Wednesday, October 21, 2020

GOLDMAN SACHS MERCHANT BANKING DIVISION BERGANDING DENGAN PASUKAN PENGURUSAN INFRASTRUKTUR DATA TERKEMUKA DAN KOMITED SEHINGGA $500 JUTA UNTUK MEMBENTUK PLATFORM PUSAT DATA, GLOBAL COMPUTE

NEW YORK, 21 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Goldman Sachs Merchant Banking Division (“GS MBD”) hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjalin kerjasama dengan sebuah pasukan pengurusan berpengalaman, yang diketuai oleh eksekutif industri pusat data yang sudah lama Scott Peterson, untuk mewujudkan Global Compute Infrastructure LP (“Global Compute” atau “Syarikat” itu), sebuah platform infrastruktur pusat data global yang baru diwujudkan.


GS MBD pada mulanya telah komited untuk membiayai sehingga $500 juta modal ekuiti, terutamanya dari dana infrastruktur mereka, West Street Infrastructure Partners III, LP (“WSIP III”), bagi membolehkan kira-kira $1.5 bilion dalam pelaburan jangka pendek digunakan merentasi Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik dan Amerika Latin. Global Compute berhasrat untuk berkembang melalui gabungan pemerolehan dan pengembangan organik untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan di kawasan geografi yang mempunyai arah aliran sekular yang mantap dan berpotensi untuk pertumbuhan infrastruktur data yang signifikan. Dengan memanfaatkan pengalaman dan rekod prestasi bagi pasukan pengurusan itu, Global Compute akan menumpukan kepada memperoleh dan membangunkan kemudahan yang dapat memenuhi keperluan pengiraan, penyimpanan, penyambungan dan pergerakan ko-lokasi yang berkembang bagi syarikat-syarikat teknologi terbesar di dunia.

Pasukan pengurusan pengasas Global Compute diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Scott Peterson, bekas Ketua Pegawai Pelaburan dan pengasas bersama bagi Digital Realty (“DLR”) dengan lebih 18 tahun pengalaman dalam industri pusat data dan lebih 30 tahun di dalam arena pelaburan hartanah. Semasa beliau berkhidmat di DLR dari tahun 2004 hingga 2018, Scott telah mengetuai semua aktiviti pelaburan dan bertanggungjawab untuk $17 bilion dalam volum keseluruhan urus niaga merentasi kedua-dua M&A dan pembangunan organik. Scott disertai oleh beberapa eksekutif yang sudah mantap di dalam ruang pusat data; rakan pengasas bersama DLR, Christopher Kenney sebagai Ketua Pegawai Operasi, dan bekas eksekutif kanan DLR di EMEA, Stephen Taylor sebagai Ketua bagi Eropah. Chris sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk pengembangan kehadiran DLR di peringkat antarabangsa, dan Stephen telah memimpin banyak daripada inisiatif tersebut di seluruh EMEA. Pasukan Global Compute mempunyai pengalaman khusus, perhubungan pelanggan yang mendalam dan kemampuan yang luas untuk menyampaikan infrastruktur pusat data yang terbaik dalam kelasnya di peringkat global.

Selaras dengan strategi ini, pada 17 Oktober, 2020, Global Compute telah menandatangani satu perjanjian untuk memperoleh ATM S.A. (“ATM”), perniagaan pusat data dan infrastruktur komunikasi yang terkemuka di Poland dari sebuah konsortium dana yang diuruskan oleh MCI Capital, ekuiti persendirian yang bertumpukan teknologi terkemuka dalam CEE, dan Mezzanine Management, dana mezanin terkemuka di rantau itu. Beribu pejabat di Warsaw, aset pusat data bertaraf dunia ATM, tapak infrastruktur komunikasi, pangkalan pelanggan dan reputasi yang kukuh di pasaran itu memberikan Global Compute dengan satu laluan masuk yang menarik ke pasaran pusat data Eropah Tengah dan Timur yang pesat berkembang. Global Compute berhasrat untuk membina di atas kejayaan ATM dan kepimpinan pasaran dengan menempatkan syarikat itu untuk memberi perkhidmatan kepada keperluan pergerakan yang meningkat bagi kedua-dua pelanggan baharu dan sedia ada di Poland dan rantau CEE yang lebih luas.

“Goldman Sachs adalah rakan yang paling sesuai bagi kami ketika kami mengejar peluang pelaburan global di ruang infrastruktur data,” menurut Scott Peterson, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Global Compute. “Gabungan rangkaian dan pedigri kami, bersama dengan akses GS MBD kepada modal pertumbuhan yang mencukupi, akan membolehkan platform Global Compute untuk bukan sahaja melayani keperluan kritikal pelanggan kami di seluruh dunia, tetapi juga mencipta dan membuka nilai bagi rakan-rakan kami. Pelaburan permulaan kami di ATM S.A. adalah satu gambaran ideal bagi kerjasama ini. Kami sangat bersemangat dengan perkongsian kami dengan Goldman Sachs yang membolehkan kami untuk menyediakan penyelesaian kreatif bagi pelanggan global kami.”

“Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Scott dan pasukan Global Compute,” kata Leonard Seevers, Pengarah Urusan di Goldman Sachs. “Kami melihat satu peluang yang luar biasa di ruang pusat data yang didorong oleh peningkatan permintaan pengkomputeran dan penyimpanan dan kami percaya pasukan Global Compute, yang disokong oleh sumber global Goldman Sachs, berada pada kedudukan yang unik untuk memberikan penyelesaian bertaraf dunia bagi memenuhi permintaan itu.”

GS MBD telah dinasihatkan oleh Davis Polk & Wardwell LLP. Pasukan pengurusan Global Compute diberi nasihat oleh PJT Park Hill dan Mayer Brown, sementara Global Compute diberi nasihat oleh Torch Partners, dan White & Case LLP, berhubung dengan pemerolehan ATM SA

Maklumat mengenai Goldman Sachs Merchant Banking Division

Ditubuhkan pada tahun 1869, The Goldman Sachs Group, Inc. adalah sebuah firma perbankan pelaburan, sekuriti dan pengurusan pelaburan global yang terkemuka. Goldman Sachs Merchant Banking Division (MBD) adalah pusat utama bagi aktiviti pelaburan prinsipal jangka panjang syarikat itu. MBD adalah merupakan satu daripada pelabur modal persendirian terkemuka di dunia dengan pelaburan merentasi ekuiti persendirian, infrastruktur, hutang persendirian, ekuiti pertumbuhan dan hartanah.

Maklumat mengenai Global Compute

Global Compute adalah sebuah peserta baharu di dalam industri infrastruktur pusat data. Diketuai oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada veteran industri antarabangsa dengan lebih 50 tahun dalam gabungan pengalaman industri, Syarikat itu berhasrat untuk memperoleh, membangun dan mengendalikan aset pusat data merentasi Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik dan Amerika Latin. Kami berhasrat untuk berkhidmat sebagai sebuah rakan kepada syarikat teknologi terbesar di dunia dan pelanggan mereka dengan menyediakan penyelesaian yang selamat, boleh dipercayai, dan kreatif bagi keperluan kapasiti mengira dan penyambungan mereka dalam pertumbuhan tinggi dan pasaran mapan. Global Compute disokong oleh Goldman Sachs Merchant Banking Division.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201020005407/en/

Hubungi

Goldman Sachs
Leslie Shribman
+1 212 902 5400
leslie.shribman@gs.com

Global Compute
Christopher J Kenney
+1 213 810-8732
ckenney@gc-infra.com

Sumber : Goldman Sachs

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment