Friday, October 16, 2020

AJC MENGENAL PASTI INDUSTRI-INDUSTRI YANG TIDAK TEGUH DENGAN MENGIRA KEAMATAN RISIKO BAGI RANTAIAN NILAI KEPADA KEJUTAN LUAR DI DALAM LAPORAN TERKINI MEREKA MENGENAI GVC YANG BERDAYA TAHAN UNTUK ASEAN




Laporan itu “Rantaian Nilai Global yang Berdaya Tahan untuk ASEAN dan Perhubungannya dengan Negara-negara Rakan” tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC. (Grafik: Business Wire)


TOKYO, 16 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam penerbitan itu, yang berjudul Rantaian Nilai Global yang Berdaya Tahan (GVC) untuk ASEAN dan Perhubungannya dengan Negara-negara Rakan yang diterbitkan oleh Pusat ASEAN-Jepun (AJC) hari ini, AJC telah mencadangkan agar setiap negara dan setiap syarikat di ASEAN yang terlibat di dalam rangkaian pengeluaran antarabangsa wajar memeriksa kerentanan rantaian nilai mereka terhadap risiko luaran dalam industri masing-masing dengan kemungkinan merujuk kepada pengiraan risiko AJC.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201015006128/en/

Terdapat satu siri gesaan di peringkat antarabangsa dan serantau untuk memperkukuh dan membangunkan semula rantaian nilai sejak tercetusnya COVID-19. Walaupun ini adalah satu akibat semula jadi daripada perolehan yang cekap, ketika rantaian bekalan atau pengedaran mereka ditumpukan di beberapa firma dan di beberapa negara, syarikat-syarikat selalu mempunyai kebimbangan yang sah mengenai sama ada mereka akan terus menerima bahan dan input yang diperlukan daripada pembekal. Kemudian, persoalannya adalah di mana dan pada tahap apa rantaian nilai itu ditumpukan.

Sebagai menjawab kepada persoalan ini, AJC telah mengira tahap risiko bagi rantaian nilai terhadap kejutan luaran dan mengenal pasti industri mana yang cenderung untuk lebih terdedah kepada risiko. Dua jenis risiko — risiko yang mempengaruhi bahagian huluan bagi GVC (tumpuan pasaran pembekal) dan risiko yang mempengaruhi bahagian hiliran bagi GVC (tumpuan pasaran pembeli) — dipertimbangkan.

Melihat kepada tumpuan oleh rakan di pasaran pembekal, China merupakan pembekal yang paling penting bagi kebanyakan industri di ASEAN. China memiliki penguasaan pasaran yang meningkatkan kuasa pasaran mereka sehingga menimbulkan satu kebimbangan persaingan di lebih daripada separuh 222 industri standard di negara anggota ASEAN (129). Jepun mempunyai 38 industri. Berkenaan dengan penumpuan pasaran pembeli, China tidak dianggap sebagai pembeli utama di kebanyakan industri (hanya 11 industri di mana penumpuan pasaran mereka berpengaruh). Jepun mempunyai 24 industri.

Selanjutnya, AJC telah mencadangkan satu set yang mengandungi lima strategi untuk membina daya ketahanan GVC di ASEAN. Ia termasuk:
  • Penggunaan bagi langkah-langkah dan tindakan dasar yang berkaitan dengan pandemik yang dilaksanakan oleh Negara Anggota ASEAN
  • Pembaikan di dalam pengurusan risiko oleh sektor swasta
  • Dorongan kuat untuk transformasi digital oleh kedua-dua sektor awam dan swasta
  • Menggalakkan industri baharu dan ketahanan krisis
  • Menimbangkan semula strategi syarikat bagi pengeluaran antarabangsa: luar pesisir atau penempatan kembali
Untuk menangani krisis COVID-19 itu dengan berkesan dan akibatnya kepada ekonomi, adalah penting bagi pembuat dasar untuk melawan godaan bagi penyelesaian segera atau fahaman perlindungan dan untuk mengekalkan satu iklim perniagaan yang menggalakkan secara keseluruhan.

Penerbitan itu tersedia untuk dimuat turun di laman web AJC: https://www.asean.or.jp/en/centre-wide/resilient_gvcs/


Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201015006128/en/

Hubungi

Tomoko Miyauchi
Pejabat bagi Setiausaha Agung, Perhubungan Awam
Pusat ASEAN-Jepun
URL: https://www.asean.or.jp/en/
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber : Pusat ASEAN-Jepun 

No comments:

Post a Comment