Friday, August 23, 2019

MARY KAY LANTIK KATHERINE WENG PENGURUS BESAR BAGI CHINA

Kuasa Kosmetik Global Memperjuangkan Kepimpinan Wanita di Seluruh Dunia


DALLAS, 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Mary Kay Inc., penyokong korporat terkemuka di dalam pemerkasaan dan keusahawanan wanita, mengumumkan pelantikan Katherine Weng sebagai Pengurus Besar bagi Mary Kay (China) Co., Ltd. Berpusat di Shanghai, Weng akan melapor terus kepada Presiden Mary Kay Wilayah Asia Pasifik, KK Chua.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190822005337/en/

“Etika kerja Katherine yang tidak mengenal penat, pemikiran strategik, dan keupayaan untuk menjalin hubungan jangka panjang telah membolehkan Mary Kay China untuk mencapai kemuncak baharu,” kata Chua. “Beliau sangat ghairah dengan misi kami untuk memperkayakan kehidupan wanita. Beliau memahami keperluan Perunding Kecantikan Bebas kami dan berusaha keras untuk memenuhi keperluan tersebut bagi menyokong perniagaan mereka. Di dalam syarikat itu, beliau berjaya mencipta satu hubungan yang lancar di antara jualan, pemasaran dan operasi. Kami mengharapkan pertumbuhan yang berterusan di China di bawah kepimpinan beliau.”

Mary Kay memulakan operasi di China lebih 20 tahun yang lalu dan dengan pantas berkembang menjadi satu daripada tiga pasaran antarabangsa yang utama bagi syarikat itu.

Pelantikan Weng adalah yang terbaharu di dalam komitmen Mary Kay Inc. sepanjang beberapa dekad yang lalu bagi memperkasakan wanita untuk berkhidmat di dalam jawatan-jawatan kepimpinan di seluruh dunia. Wanita dalam jawatan kepimpinan di Mary Kay adalah merupakan penggerak utama kepada kejayaan mereka:
  • 61 peratus daripada tenaga kerja global Mary Kay adalah wanita;
  • Dalam kedudukan kepimpinan bagi pengarah dan ke atas, 59 peratus daripada pekerja adalah wanita;
  • Dalam kedudukan kepimpinan bagi naib presiden dan ke atas, 51 peratus adalah wanita;
  • 46 peratus daripada pasukan eksekutif global Mary Kay adalah wanita; dan,
  • 68 peratus daripada kepimpinan pasaran antarabangsa Mary Kay adalah wanita.
“Saya amat berbesar hati untuk berkhidmat untuk kaum wanita dan keluarga mereka di China,” kata Weng. “Adalah menjadi satu penghormatan untuk bekerja bagi sebuah syarikat yang didedikasikan untuk bukan sahaja memperkayakan kehidupan wanita melalui satu peluang perniagaan yang hebat dan produk-produk yang canggih, tetapi juga melalui usaha bersifat dermawan dan kemapanan mereka.”

Weng memulakan kerjaya beliau sebagai seorang Pengurus Khidmat Pelanggan dan Cawangan Shanghai untuk Mary Kay China pada tahun 1995 dan telah memegang pelbagai jawatan penting dalam tempoh 24 tahun yang lalu, dengan yang paling baharu sebagai Naib Presiden Kanan Komersial. Beliau telah menjadi sebahagian penting di dalam pasukan kepimpinan di China dan telah membuat sumbangan yang signifikan kepada pertumbuhan dan kejayaan Mary Kay China.

Weng memperoleh ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Latrobe di Melbourne, Australia.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit yang canggih, kosmetik warna dan pemakanan tambahan. Melalui The Mary Kay Foundation™, syarikat itu telah menyalurkan lebih daripada $78 juta untuk penyelidikan kanser dan tempat perlindungan keganasan rumah tangga. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—  selangkah demi selangkah. Ketahui dengan lebih lanjut di www.marykay.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190822005337/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

No comments:

Post a Comment