Friday, August 27, 2021

TEROKAI PENDIDIKAN KEJURUTERAAN BERTARAF DUNIA

 PETALING JAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Pengadaptasian terhadap teknologi digital dan transformasi digital dalam industri masa kini telah membuktikan ia merupakan asas penting untuk kerjaya masa depan. Dengan momentum yang dicapai melalui revolusi industri 4.0 (IR4.0), perubahan ekonomi melalui automasi dan globalisasi akan terus mengubah peranan pekerja sedia ada di setiap organisasi perniagaan. Di samping itu, perubahan tenaga kerja dan corak permintaan pekerjaan juga akan mendesak mereka di luar sana untuk kekal relevan bagi memenuhi keperluan industri semasa.

Beberapa pekerjaan yang dilihat mendapat permintaan tinggi pada hari ini mungkin akan menjadi usang dan tidak relevan dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Hal ini dipengaruhi oleh struktur pekerjaan yang sentiasa berubah serta pengaruh bidang pengkhususan semasa pengajian dan kemahiran yang dibina sepanjang pembelajaran pelajar di universiti. Oleh yang demikian, peranan universiti serta graduan juga harus berubah seiring dengan persekitaran kita yang sentiasa berubah. Pelajar harus bersiap sedia untuk melangkah ke dunia pekerjaan masa depan bagi memenuhi keperluan dan kehendak industri.
 
Fakulti Kejuruteraan Universiti SEGi memberi penekanan dalam memupuk persekitaran untuk para pelajar dan pensyarah akademik berinteraksi dengan rakan kongsi universiti di seluruh dunia termasuk di UK dan Australia. Kerjasama kukuh ini menggambarkan SEGi merupakan sebuah institusi yang dikenali seluruh dunia serta kurikulum akademik yang diterapkan diiktiraf di peringkat antarabangsa.  Pelajar yang mendaftar program Ijazah Berganda Kejuruteraan SEGi (SEGi Double Degree programme) akan mendapat dua kelulusan setelah mereka tamatkan pengajian – daripada Universiti SEGi bersama-sama University of Central Lancashire (UCLAN), UK. Di samping itu, para pelajar kejuruteraan SEGi turut mempunyai akses mudah untuk menggunakan peralatan dan bengkel yang amat diperlukan untuk membantu membina kemahiran dan input yang diperlukan oleh industri.
 
Di SEGi, pelbagai disiplin kejuruteraan ditawarkan dari peringkat Asasi dan Diploma hingga Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan mekanikal.
 
Manakala, pengurusan alam sekitar merujuk kepada pembinaan dan infrastruktur yang dihasilkan. Hal ini merangkumi aspek daripada pembinaan rumah sehingga seluruh pemandangan bandar. Ini terdiri daripada beberapa bidang seperti pembinaan, pengurusan projek, seni bina, reka bentuk dan perancangan alam sekitar.
 
SEGi menawarkan program kejuruteraan yang merangkumi pelbagai bidang pengkhususan, sebagai contoh Pengurusan Pembinaan, Teknologi Alam Sekitar dan Kejuruteraan Awam. Lebih daripada 95% graduan Kejuruteraan & Alam Bina Universiti SEGi mendapat peluang pekerjaan dalam tempoh 3 bulan setelah tamat pengajian.
 
Walaupun bidang kejuruteraan adalah sebuah bidang yang bukan mudah untuk dipelajari, tetapi ia tetap mendapat permintaan tinggi di Malaysia serta di peringkat global.
 
Untuk keterangan lebih lanjut mengenai program Kejuruteraan & Alam Bina Unversiti SEGi, hubungi kaunselor kami di talian + 603-6145 1777. Sebagai alternatif, anda boleh melayari laman web www.segi.edu.my untuk maklumat lebih lanjut.
   
Dikeluarkan oleh SEGi  


No comments:

Post a Comment