Thursday, August 12, 2021

SEBUAH KOLEJ BAGI PENYELIDIKAN SEMIKONDUKTOR DIWUJUDKAN DI NTHU




HSINCHU, Taiwan. 12 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) — 

Rancangan Universiti Nasional Tsing Hua (NTHU) untuk mewujudkan sebuah Kolej bagi Penyelidikan Semikonduktor (CoSR) telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan pengambilan pelajar akan segera menyusul. Presiden Hocheng Hong berkata bahawa institut itu akan diketuai oleh Ahli Akademi bagi Academia Sinica Burn J. Lin, yang mana penyelidikan beliau di dalam litografi rendaman telah memberi impak besar terhadap industri semikonduktor di seluruh dunia. Beliau berkata bahawa dengan kepimpinan Lin, dan digabung dengan kekuatan NTHU di dalam teknologi dan kajian antara disiplin, CoSR sudah pasti akan menjadi satu kekuatan utama di dalam penyelidikan semikonduktor.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:

https://www.businesswire.com/news/home/20210811005030/en/

Sebagai tambahan kepada syarikat-syarikat antarabangsa seperti Micron Technology dan Tokyo Electron, CoSR itu disokong oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company, Powerchip Semiconductor Manufacturing Corporation, GlobalWafers, Unimicron, United Microelectronics, Vanguard International Semiconductor Corporation, Novatek Microelectronics, dan Nanya Technology, dengan dana pembiayaan tahunan berjumlah lebih NT$130 juta.

Kolej ini akan mengandungi empat disiplin: Peranti Semikonduktor, Reka Bentuk Semikonduktor, Proses Semikonduktor, dan Bahan Semikonduktor. Setiap tahun ia akan mendaftarkan kira-kira 80 pelajar sarjana dan 20 pelajar kedoktoran. Kumpulan pertama pelajar akan diterima seawal musim bunga 2022.

Presiden Hocheng selanjutnya menunjukkan bahawa NTHU adalah satu-satunya universiti di greater China yang mempunyai tiga pemenang Nobel di kalangan alumninya. Lebih-lebih lagi, NTHU telah diiktiraf di antara 100 sekolah teratas di dunia di dalam bidang kejuruteraan elektrik dan sains komputer, sains bahan, fizik, kimia, kejuruteraan kimia, jentera, dan statistik — menempatkannya pada satu kedudukan yang sangat baik untuk melahirkan graduan yang mempunyai visi kreatif yang luas, asas bagi penyelidikan yang canggih.

Dr. Lin berkata universiti-universiti dalam negeri telah menghasilkan banyak graduan bagi industri semikonduktor di Taiwan, oleh itu tumpuan utama CoSR adalah untuk meningkatkan daya saing antarabangsa bagi negara itu. Untuk merealisasikan visi ini, Lin mahu memupuk setiap pelajar untuk menjadi seorang pakar, generalis, inovator dan penyelesai masalah. Seorang pelajar mula-mula memperoleh keupayaan untuk menceburi jauh ke dalam bidang teknologi semikonduktor tertentu, oleh itu menjadi seorang pakar yang dikehendaki ramai pihak. Walau bagaimanapun, teknologi semikonduktor merangkumi terlalu banyak bidang untuk difahami oleh mana-mana individu. Beliau harus bekerjasama dengan orang dari disiplin lain sebagai sebuah pasukan. Beliau perlu mahir di dalam bidang yang berkaitan untuk berkomunikasi dengan pakar lain, oleh itu, harus menjadi seorang generalis.

Selain semakin meluas, teknologi itu juga berkembang pada satu kadar yang mengagumkan. Pakar/generalis dapat menyelesaikan masalah baharu dan kekal berinovatif untuk pendekatan yang revolusi. Hanya apabila seseorang benar-benar mahir dalam ketiga-tiga aspek tersebut akan beliau berupaya untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat di dalam penyelidikan semikonduktor.

Selama 22 tahun berkhidmat di IBM Research di Amerika Syarikat, Lin telah dikreditkan dengan banyak inovasi yang berinovatif. Beliau menyertai TSMC pada tahun 2000, dan pada tahun 2002 beliau telah mula membangunkan litografi rendaman, yang telah memberi kesan besar terhadap industri semikonduktor.

Lihat versi sumber di businesswire.com:

https://www.businesswire.com/news/home/20210811005030/en/

Hubungi

Holly Hsueh

NTHU

(886)3-5162006

hoyu@mx.nthu.edu.tw

Sumber : Universiti Nasional Tsing Hua

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14863

No comments:

Post a Comment