Sunday, October 11, 2020

WAKTU OPERASI KAUNTER BAYARAN DI PUSAT BAYARAN KOTA KINABALU DAN KAUNTER DUTI SETEM DI CAWANGAN KOTA KINABALU SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Selaras dengan pengumuman Kerajaan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan mulai 7 Oktober 2020, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa waktu operasi Kaunter Bayaran di Pusat Bayaran Kota Kinabalu dan di Kaunter Duti Setem Cawangan Kota Kinabalu sepanjang PKPB tersebut adalah seperti berikut:-

 
Hari Waktu Operasi 
Isnin - Jumaat8.00 pagi - 1.00 tengah hari 
 
Dalam tempoh ini pembayar cukai disarankan untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian dan sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a)        Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b)        HASiL Live Chat; dan
c)         Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13831

No comments:

Post a Comment