Thursday, August 12, 2021

DIGITALED MENGUMUMKAN PELABURAN PERTUMBUHAN DARI PSG

 Pelaburan bertujuan untuk menyokong inovasi produk, pengalaman pengguna dan percepatan ke pasaran

WATERLOO, Ontario, 9 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, DigitalEd mengumumkan satu pelaburan pertumbuhan dari PSG; sebuah firma ekuiti pertumbuhan terkemuka yang bekerjasama dengan syarikat-syarikat perkhidmatan perisian dan teknologi berbantu di pasaran pertengahan. DigitalEd menyediakan sebuah platform pembelajaran digital berasaskan SaaS yang diberi nama Möbius, yang memberi tumpuan kepada pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). PSG adalah satu-satunya pelabur luar bagi DigitalEd. Syarat-syarat kewangan tidak dinyatakan.

DigitalEd telah ditubuhkan pada tahun 2018 dengan satu misi yang mudah dan bergema - untuk membentuk dunia melalui pembelajaran digital. DigitalEd menyediakan pembelajaran secara individu, dalam sebuah dunia yang dikongsi bersama, yang membolehkan pelajar untuk memperoleh pengetahuan pada satu kadar berpandukan secara kendiri. DigitalEd pada masa ini menyokong lebih 300 institusi pendidikan di seluruh dunia, mentadbir lebih dari 20 juta ujian dan tugasan, menyokong pembelajaran dalam talian bagi universiti bertaraf dunia, institut teknologi, dan kolej komuniti.

Möbius adalah sebuah platform yang berinovatif dan komprehensif untuk pendidikan STEM. Platform itu direka untuk mengurangkan masa yang perlu diluangkan oleh pendidik untuk tugasan pentadbiran, yang biasanya diperlukan untuk penyediaan dan penilaian kursus, sekali gus membolehkan mereka untuk memaksimumkan masa yang dihabiskan untuk mengajar dan berinteraksi dengan pelajar. Platform itu memberi tumpuan kepada kejayaan pelajar dengan menyediakan pendidik dengan kandungan kursus berkualiti tinggi yang dibuat oleh pakar kurikulum STEM. Möbius dapat menyampaikan kerja kursus dan memantau prestasi pelajar dengan analisis. Bagi pelajar, Möbius menyediakan sebuah persekitaran pembelajaran digital interaktif yang dapat diakses pada bila-bila masa, di mana sahaja, dengan memberikan penandaan automatik yang canggih dan maklumat balas pelajar yang serta merta dan tertumpu. 

No comments:

Post a Comment