Tuesday, October 6, 2020

ZYNGA MEMETERAI PENGAMBILALIHAN ROLLIC YANG BERPANGKALAN DI ISTANBUL, SEBUAH PEMIMPIN DI DALAM PERNIAGAAN PERMAINAN HIPER-KASUAL YANG BERKEMBANG PESAT

 


  • Kemasukan ke dalam Satu Daripada Kategori Permainan Mudah Alih Terbesar dan Paling Pantas Berkembang
  • Memperluas dan Mempelbagaikan Perniagaan Pengiklanan Zynga
  • Menambahkan sebuah Pasukan yang Sangat Berbakat dan Rangkaian Pembangun Luaran yang Menyeluruh

SAN FRANCISCO, 5 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju global di dalam hiburan interaktif, dan Rollic, sebuah pembangun dan penerbit permainan mudah alih yang berpangkalan di Istanbul dengan sebuah portfolio permainan hiper-kasual mengujakan yang popular yang telah dimuat turun lebih 365 juta kali, telah mengumumkan hari ini bahawa syarikat itu telah memeterai urus niaga itu di mana Zynga memperoleh 80% daripada Rollic dengan satu jumlah harga pembelian, termasuk penyesuaian modal kerja, kira-kira $180 juta dalam bentuk tunai. Sepanjang tiga tahun akan datang, Zynga akan memperolehi baki 20% dalam ansuran yang sama pada penilaian yang berdasarkan kepada matlamat khusus dan keuntungan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201002005010/en/
 
Pengambilalihan Rollic itu menandakan kemasukan Zynga ke dalam pasaran hiper-kasual yang pesat berkembang dan membawa sebuah pasukan yang sangat berbakat dengan satu rangkaian pembangun luaran yang besar kepada Zynga. Rollic juga meningkatkan audiens Zynga secara bermakna dan pada masa yang sama mengembangkan perniagaan pengiklanan mereka. Rollic akan terus dipimpin oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Burak Vardal dan pasukan pengurusan mereka sekarang. Selain itu, syarikat itu merancang untuk mengekalkan ibu pejabat mereka di Istanbul, Turki.

“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Rollic dan pasukan mereka yang sangat berbakat, bersama dengan rangkaian pembangun mereka yang luas, ke Zynga,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “Rollic membawa Zynga ke dalam dunia hiper-kasual, yang merupakan satu daripada kategori permainan mudah alih yang paling menarik dan pesat berkembang. Pangkalan audiens Rollic yang besar dan pelbagai juga akan membawa nilai bagi Zynga ketika permainan mudah alih dan landskap pengiklanan terus berkembang.”

“Kami sangat gembira kerana dapat bergabung dengan Zynga, sebuah tempat yang sempurna untuk budaya dan nilai-nilai teras Rollic,” kata Burak Vardal, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Rollic. “Dalam bab baharu ini, Zynga dan Rollic akan menyatukan kekuatan pengeluaran yang besar yang diisi dengan pasukan kreativiti, kualiti dan sangat berbakat. Kami berdedikasi untuk mencerminkan potensi tenaga bagi penyertaan ini dengan mencipta generasi permainan mudah alih yang seterusnya.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13821

No comments:

Post a Comment