Thursday, August 12, 2021

"XPOSURE" MULA MENERIMA PENYERTAAN UNTUK ANUGERAH "WARTAWAN FOTOGRAFI PERSENDIRIAN"

 


Table

“Xposure” Mula Menerima Penyertaan untuk Anugerah “Wartawan Fotografi Persendirian” (Photo: Business Wire)
 
 
30 November 2021…Tarikh Terakhir untuk Pendaftaran
 
Pendaftaran kini dibuka untuk Anugerah Fotografi Antarabangsa Xposure
 
Dubai, : Emiriah Arab Bersatu, 12 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Festival Fotografi Antarabangsa Xposure yang dianjurkan oleh Biro Media Kerajaan Sharjah, telah mula menerima penyertaan untuk Anugerah Wartawan Fotografi Persendirian dari 1 Ogos hingga 30 November 2021. Jurufoto-jurufoto persendirian, yang telah mengumpulkan foto-foto dari seluruh dunia bagi menyokong warta berita dan bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu global yang mempengaruhi pendapat awam, adalah yang disasarkan.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20210811005669/en/
 
Anugerah ini telah dibahagikan kepada tiga kategori: kewartawanan berita yang mempunyai kaitan tentang dokumentasi pantas berita tergempar; kewartawanan alam sekitar yang memberi fokus kepada masalah-masalah alam sekitar dan perubahan-perubahan alam sekitar yang disebabkan oleh perbuatan manusia samada secara langsung atau tidak langsung, dan kewartawanan solusi yang menekankan tentang keadaan-keadaan semasa dan berkenaan dengan isu-isu kepayahan dalam usaha untuk membangunkan solusi-solusi yang efektif. Jurufoto-jurufoto boleh menyertai dengan minimum lima foto, dan maksimum 12 foto.
 
Pendaftaran untuk anugerah ini adalah percuma dan terbuka kepada semua jurufoto dari pelbagai warganegara yang berumur lebih daripada 18 tahun dan memegang pas wartawan dalam negara atau antarabangsa yang dikeluarkan oleh badan akreditasi dan pertubuhan atau federasi yang diterima di peringkat antarabangsa di laman sesawang anugerah:  https://awards.xposure.ae/
 
Nilai anugerah bagi tempat pertama ialah sebanyak $15,000, serta tambahan dengan satu tempat istimewa untuk mempamerkan hasil kerja pemenang pada Festival Fotografi Antarabangsa yang seterusnya. Pemenang tempat kedua akan mendapat tempat pamerannya yang tersendiri untuk mempamerkan hasil kerjanya pada edisi yang akan datang.
 
Penerimaan Penyertaan sekarang Dibuka
Festival Fotografi Antarabangsa Xposure sedang secara berterusan menerima penyertaan untuk Anugerah festival. Ia telah membuka pintu penyertaan kepada jurufoto-jurufoto amatur dan profesional bagi mengambil bahagian dengan hasil kerja mereka dalam pelbagai kategori anugerah dari hari pertama bulan Julai yang lepas hingga hari pertama bulan November.
 
Festival ini menerima penyertaan-penyertaan daripada semua kumpulan umur dan dari seluruh dunia, kategori-kategorinya termasuklah: fotografi senibina, fotografi pemandangan dari atas dan dari alat penerbangan kawalan jauh, fotografi lanskap, kewartawanan fotografi, fotografi pelancongan, kategori filem pendek, fotografi hidupan liar, fotografi kanak-kanak (untuk mereka yang berumur bawah 18) dan kategori untuk kakitangan kerajaan Sharjah.
 
Melalui anugerah ini, Xposure mahukan ia memberikan sinar kepada jurufoto-jurufoto yang mana kerja mereka memberitahu cerita secara visual yang mencerahkan suasana tentang kemanusiaan dan isu-isu alam sekitar yang mengubah sifat manusia, dan lagi yang memberi fokus kepada amalan-amalan unik dan tradisi manusia, lanskap, dan ciri-ciri senibina yang menarik pandangan mata dengan rekaannya yang tersendiri.
 
Dengan menganjurkan dan menarik minat ramai jurufoto-jurufoto yang berpengalaman, media-media profesional dan peminat-peminat fotografi dari seluruh dunia, Festival Fotografi Antarabangsa Xposure telah berjaya mengukuhkan posisi uniknya sebagai acara fotografi yang terpenting dalam wilayahnya semenjak daripada edisi pertamanya.
  
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/52475458/en
 
Tulay Genc
Email: info@b2press.com
Phone: +31 30 799 6022

Sumber: Xposure

No comments:

Post a Comment