.
 
“Ini mengembangkan jejak global kita sementara mempelbagaikan perniagaan dan mempercepat pembangunan dan penghantaran bagi inovasi yang mengubah kategori. Jim memfokuskan bahagian pengendalian IDEAL terhadap pengguna akhir produk dan perkhidmatan kita. Beliau juga memacu pembangunan dan pengerahan transformasi digital kita dan mewujudkan keupayaan edagang untuk meningkatkan hubungan dengan pelanggan kita. Pencapaian beliau yang banyak ini telah meletakkan kita pada kedudukan yang baik pada masa hadapan,” sambung Juday.
 
“Kami akan merindui Jim, tetapi kami beruntung kerana beliau telah mengukuhkan IDEAL dan perniagaan kita telah berada pada kedudukan untuk kejayaan dan pertumbuhan berterusan.”
 
Pengawasan Keluarga di IDEAL
 
Juday menekankan bahawa IDEAL INDUSTRIES akan kekal milik keluarga. “Kami dipersiapkan untuk kejayaan jangka masa panjang. Kami melihat perkara dalam generasi bukan setakat suku tahunan.” Beliau menjelaskan bahawa syarikat akan terus melabur dalam latihan dan pembangunan, inovasi dan dalam memperoleh syarikat yang “melengkapi perniagaan teras kami dan memberi kami kedudukan penting dalam pasaran global yang semakin berkembang.”
 
Tentang IDEAL INDUSTRIES, INC.
 
IDEAL INDUSTRIES, INC. merupakan perniagaan keluarga global pelbagai yang mereka bentuk dan mengeluarkan produk dan alat unggul, penyelesaian teknologi canggih untuk kawalan elektrik, pencahayaan dan lampu wayarles, pengurusan tenaga, pemprosesan wayar, komunikasi data, industri aeroangkasa, automotif, kuasa, pembinaan dan pembuatan. Syarikat ini telah berkembang secara konsisten dengan setia pada platform asasnya: rancang dan urus untuk generasi akan datang, bukan setakat suku tahunan seterusnya. Keluarga dan pasukan pengurusannya dibimbing oleh nilai pengasasnya: bina yang syarikat ideal dengan mewujudkan hubungan ideal dengan pelanggan, pekerja, rakan kongsi dan komuniti.
 
Maklumat Hubungan:
 
Mike Grossman
mgrossman@sccadv.com
M – 312.560.1171
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e2530741-b11b-4ec3-b300-ccb84051760d
 
SUMBER: IDEAL INDUSTRIES, INC.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment