Tuesday, August 17, 2021

BCG DIGITAL VENTURES DAN MISC MENGUMUMKAN PELABURAN BERSAMA DALAM TIGA USAHA NIAGA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN RADIKAL KEPADA RUANG PENYELESAIAN MARITIM DENGAN TEKNOLOGI MENDALAM

 Pelaburan bersama itu bakal merevolusikan industri perkapalan antarabangsa dengan meningkatkan keselamatan marin dan memperkenalkan pengurusan penyahkarbonan dan inventori digital



LOS ANGELES, 17 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- BCG Digital Ventures (BCGDV), cabang pembinaan perniagaan dan inovasi korporat bagi Boston Consulting Group (BCG), hari ini mengumumkan pelaburan mereka sebelum ini di dalam tiga usaha niaga: SOL-X, Chord X, dan Spares CNX. 

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210816005088/en/

Pelaburan BCGDV telah dibuat pada tahun lalu sementara usaha niaga tersebut berada dalam mod senyap bagi membolehkan satu tumpuan yang lebih mendalam kepada aktiviti pengembangan perniagaan, termasuk pengambilan kakitangan, pembangunan produk, dan pemerolehan pasaran sasaran.

Dengan objektif untuk membuat perubahan radikal di dalam industri perkapalan, BCGDV juga telah mengumumkan bahawa tiga usaha niaga maritim itu akan menyertai portfolio mereka yang lebih meluas bagi perniagaan dan produk berinovatif dengan sokongan BCGDV dan syarikat perkapalan antarabangsa terkemuka Kumpulan MISC.

Ketiga-tiga perniagaan permulaan yang berasingan ini berbeza dalam pendekatan mereka, namun secara bersama mereka menunjukkan kekuatan dalam kuasa transformasi dengan menggunakan teknologi digital dan mendalam secara strategik, seperti AI, ML, dan IloT, untuk mewujudkan kecekapan operasi yang besar merentasi rantaian nilai perkapalan dalam satu cara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Usaha niaga itu akan menjadi pemacu utama bagi kapal pintar itu, yang memanfaatkan automasi dan teknologi bantu untuk memastikan keselamatan, kecekapan, dan kelestarian alam sekitar.

“Dengan 90% daripada barangan dunia diangkut oleh kapal, dan memandangkan percubaan inovasi yang berpecah-pecah, kami percaya pelaburan ini akan benar-benar dapat membuat perubahan ketara terhadap industri maritim, serta juga kepada industri seperti perlombongan, tenaga, dan barangan industri,” kata Sid Shah, Pengarah Urusan & Rakan  dan Pemimpin Global bagi Amalan Tenaga di BCGDV. “Kami semestinya sangat teruja untuk menyokong pasukan ini di atas perjalanan berani mereka.”

Ketiga-tiga usaha niaga itu berpusat di Singapura, sebuah hab kritikal bagi BCGDV yang baru-baru ini telah diletakkan di tempat utama bagi kedudukan Pusat Persaingan Dunia IMD dalam daya saing digital.

Usaha Niaga itu

SOL-X sedang mentakrifkan semula keselamatan maritim dengan mewujudkan sebuah syarikat Safety 4.0 yang pertama di dalam industri yang berpusatkan kepada faktor manusia. Menggabungkan pengetahuan industri yang mendalam dengan IIoT dan AI ramalan, SOL-X menumpukan kepada menambah baik hasil keselamatan dan kepatuhan, meningkatkan produktiviti operasi, dan meningkatkan kesejahteraan kru. Dengan 66% insiden maritim berpunca daripada kecuaian manusia, SAFEVUE.ai, penyelesaian utama syarikat itu, menangani teras bagi faktor manusia dengan menggabungkan data Kawalan Kerja dengan kesejahteraan kru untuk menyampaikan kecerdasan keselamatan hampir tepat masa di pinggir. SOL-X baru-baru ini telah menandatangani satu perjanjian berbilang tahun di seluruh dunia untuk bekerjasama dengan Eaglestar dan memenuhi permintaan industri maritim yang semakin meningkat bagi kecemerlangan operasi dan keselamatan.

Chord X, sebuah syarikat analisis data maritim, memajukan pengurusan kapal dengan menggunakan sensor, integrasi data dan analisis, pembelajaran mesin, dan pakar manusia untuk mencapai kecekapan operasi dan pelepasan dalam aset maritim yang besar. Chord X menyediakan pandangan ramalan kepada pelanggan, yang membolehkan mereka untuk mengambil tindakan pembetulan segera terhadap peralatan aset maritim mereka dan memastikan prestasi mereka berada pada tahap optimum.

Chord X mengukur dan menganalisis jejak pelepasan bagi aset maritim. Ia juga menyediakan satu modul pelepasan yang menyokong pematuhan pelaporan kawal selia, yang membolehkan peningkatan pengawasan terhadap cukai karbon dengan ketepatan yang lebih tinggi berbanding dengan kaedah semasa, dan ia berusaha ke arah menyediakan wawasan bagi pengendali aset maritim untuk digunakan dan dikendalikan dalam menimbang keputusan operasi yang mempengaruhi jejak pelepasan bagi aset maritim mereka. Chord X mencapai perbelanjaan operasi aset yang dikurangkan, meningkatkan kebolehpercayaan aset, dan pembakaran yang lebih bersih bagi pemilik dan pengendali aset maritim.

Spares CNX mencipta semula rantaian bekalan perkapalan dengan menyediakan satu penyelesaian pengurusan inventori automatik yang dapat mengesan kitaran hayat bagi alat ganti di pesisir dan merentasi seluruh armada itu. Satu penyelesaian perkakasan dan perisian bersepadu, PROPELLER Ship, menggunakan RFID, QR, dan teknologi pengimejan lain untuk memantau lokasi dan penggunaan alat ganti. Jurutera kapal di atas kapal mengikuti aliran kerja intuitif yang dibina di dalam tablet mudah alih ketika mereka melaksanakan operasi hari ke hari. Peranti itu berinteraksi dengan alat ganti yang telah ditag, untuk memastikan bahawa maklumat yang tepat dan lengkap diambil pada masa dan di tempat kerja sementara data mengalir dengan lancar ke dalam sistem PMS atau ERP yang sedia ada.

Platform analisis yang dipacu oleh AI yang disertakan, PROPELLER Shore, memberi kuasa kepada pengurus dan pegawai perolehan dengan pandangan dan cadangan yang dapat dilaksanakan untuk pengoptimuman paras stok, pengimbangan semula, dan peluang perolehan pukal ke hadapan.

Dengan pendekatan yang unik ini, Spares CNX menangani satu masalah ketidaktepatan inventori yang menyebabkan kos sehingga $2 bilion kepada industri perkapalan global pada setiap tahun yang dibelanjakan terhadap kebocoran bagi alat ganti, dengan implikasi pesanan kedua yang besar pada operasi hari ke hari. Sebagai tambahan kepada aneka ciri yang terdapat di pasaran pada hari ini, Spares CNX sedang membangunkan keupayaan untuk menangani geseran di sekitar FIFO, barang guna habis, integrasi rakan gudang pesisir, dan banyak bidang lain.

“Kami berbangga untuk melabur di dalam tiga syarikat permulaan digital ini, yang dalam banyak cara membolehkan kami untuk meneroka peluang-peluang yang ada untuk memanfaatkan kuasa pendigitalan di dalam industri maritim. Cabaran yang dihadapi oleh industri perkapalan yang dibawa oleh pandemik global COVID-19 telah memaksa kami untuk memikirkan semula pendekatan dan amalan operasi kami,” kata Encik Yee Yang Chien, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan MISC. “Saya percaya bahawa bagi kami untuk terus maju, kami harus berani dalam meneroka peluang-peluang yang tiada berpenghujung untuk melangkah lebih jauh meningkatkan kecemerlangan operasi di dalam pelbagai bidang, termasuk keselamatan dan kecekapan proses. Saya yakin mengenai prospek yang ditawarkan oleh tiga usaha niaga digital itu dan bahawa perkongsian ini akan meningkatkan sumbangan kami ke arah kelestarian agenda persekitaran, sosial, dan tadbir urus Kumpulan MISC.”

Maklumat tambahan mengenai pelaburan bersama oleh BCG Digital Ventures dan MISC di dalam Sol-X, Chord X dan Spares CNX, boleh diperolehi  di sini.

Maklumat mengenai BCG Digital Ventures

BCG Digital Ventures adalah sebuah firma inovasi, inkubasi, dan pelaburan korporat. Kami mencipta, melancar, menskala, dan melabur di dalam perniagaan baharu yang mengubah industri dengan syarikat-syarikat yang paling berpengaruh di dunia. Pasukan berbilang disiplin kami yang pelbagai bagi usahawan, pengendali dan pelabur bekerja secara rentas fungsi, bergerak pantas daripada kertas kepada produk kepada perniagaan dalam masa kurang dari 12 bulan. Ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai sebuah anak syarikat milik Boston Consulting Group, kami mempunyai Pusat Inovasi dan lokasi satelit di empat benua dan terus mengembangkan jejak kami ke seluruh dunia.

Maklumat mengenai MISC

MISC Berhad (MISC) telah diwujudkan pada tahun 1968 dan merupakan sebuah penyedia terkemuka di dunia bagi penyelesaian dan perkhidmatan maritim yang berkaitan dengan tenaga antarabangsa. Perniagaan utama bagi Kumpulan itu terdiri daripada penghantaran tenaga dan aktiviti yang berkaitan, memiliki dan mengendalikan penyelesaian terapung luar pesisir, pembaikan dan penukaran marin, kerja kejuruteraan dan pembinaan, perkhidmatan marin bersepadu, perkhidmatan pelabuhan dan terminal, dan pendidikan dan latihan maritim.

Setakat 31 Disember 2020, armada Kumpulan MISC terdiri daripada lebih 100 kapal yang dimiliki dan disewa yang terdiri daripada kapal Gas Asli Cecair (LNG), Petroleum, dan Produk, Pengangkut Etana Sangat Besar (VLEC), 14 Sistem Pengeluaran Terapung (FPS), dan dua (2) Unit Penyimpanan Terapung LNG (FSU). Armada itu mempunyai kapasiti berat tan (dwt) tergabung lebih 11 juta tan.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210816005088/en/

Hubungi

Jenny Savage
BCG Digital Ventures
Jenny.Savage@bcgdv.com

Leo Grayson
Chord X
Leo.grayson@chordx.co

Alister Leong
Sol-X
Alister.leong@sol-x.co

Anthon Hollstein-Ivarsson
Spares CNX
anthon.hollstein-ivarsson@sparescnx.com

Sumber : BCG Digital Ventures

No comments:

Post a Comment