Saturday, October 17, 2020

Untuk Bermula Pada 11 Oktober Pocky Diperakui Oleh Guinness World Records™ Sebagai Jenama Biskut Bersalut Coklat Paling Laris Di Dunia (*)






Membawa Senyuman kepada Dunia Semasa Kempen Global “hari Pocky” Tahunan Kelima yang Bermula pada 11 Oktober

OSAKA, Jepun, 15 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Pocky kini telah diperakui oleh GUINNESS WORLD RECORDS sebagai jenama* biskut bersalut coklat paling laris di dunia.

Disukai oleh tidak terkira banyaknya pelanggan sejak ia dilancarkan pada tahun 1966, Pocky adalah satu daripada produk yang paling lama dijual oleh Ezaki Glico (Glico). Sejak tahun 2016, Glico telah memperkukuhkan usaha pengurusan jenama mereka bagi jenama Pocky di seluruh dunia dengan menerapkan taktik pemasaran berasaskan kepada pemahaman pengguna yang lebih baik di dalam pelbagai pasaran di seluruh dunia dan meningkatkan ketepatan bagi pengiklanan mereka.

Terutamanya, Glico telah merayakan hari Pocky pada 11 November sebagai sebahagian daripada satu kempen global tahunan di bawah mesej jenama global “Berkongsi kebahagiaan!” Pocky untuk mendorong aktiviti jenama di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada tahun kelima bagi kempen hari Pocky Global, Glico akan melancarkan “Say Pocky! Cheer Street View” – satu kempen global yang bertujuan untuk mengembalikan senyuman ke bandar raya dan pekan yang hilang daya tenaga mereka disebabkan oleh kesan COVID-19. Acara ini bermula serentak pada 11 Oktober merentasi 11 buah negara: Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, Tanah Besar China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Thailand, Malaysia, Filipina, dan Indonesia. Glico akan juga melancarkan satu pakej Pocky edisi khas yang mengandungi logo pemegang rekod GUINNESS WORLD RECORDS.

Oleh kerana ramai orang di dunia digalakkan untuk menahan diri daripada berkumpul dengan orang lain bagi memastikan penjarakan sosial di tengah-tengah pandemik global COVID-19, Glico berhasrat untuk memberi satu peluang kepada orang ramai untuk merasa bersambung dengan orang yang mereka sayangi dengan melihat senyuman masing-masing dan dengan itu menyempitkan jarak emosi mereka walaupun secara fizikal mereka masih berjauhan melalui kempen “Say Pocky! Cheer Street View ”.

(*) Jenama biskut bersalut coklat terbesar – RSP runcit, semasa (Anggaran penjualan $589,900,000 pada tahun 2019 berdasarkan kepada data penyelidikan pasaran antarabangsa)
(*) Biskut bersalut krim termasuk di dalam klasifikasi data berdasarkan kepada penyelidikan pasaran antarabangsa.

– Butiran mengenai pengesahan Pocky oleh GUINNESS WORLD RECORDS
Tajuk: Jenama biskut bersalut coklat terbesar – RSP runcit, semasa
Tahun ketika rekod telah dicapai: 2019
Jualan global: $589.9 juta (menurut data daripada penyelidikan pasaran antarabangsa)
Tarikh pensijilan: 22 Jun, 2020
Organisasi memperakui: GUINNESS WORLD RECORDS

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13861


No comments:

Post a Comment