Wednesday, October 14, 2020

ACARA IT MAYA TERBESAR TAHUN INI: SANGFOR SEDANG MEMBANGUNKAN TUNGGAK BAGI INOVASI IT PERUSAHAAN

 HONG KONG, 14 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sangfor Technologies dengan bangganya ingin mengumumkan Sidang Kemuncak Maya Sangfor 2020 mereka yang akan datang, di mana pakar-pakar industri dari seluruh dunia akan bertemu di dalam satu persekitaran maya interaktif untuk membincangkan kemas kini kritikal, produk baharu dan bagaimana industri IT akan bergerak ke hadapan untuk mewujudkan “norma baharu” kita dan bagaimana Sangfor akan menggunakan perubahan ini untuk Membangunkan Tunggak bagi Inovasi IT Perusahaan.


Pada 20 Oktober 2020, pakar-pakar Sangfor, eksekutif IT Tingkat C dan pembuat keputusan daripada pelbagai jenis industri di seluruh dunia akan bergabung dalam satu perbincangan yang sangat diperlukan mengenai Landskap Keselamatan Siber 2021 yang sedang pesat berubah, pentingnya sinergi di antara produk keselamatan, dan kemas kini kritikal yang diperlukan untuk Infrastruktur dan Awan – antara banyak isu lain yang telah ditolak ke barisan depan oleh COVID-19.

Sangfor juga berbangga untuk mengumumkan beberapa ciri di dalam bentuk satu bengkel kerjasama dengan Forrester, sebuah syarikat penyelidikan pasaran yang diiktiraf di peringkat global selama lebih 35 tahun. Penyelidikan Forrester memberikan perniagaan pengguna dan pemimpin teknologi dengan satu visi jelas mengenai apa yang ada sekarang dan seterusnya, di samping acara-acara perundingan dan yang mengasyikkan. Peserta Sidang Kemuncak Sangfor dapat berbincang dengan pakar Forrester, David Holmes, dan bertanya mengenai apa sahaja berhubung keselamatan siber, amalan keselamatan terbaik dan analisis & pandangan industri.

Penentu trend global, Intel, juga merupakan satu daripada penaja utama bagi Sidang Kemuncak Maya 2020 ini, dan siapa yang lebih baik untuk bekerjasama dengan Sangfor selain daripada sebuah syarikat yang dikenali untuk “mencipta teknologi yang mengubah dunia yang memperkayakan kehidupan bagi setiap orang di muka bumi.” Intel dipercayai di seluruh pelusuk dunia untuk mengatur penyelesaian kepada cabaran terbesar pelanggan mereka - satu misi yang sangat diambil serius oleh Sangfor.

Dengan semangat penyertaan ini, Sangfor mengambil kesempatan ini untuk mewujudkan satu platform antarabangsa di mana ia menawarkan sesi dalam bahasa Kantonis, Bahasa, Korea, dan Thai, dengan menggabungkan pelanggan dan rakan kami dari seluruh dunia dan melibatkan mereka dalam bahasa mereka sendiri.

Sertai Sangfor Technologies pada 20 Oktober dengan mendaftar DI SINI untuk mengetahui tentang trend terkini di dalam bidang IT, amalan terbaik dari pakar-pakar industri, jadilah orang yang pertama untuk menyaksikan produk terbaharu Sangfor, dan menjalin hubungan dengan rakan-rakan dari seluruh dunia.

Sangfor Technologies adalah sebuah vendor terkemuka dunia bagi penyelesaian infrastruktur IT yang berpangkalan di APAC yang mengkhususkan diri di dalam Keselamatan Siber dan Pengkomputeran Awan. Kunjungi kami di www.sangfor.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian Sangfor, dan biarkan Sangfor menjadikan IT anda lebih mudah, lebih selamat dan berharga.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201012005205/en/The-Virtual-IT-Event-of-the-Year-Sangfor-is-Building-the-Pillars-of-Enterprise-IT-Innovation

Hubungi

Hubungan Media:
Sunny Sun
marketing@sangfor.com
+8675586560605

Sumber : Sangfor Technologies

No comments:

Post a Comment