Thursday, August 12, 2021

TECHTRONIC INDUSTRIES MENYAMPAIKAN PERTUMBUHAN JUALAN SEPARUH PERTAMA YANG LUAR BIASA

 HONG KONG, 12 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat peralatan kuasa dan penjagaan lantai global yang berpusat di Hong Kong Techtronic Industries Co. Ltd. (“TTI” atau “Kumpulan” itu) (kod stok: 669, simbol ADR: TTNDY) mengumumkan keputusan mereka untuk enam bulan yang berakhir pada 30 Jun, 2021. Kumpulan itu menyampaikan keputusan yang luar biasa bagi separuh pertama tahun 2021, jualan meningkatkan sebanyak 52.0% kepada AS$6.4 bilion. Margin kasar meningkat untuk separuh pertama ke-13 berturut-turut kepada 38.6%, dan pertumbuhan dalam EBIT, keuntungan bersih, dan perolehan bagi sesaham kesemuanya mengatasi pertumbuhan jualan. EBIT meningkat 57.4% kepada AS$572 juta, keuntungan bersih meningkat 57.9% kepada AS$524 juta, dan perolehan sesaham meningkat 57.8% kepada kira-kira AS28.62 sen sesaham.

  • Pertumbuhan jualan yang luar biasa sebanyak 52.0%
  • Pertumbuhan jualan sebanyak 71.5% sepanjang tempoh dua tahun, berbanding dengan separuh pertama tahun 2019
  • Pertumbuhan jualan yang kukuh merentasi semua perniagaan dan geografi
  • Margin kasar meningkat untuk separuh pertama ke-13 berturut-turut kepada 38.6%, menokok 58 mata asas
  • Pertumbuhan keuntungan bersih sebanyak 57.9% kepada AS$524 juta

Table

Modal kerja sebagai satu peratus jualan berakhir pada 18.3%, di bawah sasaran TTI sebanyak 20.0% atau kurang. Kumpulan itu terus membina inventori secara strategik untuk menyokong pertumbuhan pasaran mereka yang luar biasa, untuk melayani pelanggan mereka dengan tahap perkhidmatan yang tinggi secara konsisten, dan untuk melindungi syarikat itu daripada potensi kekurangan komponen kritikal.

Segmen Peralatan Kuasa TTI mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 55.3% kepada AS$5.8 bilion. Semua geografi dan unit perniagaan menyumbang kepada prestasi luar biasa ini dalam separuh pertama tahun 2021. Perniagaan Milwaukee yang terunggul menyampaikan pertumbuhan yang mengagumkan sebanyak 64.1% di seluruh dunia. RYOBI menunjukkan prestasi yang sangat baik merentasi semua jenama dengan pertumbuhan dua digit yang kukuh di dalam semua kategori dan geografi. Sebagai tambahan, perniagaan Penjagaan Lantai & Pembersihan menyumbang sebanyak 9.0% daripada jumlah jualan TTI, dengan jualan meningkat 25.3% kepada AS$574 juta.

Encik Horst Pudwill, Pengerusi TTI, berkata “Di TTI, kami telah membina sebuah pasukan bertaraf dunia yang luar biasa dan kami ingin mengiktiraf organisasi global kami yang luar biasa kerana menyampaikan keputusan yang mantap. Kami bangga dengan keputusan strategik dan berani yang telah kami laksanakan selama 18 bulan yang lalu untuk meletakkan kami pada kedudukan yang teguh pada separuh kedua tahun 2021.”

Encik Joseph Galli, Ketua Pegawai Eksekutif TTI, berkata, “Hasil separuh pertama TTI jelas menunjukkan kedudukan kepimpinan kami, momentum kami, dan potensi masa depan kami. Mesin produk baharu berkelajuan tinggi kami membolehkan kami untuk memperluaskan pasaran dan menguasai bahagian pasaran, dan pada masa yang sama kami terus meningkatkan margin kasar kepada tahap paling tinggi.”

Maklumat mengenai TTI

Ditubuhkan pada tahun 1985 dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong Limited pada tahun 1990, TTI adalah sebuah peneraju dunia di dalam teknologi tanpa kord yang merangkumi Peralatan Kuasa, Peralatan Kuasa Luar, Produk Pembersihan Penjagaan Lantai dan Penyelesaian untuk pengguna, profesional, dan pengguna industri di rumah, pembinaan, penyelenggaraan, perindustrian dan industri infrastruktur. Syarikat itu mempunyai asas yang dibina berdasarkan kepada empat pemacu strategik – Jenama yang Sangat Kuat, Produk Inovatif, Pekerja yang Luar Biasa dan Kecemerlangan Operasi - mencerminkan satu visi jangka panjang yang berkembang untuk memajukan teknologi tanpa kord. Strategi pertumbuhan global tanpa henti untuk mencapai inovasi produk telah membawa TTI ke barisan hadapan industri itu. Portfolio jenama TTI yang mantap termasuk MILWAUKEE, AEG dan peralatan kuasa, aksesori dan peralatan tangan RYOBI, produk luaran RYOBI dan HOMELITE, produk susun atur dan ukuran EMPIRE, dan produk dan penyelesaian pembersihan penjagaan lantai HOOVER, ORECK, VAX dan DIRT DEVIL.

TTI adalah satu daripada saham induk bagi Indeks Hang Seng, Indeks FTSE RAFI™ All-World 3000, Indeks FTSE4Good Developed dan Indeks MSCI ACWI. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ttigroup.com.

Semua tanda perdagangan yang disenaraikan selain AEG dan RYOBI adalah dimiliki oleh Kumpulan itu. AEG adalah sebuah tanda perdagangan berdaftar bagi AB Electrolux (publ.), dan digunakan di bawah lesen. RYOBI adalah sebuah tanda perdagangan berdaftar milik Ryobi Limited, dan digunakan di bawah lesen.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210811005604/en/

Hubungi

Techtronic Industries Co. Ltd.
Isabella Chan
Tel: +(852) 2402 6495
E-mel: isabella.chan@tti.com.hk
Laman web: www.ttigroup.com

Strategic Financial Relations Limited
Veron Ng +(852) 2864 4831 veron.ng@sprg.com.hk
Adrianna Lau +(852) 2114 4987 adrianna.lau@sprg.com.hk
Karen Kwan +(852) 2114 4171 karen.kwan@sprg.com.hk
E-mel: sprg_tti@sprg.com.hk
Laman web: www.sprg.com.hk


Sumber : Techtronic Industries Co. Ltd.

No comments:

Post a Comment