Friday, August 13, 2021

SEGI BANTU KUKUHKAN ASAS UNTUK JAMINAN MASA DEPAN

 PETALING JAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Meskipun ramai yang terkesan dan terjejas akibat pandemik yang melanda negara, Universiti SEGi baru-baru ini mengumumkan usahanya untuk meningkatkan aspek pendidikan pembangunan masyarakat ketika negara berusaha melaksanakan strategi peralihan keluar dari krisis COVID-19. 

 
Memahami kesan kewangan yang terjejas terhadap pelajar dan keluarga, Universiti SEGi telah menyalurkan usahanya untuk para pelajar dari pelbagai latar belakang dalam membantu memulakan perjalanan akademik mereka. Universiti SEGi telah memperluaskan rangkaiannya untuk bekerjasama dengan rakan kongsi perniagaan dan organisasi untuk menggerakkan usaha ini dalam pelbagai cara.  
 
"Selain diakui sebagai penyedia pendidikan bertaraf dunia dan pemenang pelbagai anugerah, SEGi juga percaya pendidikan menjadikan pengalaman global dapat diakses oleh pelajar," kata Dr Chiong Kai Shing, Ketua Pusat Pengajian Pra-Universiti, Universiti SEGi.
                                                                    
Universiti SEGi sentiasa berharap dapat memberi peluang kepada para pelajarnya menjadi sebahagian daripada perbincangan akademik yang berkualiti untuk mendorong mereka menjadi individu yang lebih berpengetahuan. Walaupun kini, kaedah pendidikan beralih kepada platform atas talian, pedagogi hibrid tetap diaplikasikan di SEGi, yang menjadikan pendidikan disampaikan secara jarak jauh dan digital.
 
Justeru, para pelajar diharapkan dapat memulakan perjalanan pendidikan tinggi mereka dalam tempoh yang mencabar ini. SEGi sentiasa komited dan prihatin dalam menyokong para pelajar yang berdepan dengan masalah, sekali gus usaha ini dapat membantu memulihkan semangat mereka yang tertekan untuk tidak ketinggalan dalam pelajaran.
 
Universiti SEGi, salah satu penyedia pendidikan yang paling mapan, kini menawarkan program Asasi Sains dan Sastera untuk pelajar menceburi bidang yang mereka minati.
 
Di samping itu, perkongsian global bersama institusi pengajian tinggi yang terkenal seperti University of Central Lancashire (UCLan), Cardiff University, Queen's University Belfast, UK, dan Troy University, AS, dapat membantu proses pembelajaran yang lebih menyeluruh kepada semua pelajar yang mendaftar. Mengikuti rancangan terperinci yang direka khas oleh SEGi untuk para pelajar, institusi ini juga mendorong pelajarnya untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti rakan kongsi setelah menamatkan pengajian asasi mereka.
 
SEGi kini menawarkan program pengajian asasi dengan lebih dari 130 jalur artikulasi untuk program sarjana yang diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia. Program Asasi SEGi mampu melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dan para pelajar akan dibimbing oleh ahli akademik yang berpengalaman untuk memastikan asas pendidikan yang kukuh disampaikan kepada pelajar.
 
Menyedari betapa pentingnya kemahiran insaniah, seperti pemikiran kritis, komunikasi, dan penyelesaian masalah, dan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kurikulum di SEGi sentiasa dikemas kini agar pengetahuan serta kemahiran pelajar seiring dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang pesat.
 
Program Asasi Percuma SEGi adalah sebahagian daripada program ijazah sarjana muda mereka untuk pelajar tanpa sebarang kos. Institusi ini terus membina asas yang kukuh untuk pelajar dalam membentuk mereka menjadi graduan yang lebih bersedia serta mampu memberi impak dan membantu membentuk industri di masa depan.
 
Dikeluarkan oleh SEGi


SUMBER : SEGi University Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment