Thursday, August 15, 2019

SYNCHRONOSS MEMACU TRANSFORMASI DIGITAL UNTUK TELKOM INDONESIA

Telkom Indonesia akan bekerjasama dengan Platform Pengalaman Digital Synchronoss untuk menyokong inovasi bagi perkhidmatan pengguna dan perusahaan digital baharu

BRIDGEWATER, N.J., 6 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ:SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa Telkom Indonesia (IDX:TLKM), iaitu pembekal perkhidmatan telekom terbesar Indonesia melalui pelanggan, akan bekerjasama dengan Synchronoss untuk Platform Pengalaman Digital (DXP) untuk meringkaskan proses perniagaannya dan meningkatkan interaksi pelanggan serta perjalanan pelanggan merentasi semua saluran komunikasi.

DXP Synchronoss membenarkan pengendali, pembekal perkhidmatan dan syarikat lain untuk mereka bentuk pengalaman pengguna interaktif, disatukan merentasi aplikasi mudah alih, pusat panggilan, interaksi tempat jualan di dalam kedai dan dalam talian.Telkom Indonesia boleh menggunakan platform merentasi semua unit perniagaannya, termasuklah perkhidmatan pengguna dan perusahaan, untuk meningkatkan ketangkasan operasinya serta menyokong pengembangan perkhidmatan digital yang menggabungkan tawaran media, kandungan dan e-dagang baharu.

Telkom Indonesia akan menerima manfaat daripada platform DXP kerana kebolehskalaan, kefleksibelan dan kefungsian terbina dalam platform ini, serta:

·   Penyepaduan secara lancar dengan pengurusan perhubungan pelanggan legasi dan sistem bahagian belakang kompleks,
·  papan pemuka seret letak mudah digunakan dan intuitif yang membenarkan kakitangan tanpa pengalaman pembangun atau kod untuk mencipta, mengkonfigurasikan dan melancarkan secara mudah perjalanan pelanggan digital hujung ke hujung merentasi berbilang saluran keterlibatan,
·   Keupayaan untuk membangunkan, menyambung dan menyepadukan dengan cepat perkhidmatan digital baharu dengan kos dan gangguan yang minimum,
·  Pemetaan data mendalam dan keupayaan analitis yang mengagregat dan menganalisis data pengguna untuk mencipta peluang jualan silang melalui tawaran disuaikan, dan
·   Kapasiti untuk memperibadikan layanan pelanggan dalam masa nyata berdasarkan keutamaan individu.

Glenn Lurie, Presiden dan CEO, Synchronoss berkata pengendali telekom di seluruh dunia menghadapi persaingan berterusan daripada pembekal perkhidmatan pesaing dan OTT, juga Indonesia tidak terkecuali.

“Cabaran untuk pengendali di mana-mana ialah pertama, untuk mentransformasikan model perkhidmatan mereka dengan perkhidmatan dan ciri digital baharu: dan kedua, untuk bertindak dengan bijak apabila melakukan keterlibatan pelanggan.Mereka perlu membaik pulih secara radikal operasi legasi mereka dan bersikap lebih bijak dan responsif terhadap pelanggan.Dengan berbuat demikian, mereka boleh menambahkan nilai tambahan, menggalakkan pengekalan pelanggan dan membuka peluang pendapatan baharu,” kata beliau. 

Lurie menambah, “Hubungan baharu dengan Telkom Indonesia ini ialah satu lagi langkah penting ke hadapan dalam strategi kami untuk membuka peluang pendapatan dan pertumbuhan penting untuk Synchronoss dalam pasaran antarabangsa dinamik di luar Amerika Syarikat.Kami menantikan untuk bekerja dengan Telkom Indonesia untuk membantu mereka merealisasikan potensi bagi keupayaan digital mereka.”

 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Platform Pengalaman Digital (DXP) Synchronoss dan keupayaannya, sila lawati: https://synchronoss.com/products/digital/dxp/.



Tentang Synchronoss Technologies, Inc. 

Synchronoss (NASDAQ:SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia.Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka.Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.

Pelabur:
Joseph Crivelli,  +1 908-566-3131
investor@synchronoss.com

Orang Hubungan Media:
Anais Merlin
CCgroup (Antarabangsa)
T:+44 20 3824 9200
E: synchronoss@ccgrouppr.com

Diane Rose
CCgroup (Amerika Utara)
T:+1 727.238.7567
E: diane@ccgrouppr.com

Sumber: Synchronoss Technologies, Inc.

--BERNAMA 

No comments:

Post a Comment