Wednesday, August 4, 2021

PENINGKATAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (STI) DALAM PEMBUATAN ADALAH KUNCI KEPADA INDONESIA UNTUK MEMAKSIMUMKAN SEPENUHNYA MANFAAT DARIPADA PENGEMBANGAN GVC, MENURUT KAJIAN OLEH PUSAT ASEAN-JEPUN

 



Table
 
“Rantaian Nilai Global di ASEAN” di Indonesia tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC (Grafik: Business Wire)
 

“Rantaian Nilai Global di ASEAN” di Indonesia tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC

TOKYO, 4 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah menerbitkan Kertas Kerja 4 bagi siri “Rantaian Nilai Global di ASEAN” yang memberi tumpuan kepada Indonesia pada Jun 2021. Menurut kertas kerja itu, Indonesia memperlihatkan sebilangan besar nilai tambah domestik dalam eksport (DVA) pada 88 peratus pada tahun 2019; namun, bahagian DVA yang tinggi ini adalah tertumpu kepada aktiviti pembuatan di peringkat pengeluaran yang lebih rendah, yang memerlukan tahap minimum bagi input yang diimport dan teknologi asing.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210803006201/en/

Indonesia adalah merupakan ekonomi kesepuluh terbesar di dunia dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak $1.1 trilion. Walaupun begitu, sektor pembuatan menyumbang hanya satu perlima daripada jumlah keseluruhan nilai tambah yang dihasilkan. Ini menunjukkan bahawa sektor pembuatan mewujudkan nilai kecil walaupun saiznya yang besar, iaitu dua kali ganda saiz bagi sektor utama dari segi hasil pengeluaran. Berbanding dengan negara-negara berpendapatan pertengahan tinggi yang lain seperti Malaysia dan Thailand, Indonesia telah mengekalkan tahap berpendapatan rendah dan mempunyai kadar pertumbuhan yang paling perlahan dalam nilai tambah pembuatan. Pengembangan bagi rantaian nilai global (GVC) adalah satu peluang yang baik untuk meningkatkan keupayaan teknologi bagi firma pembuatan asli, yang dianggap sebagai satu daripada kunci untuk keluar daripada perangkap berpendapatan pertengahan.

Penyertaan GVC yang lebih tinggi boleh mendorong pertumbuhan melalui jumlah perdagangan yang lebih tinggi dan pelaburan langsung asing (FDI) yang lebih besar. Kertas kerja itu mengesyorkan Indonesia supaya mempertimbangkan untuk menerapkan model pertumbuhan ini sebagai satu pilihan kerangka kerja dasar. Perangkaan FDI menunjukkan bahawa pembuatan menyumbang lebih dari 40 peratus semasa tahun 2014-2019, dan kebanyakannya tertumpu dalam pembuatan teknologi sederhana seperti makanan, logam dan pembuatan jentera. Negara itu harus mengukuhkan industri dan pasaran tempatan mereka dan menggalakkan FDI secara strategik. Dasar-dasar yang menggalakkan peningkatan industri dan teknologi bagi ekonomi tempatan dan meningkatkan pembangunan sumber manusia, seperti kejuruteraan, reka bentuk, dan keupayaan R&D termaju adalah diperlukan untuk memacukan negara itu ke arah sebuah ekonomi yang lebih berintensifkan pengetahuan dan dipacu oleh inovasi.

Memaksimumkan potensi ekonomi nasional tidak secara automatik disusuli dengan integrasi yang lebih mendalam ke dalam GVC. Pelaku tempatan mungkin tidak memiliki keupayaan untuk memanfaatkan pendedahan kepada rangkaian pengeluaran global kerana keperluan seperti pematuhan dengan piawaian antarabangsa, sumber pengurusan dan kewangan yang lebih besar, dan perlindungan harta intelektual boleh menghalang perusahaan kecil dan sederhana daripada turut serta. Di peringkat nasional, proses penciptaan nilai tambah menjadi kunci. Di sinilah peranan sistem inovasi nasional (NIS) melalui dasar sains, teknologi dan inovasi (STI) yang berkesan adalah penting di dalam memaksimumkan kesan limpahan.

NIS yang dirancang dengan sangat teliti boleh menjadi jambatan yang dapat mengubah teknologi asing menjadi teknologi asli di sektor pembuatan. Kerajaan perlu mengutamakan peningkatan syarikat pembuatan asli di dalam GVC, terutamanya pada tahap teknologi pertengahan rendah dan teknologi pertengahan tinggi, memandangkan kebanyakan syarikat pembuatan asli kekal di dalam sektor teknologi rendah. Kerajaan Indonesia perlu untuk mewujudkan sebuah NIS yang dirancang dengan sangat teliti dan cekap yang memberi tumpuan kepada pencepat dan penyelarasan perindustrian dengan kementerian-kementerian utama yang terlibat dengan industri, R&D dan pendidikan tinggi untuk menyokong peningkatan bagi syarikat pembuatan asli di dalam GVC. Sejajar dengan ini, ejen dasar STI perlu memberi tumpuan kepada mewujudkan sebuah rangkaian untuk mengubah teknologi asing kepada keupayaan teknologi asli dan bukannya mencipta sesuatu yang “semata-mata tempatan”.

“Rantaian Nilai Global di ASEAN: Indonesia” tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC seperti di bawah.
https://www.asean.or.jp/en/centre-wide-info/gvc_database_paper4/

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210803006201/en/

Hubungi

Unit Perhubungan Awam Pusat ASEAN-Jepun (AJC)
Tomoko Miyauchi (CIK)
URL: https://www.asean.or.jp/en/
TEL: +81-(0)3-5402-8118
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun (AJC) 

No comments:

Post a Comment