Thursday, August 1, 2019

CYCLOTHON HONG KONG 2019 MEMBAWA KEMBALI SIRI HAMMER

Dekati Pelumba-pelumba Profesional Terbaik Dunia




Dekati pelumba-pelumba profesional terbaik dunia di Hong Kong Cyclothon 2019 (Foto: Business Wire)


KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) menganjurkan Cyclothon Hong Kong untuk tahun kelima, bersama dengan kembalinya Siri Hammer professional antarabangsa yang berevolusi bagi membawa Cyclothon Hong Kong ke kemuncak yang mendebarkan pada bulan Oktober ini!

Hong Kong - satu-satunya bandar raya Asia yang menjadi tuan rumah kepada finale siri Hammer 

Selepas dua hentian Siri Hammer di Stavanger, Norway dan Limburg, Belanda masing-masing pada Mei dan Jun, perlumbaan akhir ini akan kembali ke Asia pada 13 Oktober untuk tahun kedua berturut-turut dengan Hammer Hong Kong, satu Perlumbaan Lebuh Raya Kelas Jelajah Asia 1.1 Union Cycliste Internationale (UCI).

Dilancarkan pada tahun 2017, dengan pengumuman baru-baru ini bahawa satu lagi peringkat akan ditambah di Colombia pada tahun 2020, Siri Hammer adalah format perlumbaan berpasukan unik menentang pasukan yang tidak ada ranking pelumba individu. Hammer Hong Kong direka untuk memaksimumkan keseronokan penonton dengan membolehkan mereka melihat dengan lebih dekat 12 pasukan UCI Jelajah Dunia dan pasukan profesional yang lain di dalam dua disiplin yang mendebarkan: Hammer Sprint dan Hammer Chase. Perlumbaan itu berlangsung di litar sepanjang 3.8km di Tsim Sha Tsui, di tengah-tengah kota Hong Kong, yang berfungsi sebagai arena yang hebat untuk aksi yang gegak-gempita. Pasukan yang melintasi garisan penamat di tempat pertama di dalam Hammer Chase akan memenangi Hammer Hong Kong, sementara pasukan yang mengumpulkan mata yang paling banyak di dalam kesemua ketiga-tiga perlumbaan Siri Hammer itu akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan Siri Hammer 2019.

Cyclothon Hong Kong yang profesional dan menyeronokkan

Sebagai tambahan kepada Siri Hammer, penunggang basikal amatur dari seluruh dunia boleh mengambil bahagian di dalam perlumbaan sejauh 30km atau 50km yang sama menarik, dan menikmati perjalanan yang menakjubkan melalui pemandangan Bandar yang pelbagai di bandar dunia Asia. Kayuhan merentasi  Jambatan Tsing Ma, Jambatan Ting Kau dan Jambatan Stonecutters adalah sesuatu yang “harus dilakukan” bagi pencinta mahupun profesional lumba basikal.

Di samping perlumbaan konvensional, satu acara menunggang basikal baharu akan diadakan, yang dipanggil Pesta Basikal Pakaian Beragam. Peserta digalakkan untuk mengenakan pakaian yang menarik perhatian (dengan topi keledar) untuk menikmati tunggangan tanpa sebarang batasan, sekali gus menambahkan suasana meriah di pertandingan yang sengit ini.

Cyclothon Hong Kong 2019 adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan pada kalendar berbasikal antarabangsa. Ikut serta bersama dengan orang ramai yang penuh semangat dan bersorak untuk pelumba profesional di tengah-tengah Ibu Negara Acara bagi Asia!

Perlumbaan sejauh 30km dan 50km itu terbuka kepada semua penunggang basikal. Pendaftaran dalam talian boleh dilakukan dari pukul 10 pagi, 7 Ogos 2019 (Waktu Hong Kong, GMT+8). Sila layari register.hongkongcyclothon.com

Muat turun imej (Ketua Pasukan Cyclothon Hong Kong & Hammer), video (video-50km Cyclothon Hong Kong 2019 & Hammer Hong Kong) dan petikan sokongan oleh ketua pasukan Hammer mengenai Siri Hammer daripada pautan berikut:

•                    Gambar: https://www.image.net/hkcyclothon2018
•                    Videos:https://hktb.filecamp.com/s/YjYEDnv2zr9Sagih/fo/ycZGkaO7OgDOXQtq

Untuk maklumat lanjut mengenai siri Hammer, sila layari HammerSeries.com.

Mengenai Hong Kong Tourism Board
Hong Kong Tourism Board (HKTB) ialah sebuah badan yang ditaja oleh kerajaan Hong Kong yang telah ditubuhkan pada 1 April 201 di bawah Ordinan HKTB. Ia mempunyai 15 cawangan dan 5 pejabat wakil di seluruh dunia, dengan misi utama untuk memasarkan dan mempromosikan Hong Kong sebagai destinasi pelancongan dunia dan meningkatkan pengalaman pengunjung sebaik sahaja mereka tiba di Hong Kong.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

essence Burson-Marsteller
Roman Lee                      |   romanlee@my-essence.com  |   +6012 978 1013
Sharil Abdul Rahman      |   sharil@my-essence.com         |   +6019 350 9526


Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190801005007/en

Sumber : Lembaga Pelancongan Hong Kong

No comments:

Post a Comment