Friday, August 13, 2021

​SENARAI PEMIMPIN DERMAWAN INDIASPORA 2021 (2021 INDIASPORA PHILANTHROPY LEADERS LIST) MENYOROTI SERATUS PEMIMPIN WARGA INDIA DAN DIASPORA YANG TELAH MENINGGALKAN IMPAK SIGNIFIKAN MELALUI SUMBANGAN DAN PENGLIBATAN KEDERMAWANAN MEREKA

Senarai ini mengiktiraf dan meraikan sifat murah hati penggerak perubahan dari serata dunia yang menjadi inspirasi kepada para dermawan masa hadapan

SAN FRANCISCO dan WASHINGTON, 13 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
Indiaspora, sebuah komuniti bukan untung yang terdiri daripada pemimpin India global daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya, mengumumkan senarai mereka hari ini, yang mengiktiraf seratus pemimpin warga India dan diaspora yang telah membawa perubahan melalui pemberian mereka.

“Sesuatu yang memberikan inspirasi apabila dapat melihat begitu ramai dermawan daripada komuniti kita yang mentafsirkan kejayaan mereka menjadi impak sosial,” kata Pengasas Indiaspora, MR Rangaswami. “Pemimpin ini bertindak sebagai contoh tentang kepentingan sifat murah hati dan mengingatkan kita tentang banyak isu yang perlu kita berikan perhatian.”

Dengan bimbingan daripada sembilan orang ahli juri dan menggunakan panduan daripada pelbagai sumber, termasuk kajian yang diiktiraf, senarai yang disahkan sebelum ini, dan dokumen yang dikongsikan secara awam, Senarai Pemimpin Dermawan 2021 (2021 Philanthropy Leaders List) Indiaspora mengiktiraf pemimpin warga India dan diaspora di serata dunia bagi sumbangan dan penglibatan kedermawanan mereka.

SENARAI PEMIMPIN DERMAWAN INDIASPORA 2021 (2021 INDIASPORA PHILANTHROPY LEADERS LIST) MENYOROTI SERATUS PEMIMPIN WARGA INDIA DAN DIASPORA YANG TELAH MENINGGALKAN IMPAK SIGNIFIKAN MELALUI SUMBANGAN DAN PENGLIBATAN KEDERMAWANAN MEREKA

No comments:

Post a Comment